Roohi Promotion Fashion Files : Janhvi Kapoor

Wednesday 28 July 2021

Dah lama nak update Fashion Files movie Roohi tapi asyik tertunda lama sebab fokus label lain dulu. Bersawang label ni sejak PKP. Sebab utama nak update Fashion Files Roohi Promo Events ni bila wardrobe Janhvi Kapoor cantik belaka. Walaupun dia jadi hantu dalam movie tu tapi untuk promo events dia come up dengan chic style. 

1. Electrifying Neon 



Janhvi mulakan promo events untuk filem Roohi dengan neon strappy asymmetrical dress dari pereka Alex Perry. Bukan sahaja extra flare ditambah di bahagian belakang dress untuk menambahkan drama paadaa si pemakai malah potongan berbentuk hati pada bahagian dada dan belahan kecil di bahagian peha. 

Rambut dibiarkan lepas bebas dengan makeup berkonsepkan nude sesuai dengan imej Janhvi yang muda, berseri dan segar. Pointy heels dengan warna pink nude dan glitter agak kontra dengan warna neon. Would be better kalau Janhvi pilih warna yang sama terang untuk compliment dress tersebut. 

2. Silverish Metal

Belum hilang demam neon, Janhvi padankan backless strip top berwarna silver dari Bohoo dengan seluar panjang kembang di bahagian bawah berwarna pink terang dari butik Victoria Secret. Not really a fan for this outfit sebab padanan ni sesuai pada waktu malam but the colour combination looks great on Janhvi. Sesuai dengan skin tone dia. High waist dengan garisan tajam yang timbul beri impak pada si pemakai sekaligus menampakkan bentuk kaki yang panjang. 

Love the makeup yang sarat dengan highlighter dan nude lips, sesuai dengan warna pakaian. Aksesori ringkas dengan beberapa bentuk cincin berwarna silver dan aksesori anting-anting berbentuk bulat dengan tema yang sama. Strap transparent heels dari Asos melengkapkan gaya Janhvi. Wise decision untuk buat ponytail supaya tak tutup bahagian belakan because that's the highlight of the outfit kan?

3. Back To Black 


Tak lengkap kalau tak ada warna hitam dalam wardrobe kan? Janhvi Kapoor pilih strap dress dengan belahan tinggi di bahagian kaki. Dress hitam dengan taburan manik berwarna silver di bahagian dada merupakan sebahagian dari koleksi karya pereka David Koma. 

Janhvi mengenakan gaya rambut lepas bebas dengan makeup smoky eyes dan warna nude di bahagian bibir. Strap heels berwarna silver melengkapkan gaya seksi dan moden. Aksesori beberapa bentuk cincin di jari runcing dari Ayana Silver Jewelleries.

4. Metallic Ivy


Dandanan serba ringkas dengan sari berwarna putih gading yang dipadankan bersama bralette sequin dari koleksi pereka terkenal Manish Malhotra buatkan Janhvi Kapoor tampak segar dan ayu. Waarna yang dipilih menaikkan seri wajah Janhvi dan buatkan dia nampak berseri juga kelihatan muda. Sari ni juga dihiasi dengan hiasan manik yang sama sebagai border. Rambut panjang dibiarkan lepas dengan wave kecil di bahagian hujung. Makeup konsep natural dan anting-anting berjuntai sebagai aksesori menambahkan sisi manis Janhvi. 

5. Cherry Vibes


Hari kelima untuk promo events Roohi, Janhvi memilih outfit dengan vibe yang feminin, retro dan ringkas. Corset hitam dengan floral printed dari koleksi Lavish Alice dipadankan dengan ripped jeans berwarna biru. Makeup yang diberikan sentuhan tebal pada bahagian mata juga menggunakan warna merah ceri di bahagian bibir. Masih lagi mengenakan aksesori cincin dari Raf dan sepasang anting-anting metal dengan abstrak berbentuk gear dari Soni Sapphire. Super in love with this look! 

6. Romantic Pink 


Dress linen berwarna pink dari koleksi Polite Society ni merupakan gabungan korset dan dress. I love the corset but not much for the collar. Sleeve nampak cantik dengan ropol sederhana dan juntaian tali. Strap heels berwarna hijau biru nampak contra dengan warna utama. Boots will look sooo much better. Sama juga dengan hairstyle sebab dah 3 looks berturut dia guna style yang sama. Dalam gambar studio looks ni nampak cantik dengan makeup tebal berona merah jambu tapi bila keluar nampak messy sebab semua warna tenggelam. 

7. Chill Glitz


Dalam gambar ni muka Janhvi nampak persis seperti SriDevi. Mengenakan mini dress dari label ATSU berwarna biru gelap. Janhvi nampak comel dan santai dengan hiasan reben bersaiz besar di bahagian dada. Suka dengan design yang tertumpu pada potongan simetri di bahagian skirt dan hiasan glitter. Padanan yang tepat bila Janhvi memilih heels ungu dari Christian Louboutin.

8. Easy-Breezy Blue 

Maxi dress tanpa lengan berwarna biru ni nampak cantik terletak pada Janhvi bila material chiffon yang digunakan nampak flowy pada hujung dress dengan lipatan halus di bahagian kain. Koleksi  Saaksha & Kinni dipadankan dengan strap wedges berwarna coklat tanah dengan taburan hiasan metal emas. 

Janhvi tampil dengan makeup nude dan aksesori ringkas seperti bracelet metal dan anting-anting sederhana bulat berwarna emas. Prefer kalau Janhvi buat semi ponytail untuk bahagian rambut supaya nampak aksesori anting-anting. Nevertheless she looks radiant in this abstract maxi dress. 

9. Beautiful Basic


Outfit terakhir untuk tayangan perdana filem Roohi, Janhvi tampil serba ringkas dan menawan bila memilih konsep feminin. Padanan t-shirt putih dengan kolar berbentuk V dan semi tuck in dalam ripped jeans berwarna biru pekat. Suka dengan style rambut dengan semi ponytail yang menampakkan dagu runcing Janhvi. Mohit Rai beri sentuhan moden pada outfit ni dengan pointy heels berwarna emas metalik dan aksesori rantai leher yang dipakai secara berlapis. Tatarias dengan sentuhan natural menyerlahkan sisi remaja Janhvi.

Keseluruhannya Janhvi menggunakan beberapa kelebihan fizikal untuk mengekalkan imej feminin dan remaja bila berfesyen. Dia nampak cantik dalam warna-warna asas dan lembut. I wish dia lebih bereksperimen dengan hairstyle macam Sonam Kapoor since Janhvi pun antara actress yang disenaraikan sebagai fashionista Bollywod. 

4 comments

  1. Janhvi ni memang cantik. Suka sangat tengok dia pakai sari putih gading tu. Dah tengok filem Roohi. Nice jugak.

    ReplyDelete
  2. wow mcm fesyen dan warna ada

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.