Drama Review | Amidst a Snowstorm of Love (2024)

Friday 31 May 2024


Directors: Huang Tian Ren, Yu Bo
Writer: Mo Bao Fei Bao
Cast: Leo Wu, Zhao Jin Mai, Wang Xing Yue, Chen Jing Ke, Jiaxuan Wang
Production Companies: Tencent Penguin Pictures, Jay Walk Studio
Distributors: Dragon TV, Tencent, WeTV, Netflix
Genre: Romance / Drama
Episodes: 30 Episodes (40-45 minutes per episode) 
Release Date: 02 February 2024 - 18 February 2024
Trailer: 


Yin Guo (Zhao Jin Mai) dan adik sepupunya, Meng Xiaotian (Jiaxuan Wang) sampai di Helsinki, Finland lalu terperangkap dalam rebut salji. Kebetulan Wu Wei (Zifan Dong) yang menetap di situ mengajak mereka berdua untuk makan bersama sementara menunggu rakan baiknya, Lin Yi Yang (Leo Wu) sampai untuk turut serta. 

Jatuh hati pada pandangan pertama terhadap Yin Guo, Lin Yi Yang bantu dua beradik tersebut untuk dapatkan teksi menuju ke hotel mereka. Dari perkenalan mereka, Lin Yi Yang dapat tahu Yin Guo datang ke Hul untuk pertandingan snooker secara professional mewakili negara China. Disebabkan Xiaotian belum pernah ke negara luar, Yin Guo temankan adiknya dua bulan lebih awal sebelum pertandingan dan mula berlatih di negara tersebut. 


Nasib dia baik bila Lin Yi Yang kenal ramai orang di bandar tersebut dan memudahkan urusan dia sepanjang berada di sana. Yin Guo dan Xiaotian dapat menyewa di rumah yang sama dengan Wu Wei dalam masa yang singkat kerana Lin Yi Yang rapat dengan tuan rumah. Tak ambil masa yang lama untuk Yin Guo suka dengan Yi Yang kerana rupa dan peribadi lelaki tersebut. 

Satu hari, abang sepupunya, Meng Xiao Dong (Wang Xing Yue) datang ke Hul kerana risau Yin Guo tidak berlatih bersungguh-sungguh di sana. Setibanya di sana, Xiao Dong minta untuk berjumpa dengan Lin Yi Yang. Dari perbualan mereka baru Yin Guo tahu Lin Yi Yang adalah pemain professional snooker terbaik untuk negara China namun berhenti pada usia 16 tahun kerana sakit hati dengan keputusan pengadil. 


Puas senior dia, Jiang Yang (Chen Jing Ke) pujuk untuk pulang semula ke China namun Lin Yi Yang tak pernah ambil peduli. Satu-satunya cara Xiao Dong dan Jiang Yang nampak ialah dengan minta Yin Guo pujuk Lin Yi Yang ambil alih Dongxin Club di China. 

Drama romantik yang diadaptasikan dari novel Zai Bao Xue Shi Fen (Amidst a Snowstorm of Love) hasil nukilan Mo Bao Fei Bao mengangkat tema sukan billiard atau snooker yang dimonopoli oleh pemain dari negara China. Sebelum ni tak pernah tahu pun tentang snooker sebab tu bila tengok drama ni macam tercengang sikit. Tak tahu apa beza 8-ball, 9-ball, 12-ball lepas tu apa function bola hitam dengan bola merah, macam mana juri kira markah ataupun dos and don’ts pun tak diceritakan dengan terperinci. 


Patutnya penulis selit la juga pasal asas snooker sebab antara salah satu isu dalam drama ni adalah macam mana sukan snooker perlu diiktiraf standing suka-sukan yang lain. Lagipun tak salah kalau ceritakan dalam beberapa babak sebab genre drama ni adalah sukan. Babak yang tak perlu patutnya ganti dengan general knowledge ni baru lah rasa seronok bila match scenes muncul. Memang kitab oleh nampak lah hero dan heroin akan menang dalam setiap pertandingan tapi rasa saspens dan berdebar tu tak ada. 

Sembang pasal kisah cinta Lin Yi Yang dengan Yin Guo, watak Yi Yang boleh kata perfect man yang tak mungkin wujud dalam realiti. Mungkin ada lah kot tapi tak ramai. Stress sebenarnya tengok moment diorang berdua sebab tak banyak expressions dari male lead. Lakonan Leo Wu ni senada je cuma nampak berbeza bila Yin Guo buat perangai comel. 


