Movie Review | Cirkus (2023)

Saturday 25 March 2023


Director : Rohit Shetty
Writer : Yunus Sajawal  
Cast : Ranveer Singh, Pooja Hegde, Jacqueline Fernandez, Varun Sharma 
Production Companies : Rohit Shetty Productionz, T-Series Films  
Distributors : Reliance Entertainment, Netflix
Genre : Comedy  
Running Time : 138 minutes
Release Date : 23 December 2022 
Trailer :


Pada tahun 1994, Dr. Roy Jamnadas (Murali Sharma) cuba untuk jalankan eksperimen di mana cara seseorang dibesarkan yang membentuk peribadi individu dan bukannya pertalian darah. Jadi Dr. Roy pisahkan dua pasang kembar. Keluarga angkat dua pasang kembar tersebut bagi nama Joy dan Roy sebagai tanda penghargaan kepada Dr. Roy dan juga abangnya, Joy. 

Roy 1 (Ranveer Singh) dan Joy 1 (Varun Sharma) dibesarkan oleh keluarga yang mempunyai sarkas untuk menampung kehidupan mereka di Ooty. Sementara Roy 2 dan Joy 2 pula dibesarkan dalam keluarga peniaga yang kaya di Bangalore. 

Anehnya, Roy 1 mempunyai kekebalan terhadap elektrik dari kecil dan terkenal sebagai ‘The Electric Man’ sehingga lah dia besar, ambil alih perniagaan sarkas orang tuanya kemudian berkahwin dengan Mala (Pooja Hedge). Dan kerana Roy 2 adalah kembar Roy 1, maka dia lah yang merasai renjatan elektrik tersebut. Ramai yang takut untuk dekat dengan Roy 2 namun Bindu (Jacqueline Fernandez) sayang Roy 2 separuh mati. 

Kekecohan berlaku bila Roy 2 dan Joy 2 pergi ke Ooty untuk melawat ladang the kepunyaan keluarga. Dalam perjalanan mereka terjumpa dengan Momo (Siddhartha Jadhav), Mango (Ashish Warang) dan Chikki (Umakant Patil) yang ingin merompak wang tunai kepunyaan kembar tersebut. Dalam masa yang sama, ayah Bindu, Rai Bahadur (Sanjay Mishra) dan pembantunya mengintip Roy 2 sebab dia dapat tahu Roy 2 mempunyai isteri di Ooty. 

Naskhah Cirkus adalah adaptasi dari The Comedy of Errors oleh William Shakespeare dan sepertimana teater tersebut, filem komedi Rohit Shetty dipenuhi dengan komedi slapstick. Layan sebab nak tengok gandingan baru Ranveer Singh bersama Pooja Hedge dan Jacqueline Fernandez. Lagi satu sebab lagu Sun Zara dengan Current Laga Re hasil gubahan Amar Mohile best. 



Filem ni memang tak boleh tengok dengan serius lah sebab dari awal lagi pun dah merepek bila kembar yang diambil sebagai anak angkat tak sama langsung rupa dan fizikal. Merepek juga lah bila Dr. Roy nak buktikan teori dia betul sedangkan dia boleh nampak macam mana karakter dan peribadi anak yatim yang membesar di rumah anak yatim kepunyaan Joy daripada tunggu berpuluh tahun untuk tengok hasil dari dua buah keluarga. 

Sinematografi agak pelik lah dengan penggunaan warna yang striking sebab Ooty dah cantik dengan ladang teh dan kawasan pergunungan macam yang pernah dipamerkan dalam franchise Golmaal (2006-2017) dan Chennai Express (2014). Berbeza sangat dengan Cirkus, warna yang digunakan nampak tak sesuai langsung sampai hilang seronok nak layan sebab dah tahu shoot dekat set dan guna VFX. Tapi dalam lagu Sun Zara tu syok tengok part Bindu dengan Roy 2 sebab set ikut warna tema. Wardrobe untuk semua pelakon terikat pada latar tahun 70-an di mana kawasan bandar masih kuat dengan pengaruh Inggeris. 

Lakonan Ranveer Singh untuk filem komedi tak ada masalah pun sebab dia memang dah berpengalaman untuk genre ni cuma skrip lah yang bermasalah sampaikan filem jadi stretchy dan draggy. Ada masanya kelakar, ada masanya rasa tak sabar nak habis. Pooja dan Jacqueline masuk untuk jadi cantik sahaja jadi watak mereka tersangatlah minimal potensinya nak dibandingkan dengan Ranveer atau pelakon lain. Varun Sharma being Varun Sharma, annoying. Kehadiran Johny Lever pun tak membantu menaikkan elemen humor dalam Cirkus.

Bukan saja Cirkus jadi filem terpaling lemah untuk Ranveer Singh malah filem paling tak kelakar dari Rohit Shetty juga. Hopefully Rohit cari penulis skrip yang lebih baik dan spend lebih banyak masa untuk Simmba 2 dan filem-filem akan datang under franchise cop universe Rohit Shetty Productionz.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 5.3/10

1 comment

  1. Aduh.. Pelakon dah best tapi jalan cerita pula merepek.. hurm..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.