Astro dan TikTok berkolaborasi dalam penganjuran edisi terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic’ di Malaysia

Friday 3 May 2024

Astro dan TikTok berkolaborasi dalam penganjuran edisi terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic’ di Malaysia | Uji bakat pencarian pencipta kandungan muzik & bakat baharu bermula 7 Mei di TikTok LIVE

Astro berkolaborasi bersama TikTok dalam mencari bakat nyanyian baharu atau pencipta kandungan muzikal untuk menyertai uji bakat edisi terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’, program pertandingan nyanyian di platform media sosial TikTok. Uji bakat buat edisi terbaharu ini akan dihoskan sepenuhnya di TikTok LIVE, perkhidmatan penstriman secara langsung dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY menerusi platform TikTok bermula 7 Mei sehingga 24 Mei 2024 dan dibuka kepada seluruh warga Malaysia.

Buat edisi baharu ini, pencipta kandungan atau penyanyi yang terpilih daripada uji bakat TikTok LIVE ini akan bertanding dalam program utamanya yang akan disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) buat pertama kalinya pada bulan Julai 2024 kelak selama lapan minggu.

Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, “Kami sangat berbesar hati untuk membawa program ini ke Malaysia menerusi Astro. Dengan lebih 1 bilion pengguna bulanan aktif, TikTok merupakan salah satu platform media sosial terbesar di dunia, dan memiliki pengguna di kalangan warga muda yang besar dan kuat. Ia sejajar dengan misi kami untuk membawa remaja sebagai sasaran penonton utama ke saluran Astro Ria menerusi edisi terbaharu ini.

Media sosial juga merupakan platform yang sangat aktif dan efektif dalam pencarian bakat muda khususnya dalam bidang nyanyian. Justeru, kami yakin ramai akan teruja untuk menyertai uji bakat ‘TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’ dan mempelawa semua pencipta-pencipta kandungan untuk mengambil bahagian serta memanfaatkan peluang yang ada menerusi kolaborasi ini di Malaysia”.

“TikTok LIVE merupakan satu platform yang memberi peluang kepada pengguna untuk mencipta ekpresi yang kreatif dan tulen. Menerusi program ‘TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’, kami teruja untuk mencari pencipta kandungan yang paling kreatif dan berbakat di platform kami. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Astro untuk mempersembahkan bakat-bakat muzik terbaik di Malaysia, menjadikan ia satu inspirasi kepada komuniti kami serta mencipta pengalaman hiburan yang unik untuk pengguna kami. Kami berharap kolaborasi ini dapat membuka peluang kepada bakat-bakat muzik yang sedang menaik di seluruh negara untuk lebih berkembang di pelbagai platform. Kami juga komited untuk mencipta cara yang lebih seronok dan menghiburkan dalam meningkatkan komuniti pencipta-pencipta kandungan yang berbakat serta sedang berkembang. Kami turut menyokong apabila mereka berkongsi minat dan kreativiti mereka dengan seluruh dunia”, kata Pengurus Serantau TikTok LIVE, Melissa Yuen.

Mengekalkan format sama yang dipecahkan kepada beberapa fasa, uji bakat ‘TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’ akan berlangsung bermula 7 Mei 2024 hingga 24 May 2024 dengan membuka penyertaan kepada seluruh warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Pengguna TikTok yang berbakat dan berminat boleh menyertai uji bakat ini dengan menghantar video nyanyian mereka berdurasi 10 minit ke aplikasi ini menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.

Selepas tarikh uji bakat ditutup pada 24 Mei 2024, peserta yang disenarai pendek oleh pihak Astro dan TikTok akan bertanding dalam segmen Multi-Guest yang akan dikendalikan sepenuhnya menerusi perkhidmatan penstriman TikTok LIVE. Para peserta boleh menunjukkan bakat nyanyian dan bakat muzik mereka dengan kehadiran salah seorang guru vokal terkenal untuk dipilih sebagai peserta yang layak ke peringkat seterusnya. Peserta yang berjaya melepasi saringan ‘Multi-Guest’ akan dipilih untuk menjadi barisan peserta ‘TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’ yang bakal bersiaran pada Julai ini di Astro Ria (saluran 104).

Pelancaran ‘Gimme The Mic’ pada tahun 2023 lalu bertujuan untuk mencari pengguna media sosial, khususnya TikTok yang berbakat dalam bidang nyanyian dan muzik serta menyokong perjalanan muzik mereka dengan menyediakan ruang untuk mempersembahkan karya nyanyian masing-masing sehingga ke peringkat antarabangsa. Menerusi edisi kali ini, juara serta enam peserta teratas yang dipilih di pentas akhir ‘ TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’ bakal mewakili negara bertanding di peringkat antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut mengenai uji bakat dan program ‘TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’, sila layari www.gempak.com

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.