Blog Performance February 2023

Friday 3 March 2023


Bulan ni lambat sikit nak update report card sebab nak settlekan press release untuk movie yang bakal ditayang pada bulan Mac sebelum masuk puasa nanti. Cuaca makin sejuk ye sekarang lagi bertambah malas nak update itu ini. Rasa nak berhibernasi saja sampai konsert TREASURE. Tak sabar nak tengok TREASURE depan mata. Sebelum ni join konsert diorang secara virtual, kali ni TREASURE datang ke Shah Alam! 

Back to our main agenda, bulan Februari tak jauh beza dengan bulan Januari.

1. PV


For sure PV untuk bulan Februari tak mencecah 120k macam bulan Januari 2023, sebab bilangan hari pun tak sama. Dapat masuk 100k pun dah okay dah itupun nampak lah penurunan sebab tak blogwalking. Nak buat 10 blog sehari pun tak sempat. 

2. Posts

Rancak betul post pasal drama Projek High Council sejak kebelakangan ni sebab semua tengah seronok tengok Amir Ahnaf sebagai Kapla di KUDETA. Popular Post bulan Februari penuh dengan karya lokal which is something great to watch. Berbeza dengan bulan lepas, views tak lah tinggi sangat sebab rata-rata di permulaan seribu je. But that's okay since ada yang masuk streaming platform dan tengah running lagi dekat cinema. 

3. Audience


Audience bulan Februari ni unik sikit sebab ikut data Google Analytics, majoriti readers adalah readers baru dan selebihnya returning audience. Nampak juga komen dari anonymous yang sembang tentang filem atau tempat makan. Kalau tengok pada chart tu pun, audience terbesar ialah orang Malaysia dan jumlah yang besar juga menurun untuk audience dari seberang memandangkan tak ada review untuk filem negara jiran. 

Hopefully bulan depan akan ada perubahan sebab ada few movies yang I akan tengok dan buat review. Nak buat list movie Indonesia yang best untuk tahun 2022 tapi tak sure pula kalau berkesempatan. 

4. Bilangan Entri

Bulan Februari berjaya juga update 60 entry dan mengurangkan kapasiti media dalam gallery handphone tyu. Dari 6 ribu gambar dan video dah berkurang jadi 5 ribu. Hopefully minggu ni dapat kurangkan lagi seribu sebab minggu depan dah nak pergi konsert TREASURE. Banyak sebab material dari media screening event. Dah boleh start dah update sesi interview dengan pelakon dan production crew. Interview dengan ambik gambar rajin tapi nak update tu malas. 

Thanks kepada yang berkunjung ke blog ni, ada masa I akan berbalas kunjungan. Kepada yang berada di Selatan, hati-hati dan jaga diri sebaiknya. 

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.