Blog Performance Mei 2024

Monday 3 June 2024


Masa update performance blog bulan April kemain happy tengok ada progress tapi bila tengok performance bulan Mei, jatuh balik. 

1. PV


Bulan lepas dah berjaya cecah 90,000 pageviews so I expect bulan Mei akan naik lagi sebab ada movie besar release rupanya jatuh pulak. Dia punya jatuh lagi teruk dari bulan Mac, mungkin sebab ada cuti sekolah jadi orang tak belek review sangat. Kalau niche masakan dengan travel mungkin mendadak naiknya. 

Terkubur lah harapan nak tengok 100k pageviews sekaligus terkubur juga nak tengok all time pageviews naik ke satu juta angka lagi macam tipis. 

2. Posts


Dah sebulan filem Sheriff tayang di pawagam tapi views tetap tinggi, mungkin sebab masuk ke pawagam Indonesia walaupun tak begitu banyak sambutan. Nak compare dengan bulan lepas, jauh sangat beza views entry yang paling atas dengan bulan ni, lebih kurang dalam 3 ribu views beza dia. Meleset juga target untuk bulan Mei sebab kononnya nak update Bollywood stars yang pergi Cannes tapi sempat update 2 orang je. Sekarang dah habis Cannes dah pun, trending keywords pun dah basi. Tapi basi ke tak basi, I tetap update dekat sini sebab.... sebab boleh dik. 

3. Bilangan Entry


One thing yang I happy dengan progress bulan lepas bila berjaya keluar dari kepompong 30 entries sebulan. Walaupun banyak press release tapi banyak juga lah movie review yang I update. Mungkin bulan 6 ada banyak lagi review sebab dalam draft pun ada banyak lagi yang menunggu untuk dikeluarkan. Tapi untuk letak harapan bilangan entry lebih banyak dari bulan Mei macam tak berani sebab tengah musim audit. Ada banyak kerja menunggu dekat meja tu, ada banyak juga trip ke SSM untuk lodge documents. 

Hopefully views makin naik lah, at least menaik dari bulan Mei 2024. Tak letak harapan banyak sejak Google dah tukar algorithm dan buang sistem SEO yang dulu. Kalau dulu kita pandai main SEO, boleh lah entry naik duduk dekat first search first page, sekarang ni dia utamakan views even social media platform boleh duduk di carian pertama. Nak kata blog akan terkubur tu tak juga tapi slowly akan dilupakan mungkin. Tskkkk

8 comments

  1. Semoga terus bersemangat untuk menulis :)

    ReplyDelete
  2. penat dengan blog sekarang, mood nak blogging pun jatuh merudum macam kita punya pv. sekarang ni dah malas nak buat post yg kejar view so kita blogging santai-santai je la as hobby.

    ReplyDelete
  3. Sedih kan dengan perubahan algorithm ni T_T

    ReplyDelete
  4. MA punya viewers pun drop byk this months .... :-(

    ReplyDelete
  5. Tahniah! inshaAllah terus menyerlah selepas ini. Salam singgah from me ^^

    ReplyDelete
  6. Semoga terus menulis.. Yeah!! Cecah 40 entry.. Tahniah Farhana..

    ReplyDelete
  7. Ayuh, semangat memblog jangan luntur!

    ReplyDelete
  8. linda memnag tak faham benda gini...yang tahu, memang suka santai-santai menulis blog...
    good luck untuk bulan Jun

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.