Minggu 6 The Hardest Singing Show (THSS) : Para Peserta Terokai Pelbagai Alat Muzik di Minggu ‘Emosi Instrumentasi’; Aisha Retno Raih Tempat Pertama!

Tuesday 18 June 2024

Minggu ke-6 ‘The Hardest Singing Show’ paparkan keteguhan para peserta dalam berlatih dan menggunakan alat muzik dalam persembahan mereka. Minggu yang bertemakan Emosi Instrumentasi ini dijuarai oleh Aisha Retno yang mendapat markah keseluruhan tertinggi iaitu 81.00% dengan nyanyian lagu Kurniaan Dalam Samaran oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza menggunakan keyboard. 

Tempat kedua diraih oleh Aepul Roza dengan markah keseluruhan sebanyak 75.60% (alat muzik: Gitar Akustik), diikuti oleh Putera Muhammad dengan markah keseluruhan sebanyak 75.32% (alat muzik: Ukulele). Minggu ini juga menyaksikan Stacy sebagai pemenang Anugerah The Hardest Singing Show Alha Alfa buat kali kelima, mengejutkan kesemua para penonton. Saksikan episod baharu THSS pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

INFO THE HARDEST SINGING SHOW

• ‘The Hardest Singing Show’ merupakan sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi- penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka serta bersiaran secara LANGSUNG dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Barisan peserta yang akan bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah (Undur Diri), Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.


Aepul Roza - Sumpah dan Cinta Matiku (Nidji)


Zizi Kirana - Qomarun (Mustofa Atef)


Stacy - Somewhere Only We Know (Keane)


Putera Muhammad - Assalamualaikum (Faizal Tahir)


Ayda Jebat - Laskar Cinta (Dewa 19)

Aisha Retno - Kurniaan Dalam Samaran (Dato’ Sri Siti Nurhaliza)


• Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

• Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com/thehardestsingingshow.

1 comment

  1. Eh.. De Fam undur diri..
    Wah.. Zizi nyanyi Qomarun.. nak tengoklah..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.