Marrybrown Tower Burger Set & Bubur Pedas

Tuesday 2 November 2021


Dok nak pergi nak pergi tapi tak pergi pergi redeem voucher RM20 dari Marrybrown sudahnya dua hari sebelum berakhir bulan Oktober baru kitorang terhegeh pergi ke Citta Mall. Disebabkan jarang pergi ke Marrybrown so both of us macam tak reti lah nak order yang mana satu. 

Beza Marrybrown dengan KFC atau McDonalds ni bila kita masuk franchise restaurant dia, kita tak disambut dengan aroma yang melaparkan. Lagi bertambah buntu nak pilih yang mana. Sebab ayam dia macam tak menarik so I pilih set Tower Burger dengan set Bubur Pedas. Ambik bubur sebab blogger Sally selalu cakap bubur dia sedap. 

Dah la jarang datang, dapat pulak staff yang layan nak tak nak. I cakap nak order terus dia blah buat-buat busy padahal I dengar dia cakap dengan kawan dia yang dia tak pandai nak redeem voucher. Kalau tak pandai, mintak maaf dulu pastu suruh I tunggu sekejap sementara dia panggil orang yang pandai. Bukannya I nak marah pun sebab I pernah jugak kerja cashier dekat KFC dulu so I tau proses dia berbeza dari biasa. 

Bila dah siap order I boleh pulak dia datang peluk kawan dia dekat kaunter. Macam tak professional je nak bersantai macam tu. Nak peluk ke nak bergurau ke apa tunggu sampai kerja siap boleh tak? Cashier yang layan I pun biadap jugak sebab cara dia kasar. Sabar je lah hadap orang macam ni. Nak marah sebab I guna voucher ke apa benda entah? Kalau tak bagi I guna then bagitau je lah tak boleh guna. Kan senang. Rasa menyampah pulak nak tolong promote lepas ni. I dapat voucher tu pun sebab paid review dekat Marrybrown. Bila nak claim kena layan kasar pulak. 

Tiberrr kau dah jadi entry meroyan padahal nak sembang pasal makanan. 


Berbalik kepada set Bubur Pedas dia, dalam semangkuk bubur ni ada bubur nasi, sebiji telur rebus yang dipotong 8, sambal kering dan ayam goreng yang dipotong kecil. Disebabkan ada ayam goreng dalam bubur ni memang tak boleh tunggu lama lah kalau nak makan. Makan panas-panas memang sedap lah bubur ni. Tapi yang tak syoknya bila kena makan telur rebus sebab telur dia memang masak betul. Kalau telur rebus 3 suku mungkin lagi sedap sebab lembut. 


Set Tower Burger dia agak mengecewakan dari segi rupa sebab dalam iklan kemain besar bila ada kepingan filet ayam yang digoreng rangup dan patty ayam. Realitinya burger dia bersaiz biasa je, jauh beza lah dengan dalam iklan atau gambar dekat website. Nama dia Tower Burger so expect saiz dia besar lah tapi terma dan syarat pun kata ilustrasi semata so yupp...

Bab rasa memuaskan hati sebab ayam dia rangup walaupun tak pedas sangat. Patty ayam dia pulak juicy. Bila makan filet dengan patty tu rasa ayam berganda lah dekat dalam satu gigitan. Lepas makan terus jatuh cinta dengan set Burger Tower ni. Berbaloi lah dengan harga dia RM17 satu set sebab burger dekat McD sekarang dah makin teruk kualitinya padahal harga mahal. Sayur dengan jeruk pun kedekut nak letak. 

Lepas ni kalau nak beli lagi I akan guna khidmat Grab atau Foodpanda je sebab tak kuasa nak hadap perangai staff dekat sana haha

6 comments

  1. Marrybrown paling best sos cili dia. Terpaling pedas berbanding fast food lain.

    ReplyDelete
  2. Kalau kita pernah kerja as customer service or cashier mesti panas je kan bila dapat layanan ala kadar. Huhu. Thanks share review. Bubur pedas nampak sedap

    ReplyDelete
  3. haa kalo layanan staff mcm tu mmg putus selera.. aduhai.. sabar jela..
    sy bru skali mkn MB ni.. tu pon sbb nk mkn ape ntah aritu ade promo.. hehe..
    nsb sedap kan.. terubat hati ..

    ReplyDelete
  4. sedap ni makan bubur panas dan pedas

    ReplyDelete
  5. lama akak x jejak masuk marrybrown. tak tau apa menu dia dah. sebab x byk outlet berdekatan / sekitar akak, dik.
    semlm, abang akak beli kan anak-anak semua satu cup apa ntah, marrybrown la. tapi bukan bubur ni. tak brape sedap la.
    bubur ni mcm menarik perhatian akak. akak memang suka bubur. mcm bubur mcD tu kan.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.