Movie Review | Sandeep Aur Pinky Faraar

Sunday 23 May 2021

Director : Dibakar Banerjee

Writer : Dibakar Banerjee

Cast : Parineeti Chopra, Arjun Kapoor, Neena Gupta, Raghubir Yadav, Jaideep Ahlawat, Dinker

Production Company : DBP

Distributor : Yash Raj Films / Amazon Prime Videos

Genre : Crime / Drama

Running Time : 126 minutes

Release Date : 19 March 2021

Trailer :


Sandeep a.k.a. Sandy Walia (Parineeti Chopra) jadi sasaran untuk dibunuh selepas dia ugut Parinchay (Dinker) mengenai 'Swabhiman' scheme di Parivartan bank. Skim ni dicipta oleh Sandy untuk bantu lelaki tersebut keluar dari beban hutang sebanyak Rs132 juta. Sandeep berhasrat untuk tarik diri bila dapat tahu Kerajaan cuba audit malangnya ditolak sebab Parinchay nak dia bertanggungjawab sepenuhnya. Dalam masa yang sama Sandeep hamil anak Parinchay dan perlukan kandungan tersebut sebab dia sunyi dan perlukan seseorang. 

Satyendra Dahiya alias "Pinky" (Arjun Kapoor) adalah polis yang diberi tugasan oleh Tyagi (Jaideep Ahlawat) untuk bunuh Sandeep. Plan yang diberitahu adalah ambil Sandeep dari sebuah restoran kemudian bawa ke sekatan jalan yang dilakukan oleh pihak polis kawasan tersebut. Akibat berang dengan sebuah kereta yang biadap, Pinky bagi no plat kereta tersebut dan berhenti di tepi jalan. Tak sangka semua orang di dalam kereta tersebut ditembak sehingga mati kemudiannya diklasifikasikan sebagai terrorist attack. 

Sandeep dan Pinky yang melihat kejadian tersebut lari ke kawasan persembunyian dan rancang untuk merentas sempadan Nepal. Mereka berdua naik keretapi untuk ke Pithoragadh untuk dapatkan passport palsu. Di sana Sandeep minta bantuan Aunty (Neena Gupta) dan Uncle (Raghubir Yadav) untuk tinggal di rumah mereka sebab dia nak anak dalam kandungan selamat dari infection. 

Kalau layan movie Dibakar Banerjee memang dah boleh agak macam mana level dark yang dia akan letak dalam karya dia macam filem pendek dalam Ghost Stories (2020). Beberapa scene yang raw dan tak selesa ditonton dipersembahkan untuk menyatakan realiti kehidupan dalam masyarakat. Dah lama tunggu movie Sandeep Aur Pinky Faraar terbitan Yash Raj Films ni ditayangkan nak pulak lepas tengok trailer. Banyak kali delay untuk release dari Mac 2020 sampai lah producer jumpa Amazon Prime Videos. 

Parineeti dengan Arjun Kapoor dah pernah bekerjasama dalam movie Ishaqzaade (2012) menggunakan konsep yang sama iaitu terperangkap dan lari dari diburu. Bezanya kali ni watak mereka bonding semasa dalam pelarian tersebut. Bina kepercayaan dalam masa yang sukar dan tahap kebencian yang meninggi. Memandangkan movie ni come up dengan idea yang fresh, agak sukar untuk teka apa yang akan berlaku pada babak seterusnya.  

Cara Dibakar masukkan penindasan yang berlaku dalam masyarakat melalui conversation biasa yang berlaku seharian nampak smooth je tapi tegas. Macam scene Sandeep kena suruh siapkan breakfast untuk semua dan dipaksa untuk tanya tentang jeruk kepada semua orang hanya sebab dia perempuan dan itu ‘tugas’ dia. Scene Uncle sentap bila Sandeep bagitahu tentang prosedur dan skim dari bank sebab dia bekerja dekat sana. Even tajuk movie ni actually mengangkat wanita bila nama watak perempuan diletakkan sebelum nama watak lelaki. 

Sayangnya persembahan lakonan mereka dalam pace yang perlahan dan isi cerita yang tak dikembangkan dengan lebih jelas dan mendalam. Even screenplay terlihat kosong dan props yang tak bermain dengan elemen dalam penceritaan. Music album yang digubah serta lirik yang dikarang oleh Anu Malik, Dibakar Banerjee, Narendra Chandra dan Kamlesh Haripuri terikat dengan konteks cerita dan menambahkan mood pada babak tersebut. Lagu Faraar quite fun and catchy. 

Bukan setakat lakonan Parineeti dengan Arjun menjadi kekuatan movie ni malah pelakon sampingan yang tampak selesa deliver watak masing-masing sehingga klimaks. Suka dengan ending bila Sandeep dan Pinky berpegang pada prinsip yang dinyatakan dari awal – guna otak bukan hati. Walaupun bukan happy ending seperti yang diharapkan tapi manisnya ending tu dapat dirasa bila jalan yang dipilih menggunakan akal fikiran dan beberapa self-realisation dalam kehidupan sepanjang pelarian tersebut. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

1 comment

  1. Syok tonton bila pelakon boleh deliver dengan baik.. Jalan cerita dia nampak dark tapi menarik..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.