Drama Review : KL Gangster Underworld Season 2

Friday 26 February 2021


Pengarah : Kroll Azry, Faisal Ishak

Penulis Skrip : Nazri M. Annuar, Christina Tan Lay Ai

Pelakon : Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah, Namron, Nabila Huda, Keith Foo, Sharifah Sakinah, Azhan Rani, Zahiril Adzim, Jasmine Kaar, Dynas Mokhtar, Daniella Sya, Amerul Affendi, Fezrul Khan, Jasmine Suraya Chin, Aloy Paradoks, Zamarul Hisham, Azri Sabri, Halim Radzi, Amir Nafis, Sabrina Ali, Fad Anuar

Genre : Aksi / Thriller / Jenayah

Jumlah Episod : 8 Episod

Tarikh Tayangan : 10 Disember 2020

Syarikat Produksi : Skop Productions

Penyiaran : iflix, WeTV

Trailer :

Masa dalam movie KL Gangster Underworld - Rise to Power, pengarah Faisal Ishak kata nak develop lebih banyak lagi relationship antara Madam Wong (Dynas Mokhtar) dengan Ayah Zan (Hasnul Rahmat) tapi ada perubahan pada skrip la kot sebab screentime Madam Wong tak panjang pun. Awal-awal lagi dia dah pergi ke Manila untuk tengok anak dia Riley dan cari siapa yang bunuh Siva. 

Malangnya bila Madam Wong sampai ke Manila, dia kena culik dan dibelasah teruk kemudiannya diselamatkan oleh Vic (Sabrina Ali), kawan baik dia. Bila Madam Wong tak ada, Kuala Lumpur dah mula huru-hara bila Mat Letrik (Fad Anuar) letupkan beberapa kawasan dengan bom letupan buatannya. Banyak ketua kawasan susah nak terima Shah (Beto Kusyairy) sebagai ketua Kampung Baru sebab dia masih muda tapi Shah ada backup dari Tony M (Keith Foo) - ketua Kepong, Suri (Jasmine Kaar) – ketua Klang dan Mat Nor (Namron) dari Utara. 

Lepas Tauke (Azhan Rani) kalah dalam perang dengan Madam Wong dalam drama KL Gangster Underworld Season 1, Adi (Zahiril Adzim) dapat pegang kawasan Cheras ditemani dua orang kanan dia – Lan Smart (Azri Sabri) dan Wan Chai (Aloy Paradoks). Tapi dalam episod 4, Tauke muncul buat surprise untuk semua orang yang pernah berperang dengan dia. 

Elina (Ezzaty Abdullah) makin rapuh sebab anak dia, Cahaya malah bertambah lemah selepas kematian Mimi (Jasmine Suraya Chin). Shameen (Nabila Huda) cuba yakinkan Shah ada orang lain yang lebih bijak dari Tauke untuk perang kali ni dan Tauke tak kuat atau bijak untuk lancarkan perang di Manila juga Kuala Lumpur. Ada orang lain yang lebih bijak, lebih besar dan tunggu masa untuk muncul ambil takhta King. 

Berbeza betul penceritaan Season 1 dengan Season 2 sebab penceritaan kali ni lebih kemas dengan banyak twist yang menarik. Watak pun dikembangkan dengan baik kecuali watak Elina lah. Baik season 1 mahupun season 2 dia tetap suka buat keputusan melulu tapi penulis build up balik character dia dengan cantik sebab avatar dia lepas kemurungan tu nampak berani. Combo pulak dengan Bad (Amir Nafis), rasa syok pulak tengok diorang jaga Kampung Baru. 

Watak Shah agak tempered dalam Season 2 and nothing much he can do walaupun main lead. Hajat I termakbul lah lepas tengok Adi fight dengan Sherrina the Butcher (Daniella Sya) dalam perang Season 1. Best tengok watak dia naik jadi ketua Cheras dengan imej yang lebih cool and stylish. Stylist, props dan MUA did great job untuk serlahkan karakter setiap watak melalui wardrobe dan style masing-masing. 

Sinematografi di bawah Skop Production makin cantik dengan panorama Kuala Lumpur baik di waktu siang mahupun malam yang sarat dengan kehidupan isi kota. Sharp visual dari Rahimi Maidin juga untuk action stunt dengan koreografi yang cantik hasil kreativiti Razib Salimin. Kalau Season 1 ada Sherrina, Season 2 ada 3 assasin perempuan sama hebat untuk kacau ketua-ketua kawasan di Kuala Lumpur. Memang puas hati la tengok fighting scene ni especially bila Bad muncul sebagai orang kanan Shah. 

