Movie Review | Yodha (2024)

Monday 17 June 2024


Directors: Sagar Ambre, Pushkar Ojha
Writer: Sagar Ambre
Cast: Sidharth Malhotra, Raashii Khanna, Disha Patani
Production Companies: Amazon MGM Studios, Dharma Productions, Mentor Disciple Entertainment
Distributor: AA Films, Netflix, Amazon Prime Video
Genre: Action / Thriller
Running Time: 130 minutes
Release Date: 15 March 2024
Trailer:


Sejak kecil Arun Katyal (Sidharth Malhotra) ingin mengikut jejak langkah ayahnya, Surender Katyal (Ronit Roy) menjadi seorang askar dalam unit khas dan impiannya tercapai 20 tahun kemudian. Arun dipilih untuk menyertai unit khas iaitu Yodha Task Force di mana menggabungkan pegawai terbaik dari pasukan polis, tentera, juruterbang dan banyak lagi unit lain. Yodha Task Force dibiaya oleh Kerajaan India dan isteri Arun, Priyamvada "Priya" Katyal (Raashii Khanna) merupakan setiausaha Perdana Menteri.

Kerana kecekapan Arun, dia dipilih untuk menjaga saintis hebat India untuk penerbangan ke luar negara namun misi tersebut gagal apabila kapal terbang dirampas oleh Jalal (Sunny Hinduja), pengganas dari kumpulan Lashkar-e-Toiba. Ekoran kejadian tersebut, Yodha Task Force menyingkirkan Arun dari pasukan tersebut. Arun cuba untuk berunding dengan Kementerian namun usahanya gagal. Bukan saja kehilangan pekerjaan, rakan sekerja malah isterinya juga pergi meninggalkan Arun. 


Beberapa bulan kemudian, Arun mendapat mesej dari nombor yang tak dikenali memintanya untuk menaiki pesawat. Dalam penerbangan sehala ke negara Pakistan itu, Arun syak lelaki berjambang adalah salah seorang pengganas Lashkar-e-Toiba kerana gerak-gerinya yang mencurigakan. Anehnya lelaki tersebut meninggal selepas bertengkar dengan Arun lalu ketua pramugari bernama Laila (Disha Patani) melaporkan hal tersebut kepada Yodha Task Force. 

Pegawai atasan Yodha beranggapan Arun membuat rancangan untuk balas dendam terhadap apa yang terjadi pada dirinya. Mereka cuba sembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan Perdana Menteri kerana beliau menghadiri upacara perdamaian India-Pakistan. Mampukah Arun menangkap pembunuh sebenar dan bersihkan kembali nama baiknya dan juga India?  


Selepas filem aksi Mission Majnu (2023), Sidharth Malhotra kembali dengan filem Yodha arahan Sagar Ambre dan Pushkar Ojha. Filem Yodha juga diterbitkan oleh Dharma Productions milik Karan Johar dan Mentor Disciple Entertainment kepunyaan Shashank Khaitaan. Filem ke-8 juga untuk Sid Malhotra bekerja dengan Dharma Productions selepas filem Student Of The Year (2012), Hasee Toh Phasee (2014), Brothers (2015), Kapoor And Sons (2016), Baar Baar Dekho (2016), Ittefaq (2017) dan Shershaah (2021). 

Tak hairan lah kalau kualiti sinematografi yang dipaparkan dari lensa Jishnu Bhattacharjee menjadi kekuatan filem Yodha. Teknik kamera yang cemerlang untuk setiap babak aksi yang dimasukkan dalam Yodha mengukuhkan lagi watak Arun sebagai pegawai askar terbaik India. Kebayakan aksi dilakukan sendiri oleh Sid terutamanya hand combat dalam tandas kapal terbang untuk babak Arun fight Amandeep Singh. 


Lakonan Disha sebagai ketua pramugari juga mencuri perhatian dan menjadi dinamik yang kuat di samping Sid Malhotra. Walaupun dia tak dapat buat banyak benda sebagai ketua pramugari yang tersekat antara Arun dan juga pengganas di dalam pesawat tersebut tapi ada beberapa moment yang meninggalkan impak pada penceritaan. Kalau skrip Yodha ditulis lebih baik mungkin watak Laila Khalid sama kuat juga dengan Arun Katyal. Hopefully ada pengarah yang berminat untuk cast Disha dan Sid jadi main lead dalam filem. 


Sama juga dengan watak Priya, isteri Arun yang bekerja di Kementerian. Sepatutnya babak Arun jaga saintis nuklear, babak Arun pilih bercerai demi selamatkan Yodha Task Force daripada dibubarkan dan juga babak Arun selamatkan kapal terbang dari terhempas tu antara babak konflik personal matter dan professional. Malangnya watak Priya tampak lemah sebagai isteri dan juga rakan sekerja. Sepatutnya negotiation skill dia bagus tapi nampak dangkal sangat dalam kesemua babak ni. Toan suara dia pun tak sesuai sebagai orang yang memujuk. Geram bila dia tak faham Arun bagi kod ‘Time lost is time gone.’


Patutnya tak perlu pun masukkan love angle antara Arun dengan Priya sebab tak membantu penceritaan. Chemistry antara Sid dengan Rashii Khanna pun tak kuat mana untuk naikkan momen romantik pasangan suami isteri dalam Yodha. Music album dari Tanishk Bagchi sebagai promo material guna lagu Zindagi Tere Naam padahal lagu Tera Sang Ishq Hua lebih berpotensi. 



Filem Yodha mungkin lebih bagus kalau penulis tak fokus sangat untuk jadikan watak Arun Katyal sebagai hero India yang serba-serbi boleh. Tajuk filem ni Yodha bukannya Arun jadi tak boleh lah penulis atau pengarah tumpukan sangat kepada Arun. Tak dinafikan lah Sid Malhotra nampak kacak dan maskulin sepanjang masa tapi jalan cerita yang bagus pun sama pentingnya dengan visual pelakon utama. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 5.9/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.