Movie Review | Fiza (2000)

Tuesday 6 July 2021

Director : Khalid Mohammed

Writer : Khalid Mohammed, Javed Siddiqui

Cast : Karisma Kapoor, Hrithik Roshan, Jaya Bachchan, Manoj Bajpayee, Neha Bajpai, Bikram Saluja

Production Company : UTV Motion Pictures

Distributor : UTV Motion Pictures, Netflix

Genre : Crime / Drama

Running Time : 171 minutes

Release Date : 8 September 2000

Trailer :


Bertemakan terrorism, filem Fiza arahan Khalid Mohammed mengisahkan tentang usaha Fiza (Karisma Kapoor), mencari adik lelakinya, Amaan (Hrithik Roshan) yang hilang selepas riot tahun 1993. Selepas 6 tahun hidup dalam ketidakpastian dan kecewa setiap kali bertanyakan status pada pihak polis, Fiza ambil keputusan untuk pergi ke sempadan India-Pakistan. 

Fiza yakin Amaan ada di sana lepas Aniruddh (Bikram Saluja)terjumpa beberapa keping gambar yang mempunyai iras adiknya. Walaupun pendirian Fiza terhadap terrorist adalah kumpulan militan yang menyimpang dengan perjuangan jihad mereka tapi dia cuba untuk pujuk Amaan supaya hidup normal sebagai manusia biasa dan jalankan tanggungjawab sebagai seorang abang dan anak lelaki kepada ibu mereka, Nishatbi (Jaya Bachchan).

‘Jihad is a war for truth. And the truth is that we belong to this land, and we always will. Nowhere in the holy text of Quran is written that you must shed blood. What kind of a Muslim are you to go against this?’ - Fiza

Ketua kumpulan pengganas, Murad Khan (Manoj Bajpayee) yang selamatkan Amaan dari dibunuh dengan kejam. Rekrut yang lain tak suka bila Amaan ambil keputusan untuk balik ke Bombay dengan Fiza dan bertindak untuk bunuh dia supaya rahsia kumpulan mereka selamat tapi Murad halang sebab dia terhutang budi dengan Amaan. 

Tapi sejauh mana hidup Amaan akan berubah kalau keadaan di Bombay masih sama seperti 6 tahun lepas bila Muslim dilayan dengan kasar oleh Hindu? Fiza juga sering diganggu tanpa henti dan beberapa provokasi terhadap mereka dilakukan supaya boleh cetuskan pergaduhan besar. 

Filem Fiza bukan setakat menceritakan konflik yang berlaku dalam hidup keluarga kecil ni tapi juga menceritakan realiti yang berlaku pada masyarakat di sana yang sebenarnya dipengaruhi oleh permainan politik kotor untuk kekal berkuasa. Sama juga dengan si licik yang pandai mencari peluang untuk manipulasi keadaan. 

Anu Malik dan A. R. Rahman bekerjasama sebagai komposer untuk filem Fiza dan sepertimana karya mereka sebelum ni, music album Fiza juga antara market puller di box office selepas 2,500,000 unit terjual. Kebanyakan lagu dalam music album Fiza ni best termasuklah item song Mehboob Mere yang menampilkan Sushmita Sen. Sampai sekarang syok layan lagu dia especially Aaja Mahiya dengan Aankh Milaoongi.

 

Sepatutnya movie ni terikat dengan konflik dan mesej berat yang disampaikan tapi disebabkan desakan daripada produser untuk komersialkan movie ni terpaksa lah ditambah beberapa babak macam cameo dari Johny Lever dan babak di mana Amaan workout untuk show off badan sasa dia selama 10 minit. Imagine beria workout untuk tembak orang dari jauh je tanpa perlu berlawan dengan sesiapa pun. Ikutkan suntingan asal, ada cameo juga dari SRK dan Amitabh Bachchan tapi disebabkan durasi dah terlampau panjang, pengarah terpaksa potong babak mereka berdua. 

Walaupun penceritaan Fiza agak goyah dan beberapa babak dramatis ataupun draggy tapi mesej utama yang disampaikan tetap berpijak pada dunia nyata bila pengarah tonjolkan kesan besar dan trauma yang dialami selepas tragedi hitam yang berlaku di negara tersebut. Tak kira lah dari agama mana sekalipun, kedua-duanya mengalami kesan yang sama seperti watak Mr. Sawant. 

Lakonan Karisma Kapoor sebagai watak Fiza dengan karakter yang berani dan lantang digambarkan dengan tepat. Kalau dia bertegas dengan pendirian, dia juga boleh berubah menjadi lembut bila keadaan memerlukan dia bertindak sedemikian. Walaupun Hrithik sebenarnya lebih tua dari dia tapi tak nampak canggung langsung untuk dia lakonkan watak kakak. Lakonan Karisma diberikan pengiktirafan Pelakon Wanita Terbaik dari beberapa award events termasuklah Filmfare dan IIFA. 

Kalau movie ni ikut template thriller film sekarang mungkin lebih menarik untuk ditonton. Contoh paling tepat, movie New York (2011) arahan Kabir Khan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8/10

4 comments

  1. tak pernah pula tengok movie walaupun zaman tu minat giler dengan hrithik roshan..haha
    banyak juga konflik dalam movie ni jenuh juga nak habiskan 3 jam tu.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah dengar movie ni!!!!!!!!!!!!! dah lah hrithik roshan berlakon <3

    ReplyDelete
  3. eh eh nama kita lah! Pelakon best dah tapi filem ni macam kurang diberi perhatian.

    ReplyDelete
  4. Suka layan lagu-lagu dia je.. filem dia tak tengok..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.