Nikmati Personaliti dan Pengisian Baharu ERA Sabah Bermula 31 Oktober 2022

Monday 31 October 2022

(Dari kiri) Deemike, Nicky, Dewi, Addnan, Ily Lia Affiqah (Pengurus Kandungan ERA Sabah), Keewon, Mijul, Emma, Skye dan Adam

Nikmati personaliti dan pengisian baharu ERA Sabah bermula 31 Oktober 2022 | Dengar di udara atau melalui aplikasi SYOK

Personaliti dan Pengisian Baharu di ERA Sabah

Peminat ERA Sabah, jenama radio No. 1 di Sabah kini boleh berhibur bersama personaliti baharu dengan pengisian terkini yang lebih menghiburkan, setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam, di udara dan di aplikasi SYOK.

Gandingan baharu di ‘Pagi ERA Sabah’, bermula 6 hingga 10 pagi, menampilkan Unduk Ngadau  Hosiani Keewon, personaliti baharu yang berpewatakan ceria dan periang, bakal menemani Addnan dan Mijul, dua jejaka berbakat besar dalam dunia pengacaraan dan penyiaran radio. Pendengar boleh menikmati ‘Pagi ERA Sabah’ bersama Addnan, Mijul dan Keewon dengan kandungan terkini termasuk:
o Besthrees: Perbualan santai tiga sahabat baik tentang topik semasa yang tular.
o Topik: Personaliti ERA Sabah mengupas pelbagai perbincangan harian berkaitan merangkumi berita semasa, cerita selebriti, dan perkara yang melucukan.
o FYI ERA: Di mana Addnan, Mijul dan Keewon berkongsi tentang fakta, sejarah dan latar belakang berkaitan negeri Sabah bersama pendengar.
o Cakap Laju: Pendengar diberi peluang untuk membuat meneka perkataan yang disebut secara laju dan menang hadiah wang tunai.

Para pendengar juga boleh terus berhibur dan menikmati segmen baharu ‘GEN E’ bersama Skye, bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari. Skye akan membawa pendengar berhibur dengan pengisian seperti ERApedia, perkongsian perkataan dari Bahasa Inggeris dan cara penggunaannya dalam membentuk ayat. Manakala, segmen ‘Okay Go!’ bersama Emma, dari 1 tengah hari hingga 4 petang pula menampilkan segmen Makan-Makan, di mana Emma akan berkongsi tempat-tempat menjamu selera yang menarik di sekitar Sabah bersama pendengar. Emma juga akan memainkan pilihan lagu terbaik serta info terkini dari dalam dan luar negara.

Di sebelah petang, para pendengar boleh menantikan segmen baharu ‘ERAmaiti’ bersama Dewi, dari 4 petang hingga 8 malam. Dewi membawakan pelbagai kandungan terkini dan menarik, termasuk: 
o Kau Tau Ka?: Di mana Dewi berkongsi fakta dan info menarik tentang peristiwa yang berlaku pada hari yang sama, di tahun sebelumnya.
o Topik: Dewi berkongsi topik perbincangan harian yang menarik.
o    Sambung Nyanyi: Di mana pendengar boleh bermain permainan bersama Dewi dengan menyanyikan rangkap lagu.
o Superstar ERA:  Dewi akan menemu bual artis-artis jemputan dan baharu di ERA Sabah.

Di segmen baharu ‘ERAVERSE’ bersama personaliti baharu yang dikenali di dunia maya terutamanya TikTok, Nicky, bermula 8 malam hingga 12 tengah malam, para pendengar boleh menikmati kandungan terkini, seperti:
o 8 ERA: Nicky akan memainkan lagu-lagu terbaik di ERA Sabah.
o POV ERA: Di mana Nicky akan berkongsi pandangan santai tentang topik dan perbincangan harian. 
o Curhat: Di mana pendengar diberi peluang untuk meluahkan perasaan tentang pelbagai cerita dan dikongsikan bersama Nicky. 
o Galau Hour: Pendengar boleh melayani pilihan-pilihan lagu segar malar yang dimainkan menjelang lewat malam.

Untuk maklumat lanjut tentang personaliti baharu dan pengisian terkini di ERA Sabah, layari era.syok.my. 

Ulasan daripada Ily Lia Affiqah, Pengurus Kandungan ERA Sabah

“Kami teruja untuk mengumumkan ERA Sabah yang terkini dan diperbaharui kepada semua pendengar setia kami. Kami gembira menyambut kedatangan personaliti-personaliti baharu di ERA Sabah – Keewon di Pagi ERA Sabah serta Nicky di ERAVERSE – ke keluarga ERA Sabah. Bersama personaliti ERA Sabah yang tersedia, peminat dapat menikmati pelbagai pengisian terikini yang pasti menarik, menghiburkan dan lebih relevan kepada gaya hidup dan minat warga Sabah. Kami berterima kasih kepada semua pendengar atas sokongan yang berterusan daripada mereka kepada keluarga ERA Sabah.”

3 comments

  1. Wah.. Ada ERA Sabah.. Kalau boleh dengar online, bolehlah layan nanti..

    ReplyDelete
  2. hebat radio era👍👍👍semoga trs success!!

    ReplyDelete
  3. Semakin meriahlah Radio Sabah gitu.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.