Sales Training HDRF Penjana, Menara UOA Bangsar Day 3

Saturday 3 April 2021


It's the final dayyyy! Dalam lemau nak pergi tu berjaya jugak habiskan training selama 3 hari. Lengkap attendance ditandatangan, semua dokumen sokongan dah submit, borang elaun pun dah isi but hmmm the Street Sales Challenge kinda bothers me like a lot sebab I tak suka menjual. Nasib baik challenge ni berkumpulan so I boleh tolak dekat orang lain. 


Hari ketiga masih lagi bersama Coach shila dengan Coach Hafifi. Pagi ni dah kena chant positive dalam group yang lebih besar. I copy balik je ayat orang lain - nak jadi kreatif, semangat dan aktif. I actually nak cakap nak jadi semangat, happy dan nak hadiah dekat belakang tu tapi sebab dah tahu takkan membantu dalam challenge so sedar diri jugak lah hshshs

Macam yang coach dah bagitahu pada hari kedua, kami kena buat kumpulan dan pilih Nama Kumpulan, Ketua, Bendahari, Digital, Produk Jualan dengan Sales Target. Disebabkan ada peserta yang terpaksa balik gara-gara emergency, dari 4 kumpulan terpaksa dipecahkan kepada 3 kumpulan je - HAQ, Dinamik dengan KUFAN. 


Most of us kerja makan gaji so tak ada la produk jualan sendiri jadi coach bawa kuih raya dengan belinjo untuk dijual. Kalau dapat close sale, kumpulan tu dapat ambil upah. Nampak macam best tapi bukan senang nak jual kuih raya dengan harga melebihi RM20. 

Kumpulan HAQ letak sales target sebanyak RM1000 dengan produk jualan penyembur fabrik dari air zam-zam dengan garam, kuih raya dan pre-order untuk banana chips caramel. Diorang set up carboot depan Menara UOA Bangsar. 


Kumpulan KUFAN adalah gabungan nama ahli kumpulan, sesuai lah dengan karakter diorang yang happy go lucky. KUFAN so fun cenggitu lah lebih kurang. Dengan Zahirah sebagai ketua, diorang letak target sebanyak RM891 dengan barang jualan yang berasaskan makanan - 3Ibu Supercube Molasses Herbs, kuih Batang Buruk, choco jar dan cheese nachos. Diorang lucky sebab dapat share booth dengan pakcik peniaga dekat area Masjid Negara tu. 


And as for my team pulak, kitorang decide untuk jual kerepek Belinjo Gold. Nasib baik lah En. Hariz dengan Aidil memang kerja dekat Menara UOA tu so diorang bawak kerepek pergi ke office Destini sampai habis licin siap ada yang nak pre-order. Tester sekali kena rembat jadi barang jualan. Bila stok IR Perfume sampai, kitorang terpaksa berpecah sebab nak jumpa lebih ramai orang. 


Kawasan Bangsar agak sunyi waktu pagi even peminta sedekah pun balik rumah dan muncul balik pada waktu orang balik kerja. Kitorang berjalan dekat kawasan sekitar pun tak ada ramai orang. Bila nak masuk jam 12 tu yang lelaki pergi menjual area Masjid Negara sebab dekat situ ramai and the girls pergi menjual dekat kawasan LRT Bangsar dengan KL Sentral.


Bila kita jumpa ramai orang lebih banyak lah rejection yang kitorang dapat dan kebanyakan orang Bangsar memang melekat dengan handphone. Kalau yang menunggu kosong tu berapa ramai lah sangat. Sebelum nak approach pun dah kena reject. 


Meniaga waktu panas, berjalan sana-sini memang penat lah cerita dia. Migraine, kaki melecet semua ada. Jualan je tak ada. Iman pulak lebih fokus ke arah online marketing so dia dapat la jual dalam 5 botol perfume. Aidil pula dapat jual satu botol perfume tapi tester jatuh pecah. Banyak pengalaman kitorang dapat bila digabungkan. Aidil dah bagitau tak dapat close sales tak apa, just kutip pengalaman je. 

Challenge ni bermula dari jam 10 pagi sampai 2.30 petang tapi disebabkan solat Jumaat so coach anjak lagi 1 jam untuk bagi ruang kitorang edit video. Lepas dah buat challenge, dah lunch semua masuk balik untuk presentation. Masa presentation ni akan didedahkan hasil jualan serta pengalaman semasa buat Street Sales Challenge. 



Kumpulan HAQ dapat hasil sebanyak RM200 lebih, kumpulan KUFAN dapat RM300 lebih dan kumpulan Dinamik sebanyak RM638. Jadi secara rasminya kumpulan Dinamik lah menang challenge ni sebab target RM500 tapi dapat hasil jualan sebanyak RM638. Tak sangka langsung! Bila kira markah sales + leads + video pun kitorang dapat markah paling tinggi dari pengiraan coach. Pergghhh!

Iman senyum lebar tengok hasil congak Bendahari

Dah penat buat challenge, dah kira markah maka tiba lah sesi penyampaian hadiah hamper kepada semua kumpulan dari pihak Evoing Training. 

'Shasha, macam mana nak tahu yang mana hadiah hamper untuk juara, yang mana untuk no.2 dengan no. 3?'

'Oh semua hamper tak ada beza pun Coach Shila!'

Berdekah la semua orang cerita dia, beria kira markah bagai tapi tak ada beza pun. Coach Shila pun cover dengan ayat 'Anda semua adalah pemenang'. Cliche uollsss


Ada banyak gambar tau masa sesi penyampaian hadiah ni tapi pihak penganjur tak ada update pulak dekat FB atau social media platform lain. I nak gambar dari DSLR lah sebab banyak gambar group kitorang. Sayang sebab tak ada langsung ambil guna personal handphone. 


Yang ni je la ada gambar ramai-ramai untuk sales training HDRF Penjana bersama Tujuh Armada. Habis dah 3 hari training untuk jadi Sales Warrior. Untuk Coach Amar, Coach Shila dan Coach Hafifi terima kasih untuk semua ilmu yang diberi. Kepada peserta yang join especially team DESTINI - Aidil, Ahnaf, Zahirah, Datin Diana, Dato' Lokman, Kelvin, Hariz, Umi thanks for being such a friendly and chill members. Great to know Hanzo, Saiful, Halim, Kak Faizah, Amira, Kak Nora, Jardine too! 

Ada rezeki jumpa lagi, insya-Allah :)

5 comments

  1. Samalah, saya pun tak berapa suka kalau kena jual jual ni hahaha, tapi kalau suruh jual secara online boleh lah diterima lagi ehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu lah, kalau online tak lah kecewa sangat kalau kena reject haha

      Delete
  2. agen dengan 100% player vs player hanya di IONQQ :)
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
  3. susahkan skrg ni nak approach org.. sbb kita klu kena approach org pun kita tak berapa suka

    ReplyDelete
  4. Wow.. best training Farhana..
    Yeah!! Habis dah tiga hari..
    bukan senang nak buat sales kan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.