Fashion Files | My Favorite Looks of Met Gala 2024

Wednesday 8 May 2024

Antara acara yang dinanti-nantikan untuk bulan Mei 2024 ialah red carpet Met Gala dengan tema Garden of Time diambil dari kisah J.G. Ballard yang diterbitkan pada 1962 di mana Count Axel cuba mengelak dari menjadi mangsa kepada sekumpulan protesters berhampiran kawasan istana. Setiap hari dia akan petik setangkai bunga mawar ajaib untuk memperlahankan waktu. 

Tak pasti lah cerita penuh kisah dongeng orang kebanyakan ni macam mana tapi tema Met Gala memang diambil dari kisah popular J.G. Ballard ni jadi gabungan masa dan bunga mawar adalah elemen yang wajib ada dalam pakaian tetamu yang hadir. Tema pakaian Garden of Time yang menggunakan ekshibit Sleeping Beauties: Reawakening Fashion bertujuan untuk mempersembahkan juga beberapa elemen dalam industri fesyen yang tak lapuk dek zaman.

Setiap tahun selebriti yang datang perlu beli tiket sebanyak 75,000 dollar dan hasil jualan tiket tersebut akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan. Ada juga selebriti yang dijemput oleh pereka fesyen dan butik ternama untuk peragakan kreativiti mereka. 

Jadi dalam entry ni I nak share my favorite Met Gala 2024 looks yang diperagakan di New York City’s Metropolitan Museum of Art semalam.

1. Kendall Jenner


Setiap tahun kemunculan Kendall Jenner adalah kemunculan yang dinantikan dalam list I sebab supermodel cantik ni selalu come up dengan dreamy outfit. Tahun ni juga Kendall tampil memukau dalam persalinan serba hitam rekaan Alexander McQueen untuk Givenchy couture collection tahun 1999. Kendall bagitahu dalam interview yang persalinan ni tak pernah dipakai oleh mana-mana manusia lagi. Bukan saja bersejarah untuk Kendall tapi bersejarah untuk Alexander McQueen sebab jumpa muse yang sesuai. Kena lah dengan tema Reawakening Fashion tu. 

Dress hitam Givenchy menggunakan fabrik ringan untuk efek jatuh terletak elok pada badan si pemakai. Fabrik seakan organza sebagai asas kepada tenunan halus manik hitam dengan corak berulang. Di bahagian kolar ada corak abstrak yang dihiasi dengan manik berwarna coklat gelap dan juraian manik berkilau di bahagian lengan. Tumpuan diberikan pada bahagian pinggang dengan border pemisah untuk bahagian korset baju dan skirt labuh. 

Kendall mengenakan barang perhiasan dari Lorraine Schwartz. Hairstyle seakan princess yang popular di zaman 90-an. Natural makeup for Kendall, a proof of timeless element in Garden of Time theme. 

2. Alia Bhatt


Kali kedua Alia Bhatt hadir ke Met Gala selepas debut pada tahun lepas dalam persalinan rekaan Prabal Gurung. Tampil tradisional dalam persalinan sari berwarna aqua teal hasil rekaan Sabyasachi. Sari yang sarat dengan tenunan benang bercorak bunga pastel mempunyai leretan kain sepanjang 23 meter dipenuhi dengan manik dan batu permata di bahagian tepi kain. 


Sari yang dibikin selama 1905 jam dengan hasil kerja seramai 163 orang tukan jahit mempamerkan kemewahan kreativiti industri fabrik India. Elemen timeless terletak pada jenis pakaian, natural makeup dan juga barang perhiasan yang digunakan di bahagian kepala. 

“It was a call to the Garden of Time – an ode to art and eternity. Timelessness is endless, and we acknowledge that things crafted with time and care, can last forever. In our journey for an Indian interpretation of this universal theme, the outfit took on a life of its own. Nothing embodies tradition and innovation like the saree; in the skilled hands of Sabyasachi Mukherjee, this vision found its fullest expression.” - Alia Bhatt

Floral saree ni bukan recreation baru Sabyasachi pun tapi dah pernah dipakai oleh Deepika Padukone pada tahun 2016, Katrina Kaif pada tahun 2022 untuk majlis perkahwinan dia dan sekarang direka sekali lagi untuk Alia. Another point as proof of timeless creation and reawakening fashion. 

3. Elle Fanning in Balmain and Cartier


Kalau ikutkan I tak suka dengan glassy or transparent look but this one is exceptional. Custom dress dari Balmain ni guna elemen air untuk tema Garden of Time dan walaupun transparent tapi overall look nampak sopan dan terjemahkan tema sebaiknya. Its pure, flowy and radiant. Baik dari bahagian depan atau belakang. Dekat bahagian bahu ada hiasan burung kristal sebagai pelengkap tema. 

Bukan dress saja yang jadi tumpuan tapi makeup Elle Fanning pun cantik sangat. Makeup artist dia guna L’Oréal Lumi Glotion sebagai highlighter di beberapa kawasan seperti muka, bahu dan dada. I guess kalau dia pakai tiara atau headpiece yang sarat dengan hiasan supaya looks dia lagi bertambah cantik. Heels yang lebih menonjol instead of plain strap heels. 

4. Anok Yai in  Swarovski


Another simple looks yet captivating. Supermodel Anok Yai tampil dengan persalinan berona biru ombre yang direka khas oleh Swarovski. Dari atas hingga bahagian kasut dipenuhi dengan taburan manik dan batu permata. Anok Yai mengenakan perhiasan Swarovski yang berkilau sebagai pelengkap gaya di red carpet Met Gala 2024. Anok juga mengenakan makeup yang sarat dengan highlighter supaya sama naik dengan outfit dia. Rambut berwarna coklat dirapikan dengan curl besar. 

5. Mona Patel in Iris Van Herpen Haute Couture


Usahawan muda kelulusan Harvard tampil di karpet merah Met Gala 2024 dan mencuri tumpuan dengan rekaan Iris Van Herpen Haute Couture yang berkonsepkan rama-rama berona emas. Bahagian depan menggunakan korset rama-rama bertulang emas kemudian bahagian belakang menambahkan drama pada custome made dress ni di mana ropol berlapis diselang-selikan dengan plain layer dan matte layer. 

Dress rama-rama ni dipadankan dengan lengan rama-rama bergerak rekaan Casey Curran yang disambung kepada sumber tenaga di bahagian belakang dress. Mona mengenakan hair bun dan natural makeup sebagai pelengkap gaya untuk tema Garden of Time. 


I prefer kalau hairstyle dia ada headpiece rama-rama atau floral dan pilih princess braid instead of hair bun. Not a fan of hair bun sebab buatkan dia nampak matured. Since ekshibit dia Sleeping Beauty : Reawakening Fashion, kenapa tidak dia pilih makeup dan hairstyle yang lebih feminin dan muda. 

2 comments

  1. Saya sebenernya tak mengikuti fashion. Tapi dari beberapa model di atas, fav saya juga Kendall jenner. Cantiiik model bajunya, ditambah pula hiasan rambutnya sesuai sangat dengan tema yg diangkat ❤️😍😍

    ReplyDelete
  2. uiii...jenama diorang... nak sebut pun mak tak reti

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.