Movie Review | Rahsia (2023)

Monday 17 June 2024


Pengarah: Shamyl Othman  
Penulis Skrip: Alfie Palermo, Luqman Sheikh Ghazali, Natasha Azlan, Zulaikha Zakaria
Pelakon: Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan, Syed Ali Murtadha, Qistina Raisah, Rashidi Ishak, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks, Nu’man Salleh, Iris Alessandra Alyssa
Syarikat Produksi: Five Star Trading, Kuman Pictures 
Pengedar: Astro Shaw, Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 90 minit
Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2023 (Malaysia), 15 Januari 2024 (Kemboja)
Trailer:


Filem Rahsia mengisahkan tentang Ramlah (Nabila Huda) mencari anak bongsunya, Saiful (Syed Ali Murtadha) yang hilang ketika mereka berkelah di pantai. Mereka sekeluarga pulang ke kampung untuk menyambut kelahiran ayahnya, Tan Sri Karim (Eman Manan) namun percutian tersebut bertukar tragedi. 

Suaminya, Hamdan (Fikry Ibrahim) pula rasa bersalah kerana lebih pentingkan panggilan telefon berkenaan kerja daripada menjaga Saiful. Hamdan bekerjasama dengan pihak polis dan juga orang kampung mencari Saiful. Belum ada sebarang kemungkinan anaknya meninggal selagi mayatnya tidak ditemui. 


Ramlah yakin anaknya masih hidup kerana dia sering terdengar suara Saiful di kawasan rumah namun Hamdan endahkan kemungkinan tersebut. Sementara kesihatan Ramlah terjejas kerana kurang tidur dan makan, anak perempuannya, Marina (Qistina Raisah) juga diganggu di rumah tersebut. 

Gangguan aneh semakin teruk setelah Tan Sri Karim meninggal dunia dalam keadaan ngeri di hospital. Ketika upacara yang dilakukan oleh dukun kampung juga Ramlah diberi amaran supaya berhenti mencari Saiful kerana anaknya bakal menjadi tuan baru. Sedikit demi sedikit Ramlah jumpa jawapan ke mana hilang ibunya, Puan Sri Melor (Marsha Milan). 

Filem Rahsia arahan Shamyl Othman adalah remake kepada filem seram Rahsia yang pernah ditayangkan pada tahun 1987. Fun fact, filem Rahsia adalah comeback film untuk Marsha Milan selepas tahun 2018 untuk filem 7ujuh. Filem terakhir sebelum berehat adalah filem seram kemudian buat comeback juga dalam filem seram. Filem Rahsia juga merupakan debut film untuk Fikry Ibrahim.
 
Sepatutnya filem Rahsia ditayangkan sebelum pandemik tapi diperam beberapa tahun sehingga keadaan kembali pulih. Masa trailer launch, pelakon kanak-kanak Syed Ali Murtadha dah besar dah, sama juga dengan Qistina. 

Berbalik kepada review filem, Rahsia mempunyai kekuatan pada jalan cerita yang mudah difahami dan mempunyai elemen seram tanpa terlihat merapu. Entiti yang mengganggu juga menggunakan banyak medium seperti anak patung, walkie-talkie, piano, permainan, printer dan banyak lagi sehingga lah Ramlah bersedia untuk bersemuka. Sepanjang masa tak senang duduk dibuatnya sebab kesemua watak sering diganggu dalam rumah tersebut kecuali Hamdan. 


Tona filem Rahsia agak gelap untuk menghidupkan suasana suram dan muram setelah Saiful hilang dan kematian Tan Sri Karim. Rumah tersebut juga menjadi episod hitam dalam hidup Ramlah setelah Puan Sri Melor beberapa kali bertengkar dengan Karim (Rashidi Ishak) sehingga Ramlah kemurungan. Sinematografi dari Tan Teck Zee berjaya menghidupkan dunia Ramlah dengan cemerlang sekaligus meningkatkan mutu kualiti filem seram tempatan. Ditambah dengan lagu tema berjudul Alunan Lara dendangan Njwa menjadi penambah perasa untuk filem seram ni.



Walaupun filem Rahsia bagus sebagai filem seram tempatan tapi personally I tak suka ending yang sengaja dibikin untuk menaikkan lagi elemen drama air mata. Babak Ramlah tahu rahsia Tan Sri Karim dah cukup beremosi, sama kuat juga dengan babak Ramlah dan Hamdan bertengkar  sampai luahkan isi hati masing-masing. Dekat babak Ramlah naik ke loteng boleh kata draggy juga lah sampai rasa seram tu hilang padahal dekat situ ada momen yang kuat antara iblis dan manusia. 

Tak faham juga kenapa Ramlah tak dapat berjumpa dengan ustaz sedangkan dari awal lagi dia mencari ustaz sebab dia tahu kehilangan Saiful tak boleh diselesaikan dengan logik akal. Dia juga nampak Saiful diculik oleh siapa. Kalau watak ustaz muncul rasanya beberapa watak boleh diselamatkan. Boleh sangat kalau masukkan ritual buang saka dengan cara Islam supaya keluarga Ramlah hidup tenang. 

Anyway, Rahsia currently airing on Netflix so siapa yang belum tengok lagi boleh layan naskhah seram ni.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9.6/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.