Movie Review | Spiderman : No Way Home (2021)

Monday 20 December 2021

Director : Jon Watts

Writer : Chris McKenna, Erik Sommers

Cast : Tom Holland, Zendaya, Benedict Cumberbatch, Jacob Batalon, Jon Favreau, Jamie Foxx, Willem Dafoe, Alfred Molina, Benedict Wong, Tony Revolori, Marisa Tomei

Production Company : Columbia Pictures, Marvel Studios, Pascal Pictures

Distributor : Sony Pictures Releasing

Genre : Superhero

Running Time : 148 minutes

Release Date : 13 December 2021 (Fox Village Theatre), 17 December 2021 (United States)

Trailer :


Habis layan Venom 2 : Let There Be Carnage (2021) terus layan installment ketiga dalam franchise movie Spiderman di bawah Marvel Universe Fasa 4. Nak tengok Spiderman : No Way Home ni memang kena tengok dulu Spiderman : Homecoming (2017), Spiderman : Far From Home (2019), The Amazing Spiderman 1 (2012), The Amazing Spiderman 2 (2014), Spiderman 1 (2002), Spiderman 2 (2007) dan Venom 2. 

Boleh lah tak tengok semua ni tapi nanti jadi blur lah kenapa ada watak itu dan ini lepastu bila keluar homage scenes ataupun dialog yang berkaitan, melangut je tak faham. Masa tengok dekat wayang pun memang hambar reaction audience sampai ada yang tanya itu ini. 

Sepertimana dalam trailer yang diterbitkan oleh Sony Pictures Releasing, Spiderman kali ni menanggung akibat dari perbuatan dia dalam Spiderman : Far From Home (2019) bila dia bunuh Mysterio (Jake Gyllenhaal) dan identiti dia didedahkan. Peter Parker (Tom Holland) bukan saja kena hadap public trial malah diganggu oleh pihak FBI, CIA dan banyak lagi pihak. 

Sama juga dengan kawan-kawan baik dia – Ned (Jacob Batalon) dan MJ (Zendaya) terima soalan dan kecaman sebab berkawan dengan Spiderman yang dianggap pembunuh. Tak tahan dengan situasi tersebut, Peter berjumpa dengan Dr. Strange (Benedict Cumberbatch) supaya dapat undurkan semula kejadian tersebut. 

Dr. Strange bagi alternatif lain dengan menggunakan mantera supaya semua orang lupa bahawa Peter Parker adalah Spiderman. Risikonya, semua kenangan dan memori tentang Spiderman akan hilang termasuklah MJ, Ned, Happy (Jon Favreau) dan Aunty May (Marisa Tomei). Mantera Dr. Strange gagal sebab Peter mengganggu dan mengakibatkan kekacauan pada alam semesta. 

Sebab tu dalam trailer nampak kemunculan semua villain dalam Spiderman 1, Spiderman 2, The Amazing Spiderman 1 dan The Amazing Spiderman 2. I kena sebut ye benda ni sebab orang asyik tuduh I sebagai spoiler padahal Sony sendiri terbitkan trailer macam ni. Dalam trailer pun Dr. Strange dah sebut pasal multiuniverse sebab tu masa tengok trailer pun dah excited memikirkan beberapa kemungkinan yang mengujakan. Bila tengok Venom 2 dekat scene diorang masuk ke universe Spiderman The Avengers, makin bertambah excited lah. 

Kalau peminat Spiderman dan tengok semua movie Spiderman, literally semua dari zaman 2000 sampai sekarang, most probably dah boleh jangka lah jalan cerita dan watak mana yang akan hadapi masalah. Walaupun dah prepared untuk beberapa scene tu tapi bila scene tu muncul tetap menangis jugak sebab kita rasa macam boleh elak memandangkan Spiderman ni ada teknologi yang lebih hebat dari franchise Spiderman yang sebelumnya. 

Since timeline Spiderman No Way Home ni berlaku 5 tahun selepas kematian Tony Stark, bila pengarah masukkan Dr. Strange untuk jaga Spiderman, rasa happy jugak lah bila tengok dinamik dua watak utama ni. Karakter Dr. Strange pun lebih kurang sama dengan Tony Stark walaupun nampak dia sejenis yang hati batu. 

