Movie Review | Pagglait

Saturday 27 March 2021

 

Director : Umesh Bist

Writer : Umesh Bist

Cast : Sanya Malhotra, Shruti Sharma, Sayani Gupta, Ashutosh Rana, Raghubir Yadav, Rajesh Tailang, Nakul Roshan Sahdev

Production Company : Balaji Motion Pictures, Sikhya Entertainment

Distributor : Netflix

Genre : Drama

Running Time : 115 minutes

Release Date : 26 March 2021

Trailer :

Pagglait bermula dengan kematian Astik dan meninggalkan seorang balu bernama Sandhya (Sanya Malhotra). Seluruh keluarga mula berkumpul di rumah pusaka tu untuk menghantar roh Astik ke syurga selama 13 hari mengikut tradisi mereka. Keluarga Sanddhya juga datang dengan bawa kain sari putih untuk anak perempuan mereka. 

Kawan baik dia, Nazia (Shruti Sharma) kemudiannya datang untuk bagi moral support tapi keadaan Sandhya berbeza dari yang dia sangka. Tak bersedih langsung dengan pemergian si suami. Mungkin sebab mereka kahwin atas aturan keluarga 5 bulan yang lepas. Atau mungkin kerana gambar Aakansha (Sayani Gupta) dalam laci dengan dokumen peribadi Astik. 

‘A lifetime of theft, rape, robbery and selfish motives. All washed clean if your ashes immerses in the holy Ganges. How is that fair? How can the Ganges forgive him? Did he marry the holy Ganges or me?’ – Sandhya

Bila Sandhya berjumpa dengan Aakansha buat pertama kali, dia dapat tahu Astik tak pernah curang pun cuma Astik dengan Aakansha pernah bercinta dan bekerja bersama. Dari situ Sandhya mula berkawan dengan Aakansha dan mula mengenali Astik yang jauh berbeza karakter selepas berkahwin. 

Di rumah pula yang tua sibuk mengatur kehidupan Sandhya sebab status balu agak membebankan tambah pula Astik adalah sumber utama pendapatan keluarga. Ibu Sandhya (Natasha Rastogi) pula resah anak dia akan dibuang keluar dari rumah tersebut. Tak mungkin lah dia nak jaga Sandhya sebab di rumah dia ada lagi 2 orang anak perempuan yang belum berkahwin.  

Bila tengok movie arahan dan penulisan Umesh Bist yang ditayangkan di Netflix ni baru nampak beban kepada keluarga si mati. Sebelum ni tengok mayat kena bakar lepastu abu dibuang ke Sungai Gangga je. Tapi dalam movie ni kita dibawa untuk tengok realiti upacara berkabung selama 13 hari. Mungkin ni tradisi untuk sesetengah kaum je la kot sebab lain kaum lain upacara dan kepercayaan dia. 

Baru tahu ahli keluarga kena makan nasi kosong tanpa kunyit tanpa garam, beradik ellaki perlu dicukur kepala hingga botak. Scene masa ayah Astik (Ashutosh Rana) nak buang abu dekat Sungai Gangga tu ramai sami berebut minta buat upacara dengan diorang. Nak buang abu pun ada pakej harga. Lagi jauh ke tengah Sungai Gangga, lagi tinggi harga dia. 

‘Pandit ji, we are not here for a boat ride. Why do we need to go that far? We can immerse the ashes anywhere.’ – Alok 

Bila tengok movie yang sesak dengan watak dari generasi lama, boleh nampak lah berapa banyak superstitions ataupun judgement yang ada dalam golongan tu. Watak Sandhya pula seorang yang terpelajar dan agak moden which relates with me so bila keluar scenes yang melibatkan kepercayaan ni rasa stress, rimas dan menyampah. 

Scene Sandhya makan golgappe tu dipersembahkan dengan baik oleh Rafey Mahmood. Simbolik kepada kebebasan, kegembiraan dan tenang sangat sebab boleh lari keluar dari rumah yang sarat dengan drama. Scene golgappe tu bergerak seiring dengan scene abu Astik dibuang ke Sungai Gangga so both character dapat bebas dari dunia masing-masing. Walaupun Sandhya akan pulang ke dunia yang penuh drama tapi perjalanan cerita berubah dan watak Sandhya mula sedar sedikit demi sedikit tentang manusia di sekeliling dia. 

Movie Pagglait merupakan debut platform kepada Arijit Singh sebagai music composer. Semua lagu digubah dan ditulis liriknya oleh Arijit Singh sendiri. Title track Pagglait sesuai dengan muzik yang rancak untuk scene self-exploration ataupun drama dalam keluarga tersebut. Lagu Thode Kam Ajnabi pula menenangkan dengan suara lunak Arijit dan Himani. Gabungan yang harmoni untuk scene persahabatan antara Sandhya dan Aakansha.

 

‘I make my debut as a music composer with a project very close to my heart. I am honoured to serve music to the world. The endearing story of Sandhya of self-belief and triumph is much like my musical journey and I feel honoured to be associated with a special film like Pagglait’

Walaupun pace Paggalait agak perlahan tetapi the story builds up and slowly grab your attention. Jadi curious dengan setiap pergerakan Sandhya untuk setiap drama yang wujud dari karakter sekelilingnya. Tak pernah didedahkan kenapa Astik meninggal tapi yang pasti kehilangan dia terasa untuk seisi keluarga kecuali yang datang dari jauh semata untuk jaga hati. 

Tak sangka pengarah Umesh Bist boleh hasilkan movie sebaik ni sebab movie lama dia O Teri dulu agak misogynist dan trashy. But people change hai na? So does Sandhya :)

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

2 comments

  1. kesian dengan Sandya baru 5 bulan kahwin dah jadi balu. berat juga nak ikut adat bila isteri yg kematian suami macam jadi beban pula

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.