Tapi bukan salah lakonan Leo Wu lah sebab karakter Lin Yi Yang memang pendiam lepas kalah sampai dia bawa diri ke Finland. Jatuh bangun dia dekat sana dia tanggung seorang diri. Kalau ada flashback pun, dia memang sejenis introvert sampai jurulatih dia, Mr. He (Jianyi Li) pesan jangan pendam masalah sebab dia takkan mampu tangung semua beban tu. 

Love language watak Lin Yi Yang dalam drama Amidst a Snowstorm of Love ni sejenis yang act of service dengan physical touch. Kalau Yin Guo bagi emoji love sampai penuh skrin, Yi Yang balas satu smiley je. Kita yang tengok rasa annoyed tapi tahap act of service dia top tier. Dia tak kisah drive berjam lamanya untuk Yin Guo, dia balik ke China untuk masa depan yang stabil demi Yin Guo dan banyak lagi lah dia buat dalam diam. Masa babak Lin Yi Yang kecilkan langkah bila berjalan dengan Yin Guo tu nampak lah dia korbankan masa untuk orang yang dia suka. Nak travel dari Hull ke Hursin pun sampai 7 jam tapi sanggup jalan perlahan-lahan supaya Yin Guo selesa. 


Mungkin ada yang annoyed lah bila watak Yin Guo tak mampu nak provide banyak tapi dengan usia dia yang muda, apa sangat dia boleh bagi dekat Yi Yang. Lagipun tu first love diorang so ada banyak benda masing-masing kena belajar. Watak sekeliling diorang pun supportive, bila Yin Guo clueless dengan perangai Yi Yang, senior yang lain tunjukkan jalan. 

I happy tengok babak Yi Yang lega Yin Guo tak mengandung sebab umur bakal isteri dia muda lagi untuk berkorban jaga anak. Masing-masing pun tengah fokus nak naikkan nama negara cuma both decide untuk kahwin awal supaya tak diganggu orang ketiga. 


Drama ni tak ada intimate scenes walaupun watak Yi Yang tu agresif sikit. Chemistry Leo Wu dengan Zhao Jin Mai kuat juga lah dan sebab chemistry diorang lah, kebanyakan scene jadi seronok sebab kalau guna pelakon lain rasanya dah tertidur tengok. Suka bila Yin Guo panggil Yi Yang sebab tona suara dia comel. No wonder lah Yi Yang senyum setiap kali dengar. Drama ni adalah drama kedua Jin Mai I layan lepas drama Reset (2022) Reset (2022) and for a easy breeze character like this, tak ada masalah untuk dia deliver. 

Jalan cerita drama Amidst a Snowstorm of Love dekat bahagian awal terasa draggy dan slowburn lah sebab dua-dua watak baru nak kenal tapi bila dah bercinta, jalan cerita mula laju dengan kehadiran beberapa pemain snooker. Actually, watak Jian Yang dengan Xiao Dong patut dapat screentime lebih tapi tu lah, screentime dah tak cukup untuk cramp dalam 30 episod. Drama ni kalau buat Season 2 pun okay jugak sebab semua pelakon ada high level visual. Means badan fit dan kemas rapi lah sebab semua atlet negara. Masa bertanding pun pakai vest, kemeja putih dengan seluar. 


Sembang pasal visual, wardrobe Yin Guo cantik dan bersahaja. Sesuai lah dengan karakter dia yang easy-going dan comel. Suka tengok wardrobe Xiao Dong sebab stylish, tak kisah lah siang ke malam dia tetap segak dalam suit. 

Sinematografi Amidst a Snowstorm of Love antara kekuatan naskhah romantik arahan Huang Tian Ren dan Yu Bo sebab bergantung banyak dengan landskap negara musim sejuk. Babak Yi Yang bercuti dengan Yin Guo di Lake Annecy tu paling cantik. Tak puas tengok moment main lead dekat situ sebab sekejap sangat. 


Kalau suka dengan drama Hidden Love (2023)Hidden Love (2023) tak mustahil lah boleh suka dengan drama Amidst a Snowstorm of Love cuma music album drama ni passable so for me, tak boleh lawan penangan Hidden Love. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.7/10

3 comments

  1. Dah lama tak tengok cerita Chinese. ^^ This one macam menarik!

    ReplyDelete
  2. drama ni slow sangat, i tengok part yg awal-awal je pastu terus lupa nak sambung. btw i lagi suka Leo Wu berlakon dalam Love Like the Galaxy, best try layan drama tu pula..hehe

    ReplyDelete
  3. Hidden Love pun mampu layan klip je.. huhuhu..
    Kalau detail penceritaan tentang sukan tu mesti lagi extra seronok kan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.