Dr. Strange ada cakap lepas sama-sama hadap peristiwa Thanos tu, dia tak rasa Peter sebagai beban pun which makes me goes awwww sebab Dr. Strange tak teragak-agak langsung nak bunuh Spiderman untuk jaga Batu Masa dalam Avengers : Infinity Wars tapi dalam movie ni dia korbankan masa dan ubah perangai sedikit demi sedikit untuk Peter. Rasa macam nak tahu apa yang diorang berdua go through masa tu. Untuk ubah pendirian dan diri kita sendiri terhadap orang lain, it takes a lot of thing. A heartwarming one. 

Sinematografi dalam installment kali ni antara kekuatan utama naskhah superhero Marvel terutamanya untuk babak dalam Dimensi Cermin di mana Mauro Fiore perlu gunakan kelebihan dan spektrum yang ada untuk jadikan babak tu menarik. Selain Dimensi Cermin, ada lagi kelebihan Dr. Strange yang dipaparkan dalam trailer dan movie. 

Lakonan Tom Holland makin bagus terutamanya pada emotional scenes dan movie ni pun memang banyak part yang buatkan dia hilang semangat. First half boleh lah bertahan lagi tapi masuk second half dah mula pecah empangan. Masa MJ jatuh tu pun sedih sebab pandangan Spiderman tu sarat dengan perasaan. Bukan Spiderman je trauma tapi kita yang tengok ni pun dah rasa sakit dengan scene tu. 3 kali hadap, kau rasa? 

Walaupun Zendaya tak dapat banyak screentime berbanding previous installments tapi dia tetap menyerlah setiap kali muncul onscreen. Lakonan yang bersahaja adalah kekuatan Zendaya sebagai pelakon pembantu. Di kala keadaan tengah genting, kemunculan MJ meredakan dan tenangkan watak utama. Karakter Ned masih lagi kelakar walaupun dia kena tangkap dengan FBI ataupun masa dia dapat pegang cincin Dr. Strange. 

Walaupun movie Spiderman best disebabkan teori multiuniverse, Dr. Strange dan beberapa faktor lain tapi jadi persoalan jugak lah di mana Nick Fury dan team Avengers yang lain? Multiuniverse agak menyeramkan lah tapi Captain Marvel tak muncul untuk membantu. Kenapa Peter tak minta bantuan Ant-Man untuk tolong dia lawan Mysterio since Avengers dah ada quantum machine dalam The Avengers : Endgame (2019)? I wonder why. 

Keputusan yang Aunty May buat pun macam merepek sebab dia nak bagi peluang kepada villains? Green Goblin (Willem Dafoe) terutamanya. I know they're trapped but what about the pain they've caused? By the way, Willem Dafoe hella great in here. Dah 20 tahun berlalu tapi dia boleh bawa balik rasa seram dan naif dalam masa yang sama untuk watak Dr. Osborne fuhhh!

Dekat penghujung cerita memang rasa emosi teruk sebab tajuk tu sump up the whole story. No Way Home bukan setakat sembang tentang multiuniverse tapi pilihan Peter Parker untuk buat semua orang lupa siapa dia. Bila kuasa besar datang dengan tanggungjawab yang berat, tak expect langsung kuasa tu akan datang dengan rasa sunyi yang mendalam. Just like all Spiderman or Dr. Strange or even Captain America. 

Anyway, for Spiderman fans, enjoy watching this movie. I dah buat sehabis baik untuk tak bagi spoiler walaupun you guys prolly dah jumpa banyak spoilers here and there. Trust me, walaupun dah tahu itu ini, bila tengok sendiri tetap rasa teruja because it will bring back a lot of memories. A happy one indeed 😊

p/s : Ada hint Marvel letak kepada kemunculan watak baru dari Marvel Universe. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

3 comments

  1. Dah tengok Mrs. A suka 2 jam setengah tak terasa.

    Sedih!!!

    ReplyDelete
  2. Well..minat Tom Holland since tengok dia berlakon Impossible tapi somehow he's not my favourite Spiderman. still teragak-agak nak tengok ke tidak since Venom 2 tak tengok lagi.Member cakap tak faham sebab tak tengok

    ReplyDelete
  3. Walaupun baca spoilers, cerita dia tetap ohsem bila tengok.. Aduh!! Tak sabar nak tengok..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.