FILEM THE EXPERTS UNGGULI BOX OFFICE 4 HARI TAYANGAN RM 5 JUTA!

Tuesday 28 May 2024


FILEM THE EXPERTS UNGGULI BOX OFFICE 4 HARI TAYANGAN RM 5 JUTA! | Filem No 1 Pilihan Ramai!


Kini giliran filem The Experts terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures mengungguli carta kutipan filem tempatan dengan meraih kutipan RM5 juta dalam tempoh 4 hari tayangan rasmi di pawagam seluruh negara. 

Filem yang memaparkan kisah lima beradik merancang satu rompakan terbesar ini bukan sahaja memberi nilai hiburan semata-mata tetapi turut menyelitkan mesej pengajaran kepada penonton, seperti hubungan kekeluargaan dan kesan daripada sesuatu tindakan. Sementara itu, antara babak yang menjadi tumpuan adalah adegan Keyrol (Syafiq Kyle), Emma (Mimi Lana), Amer (Remy Ishak) dan Lan (Ray Dapdap) ketika makan malam. Rata-rata penonton merasakan babak tersebut amat dekat dengan mereka dan bersetuju karakter adik-beradik tersebut memang wujud. 

Babak Syafiq Kyle, Mimi Lana, dan Ray ketika persoalkan tarian Remy 

yang mendapat tontonan tinggi


Penerbit Eksekutif ‘The Experts’ yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, berkata “Terima kasih kepada semua penonton yang terus menyokong filem The Experts dan sekali gus percayakan filem tempatan. Kami dapati penonton sudah mula ulang tonton filem aksi heist ini dan antaranya peminat naskhah tempatan, Chee Chi Wai yang telah menonton filem The Experts sebanyak 9 kali di pawagam sejak ia ditayangkan. Memandangkan cuti sekolah telah bermula, kami menyarankan mereka untuk menonton beramai-ramai dengan bimbingan dewasa kerana filem ini bukan hiburan semata-mata tetapi banyak mesej pengajaran yang ingin disampaikan.”

‘The Experts’ diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang. 

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.

1 comment

  1. Kliatan menarik review-nya.. saya berharap film ini masuk Netflix, jadi bisa ikut nonton juga. Genre film begini saya memang suka

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.