Movie Review | Woody Woodpecker Goes to Camp (2024)

Wednesday 22 May 2024


Director: Jon Rosenbaum
Writers: Cory Edwards, Jim Martin, Stephen Mazur
Cast: Eric Bauza, Kevin Michael Richardson, Tom Kenny, Mary-Louise Parker, Josh Lawson
Production Companies: Universal Animation Studios, Universal 1440 Entertainment
Distributor: Netflix
Genre: Comedy
Running Time: 98 minutes
Release Date: 12 April 2024
Trailer:


Filem Woody Woodpecker Goes to Camp bermula dengan konflik yang mlanda Woody (Eric Bauza) yang dihalau keluar dari hutan kerana ego dan tidak suka hidup secara berkumpulan. Woody ternampak Kem Woo Hoo yang membina kerjasama dalam kalangan peserta di situ lantas dia buat keputusan untuk tinggal sepanjang musim panas dengan harapan akan meraih pingat atau sijil sebagai bukti kepada renjer hutan. 

Di Kem Woo Hoo, Woody berkawan dengan anak penyelia kem bernama Maggie (Chloe De Los Santos). Dari perkenalan tersebut juga dia berjumpa dengan J.J (Savannah La Rain) yang pakar dalam mencipta permainan video, Gus (Evan Stanhope) yang pakar dalam bahan letupan, Orson (George Holahan-Cantwell) si bijak matematik, Rose (Esther Son) yang cenderung dalam penulisan juga Mikey (Kershawn Theodore). 

Setiap musim panas Maggie akan berjumpa dengan rakan-rakannya di Kem Woo Hoo dan mudah untuk mereka berkawan rapat kerana mereka semua insecure dengan kekurangan masing-masing. Maggie paling teruk antara yang teruk dalam kumpulan tersebut kerana dia tak ada kreativiti dalam mencipta sesuatu ataupun apa-apa kemahiran dan bakat berbanding yang lain. Akibatnya, dia sering menyendiri sehinggalah dia bertemu dengan Woody Woodpecker yang tak pernah ambil peduli dengan kelemahan orang lain. 

Sama macam di hutan, Woody juga menimbulkan banyak masalah apabila berada di Kem Woo Hoo. Ibu Maggie, Angie (Mary-Louise Parker) terpaksa berhempas-pulas membaiki kerosakan di kem gara-gara Woody. Angie perlu mendapat markah tinggi ketika pemeriksaan dilakukan oleh Wally Walrus (Tom Kenny) supaya Kem Woo Hoo tak ditutup kerana gagal menang dalam pertandingan juga fasiliti yang kurang menarik minat peserta kem. Setiap tahun Kem Woo Hoo akan kalah dengan Kem Hoo Rah yang diselia oleh sepupunya, Zane (Josh Lawson). 

Dalam masa yang sama, Woody secara tidak sengaja mencipta musuh dengan pekerja baru bernama Buzz Buzzard (Kevin Michael Richardson), si burung hering yang baru sahaja keluar dari penjara. Berjaya tak Woody dapat apa yang diidamkan di Kem Woo Hoo kena lah tengok filem Woody Woodpecker Goes to Camp di Netflix. 

Naskhah live-action Woody Woodpecker yang popular dengan siri kartun pada tahun 1957 merupakan sekuel kepada filem Woody Woodpecker (2017). I pun tak tahu kewujudan filem pertama sebab buka Netflix terus nampak Woody Woodpecker Goes to Camp dan ikutkan pada jalan penceritaan, filem kedua tak bersangkut-paut dengan yang sebelumnya. 

Boleh kata jalan cerita Woody Woodpecker Goes to Camp adalah untuk tontonan kanak-kanak dan bukan orang dewasa sebab lawak hambar dan penceritaan yang santai. Santai dalam erti kata lain, tak dikembangkan banyak pun. First half okay lah tapi bila masuk second half dah mula berkerut kening dah. Nak pula bila masuk part pertandingan tu. 

Tak pasti lah kalau penulis nak bagitahu yang Maggie tak nampak kekuatan diri dia sampai tak mampu nak hidupkan semangat geng dia sampai semua jadi lemau tapi lepas datangnya Woody, semuanya berubah. 

Woody tak lah membantu banyak mana pun tapi timing dia buat perangai tu sama dengan timing antagonis nak buat jahat dekat Kem Woo Hoo. Jadi Woody pun nampak less annoying dalam filem ni. I tak rasa Woody Woodpecker ni annoying masa layan cartoon dia dulu. Kalau dia annoying dan buat hal pun sebab dia kena kacau dengan pemangsa. 

Anyway, untuk filem live action yang menggabungkan watak animasi dan manusia, filem Woody Woodpecker Goes to Camp terlihat menarik dan meyakinkan walaupun ada beberapa babak yang dibikin berlebihan sebab ikut format kartun tapi bearable lah to watch. Sayanglah bila ada barisan pelakon yang bagus, animasi yang menarik dengan maskot kartun popular tapi filem terlihat lemah gara-gara penulisan yang ala kadar. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0 = 3.9/10

1 comment

  1. Dah tengok dgn anak2 hari tu..Tgk dkt rumah je..Bleh tahan jgk cite dia =)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.