Gara-gara Shameen yang jaga Belut (Amerul Affendi) dalam Season 1, tak sangka Season 2 dapat tengok cute chemistry antara diorang berdua. Walaupun screentime Belut pendek tapi dia tetap menonjol dan redakan ketegangan dengan karakter dia yang kelakar. 

Dekat penghujung drama ada rahsia yang Madam Wong jumpa dan bagitahu in person kepada Raja Utara (Zamarul Hisham) tapi disebabkan possibility untuk KL Gangster Underworld Season 3 takkan diwujudkan, maka terpaksa lah hidup dalam misteri. Semua pelakon dah merajuk sebab drama ni diciplak dan ditayangkan di Telegram dan Youtube sedangkan iflix dan WeTV jadi platform utama untuk menonton secara percuma. 

Sayanglah sebab francais ni best dengan barisan pelakon yang hebat, stunt yang mantap dan skrip yang semakin bagus tapi kerana nila dua tiga titik, habis semua peminat francais ni tak dapat tengok. Agak kecewa jugak lah bila Beto umum yang dia dah taknak berlakon untuk Season 3 sebab ada watak-watak baru yang diperkenalkan berpotensi untuk dikembangkan oleh penulis dan pengarah macam Tony M, Suri, Liyana (Sharifah Sakinah) dan Bad.

Anyway, thanks untuk team production dan pelakon yang terlibat dalam menjayakan francais KL Gangster Underworld. You guys deliver yang terbaik and this franchise will always be my favorite! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

20 comments

  1. first of all ! blog new page!! Yay cantik :)
    2nd, alamak then if ada season 3 no beto la? padahal org tgk sbb beto.. hmmm
    i love these series so much kalau stop, alahai sedih.. and hahaha my favorite belut ! lawak la diaaaa

    ReplyDelete
  2. wow...pelakonnya semua hebat hebat

    ReplyDelete
  3. Nak tengok francais kk underworld ni tka kesampaian lagi hahahah ni dh nak start sem baru mmg tangguh lagi la jawabnya

    ReplyDelete
  4. cite ni mesti best sebab ada beto. suka tengok dia berlakon. kalau doa takdak malas nak tengok hahaha

    ReplyDelete
  5. Kesian kan bila takde Season 3 sedangkan pelakonnya semua power dan garapan yang semakin mantap. And I memang layan sebab Beto. Haha

    ReplyDelete
  6. pelakon-pelakonnya semua best-best dan lakonan pun mantap. Suka cerita aksi macama ni, nak plak ada pelakon yang kita minat

    ReplyDelete
  7. Tak tengok lagi cite ni, nampak dah masuk dalam iFlix.. berapa bukak pun belum rasa nak tengok, sebab takde geng nak layan.. nanti nak tengok juga laaaa

    ReplyDelete
  8. Line up dia menarik gila.. Semua hebat2.. I suka semua pelakon2 ni esp ezzaty je. Hahhahah nnt nak tgk lah

    ReplyDelete
  9. Ala dalam iflix ke? Kena tengok ni. Macam best je cerita ni. Wajib layanzz..

    ReplyDelete
  10. Okay, ni reminds me untuk download WeTV skrg juga... ada few drama i kena tengok minggu ni.. :) sure menarik cite ni... tak sabar nak tengok and share my watching experience juga..

    ReplyDelete
  11. Wow cerita gengster laaaa. Ada Beto confirm ramai suka tengok.

    ReplyDelete
  12. Last time I watched KL Gangster the movie. But I haven't watch this drama yet. Nampak menarik juga. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  13. Wow.. Kl gangster yg baharu ye... Lama xtgok dato rosyam berlakon... Boleh tgk dekat mana ni..

    ReplyDelete
  14. Suka tengok barisan pelakon dalam siri ni, terutama Beto, Azhan Rani, Dynas & Sharifah Sakinah.

    ReplyDelete
  15. pernah tk season yang pertama...so mmg looking forward nak tgk season kedua..suka dengan madam wong wlpun nampak jahat tapi dia baik juga sebenarnya

    ReplyDelete
  16. Lama tak layan movie .. nampak macam best lak jalan citer season yang ni. Nanti nak layan sebab barisan pelakon bukan kaleng wooo

    ReplyDelete
  17. kite tak sure dah penah tengok ke belum tapi katanya ni best sebab tak banyak tapi jadi kite leh tengok yang part original. boleh cari and tengok nanti!

    ReplyDelete
  18. Memang nak tonton tapj tak TERtonton lagi. Aduyai bila laaa ada free time. Suka movie melayu sebab karya anak tempatan memang best layan.

    ReplyDelete
  19. apa la buat 8 episode je drama takda ending langsung... banyak lagi maklumat yang beto nak kena cari kot...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.