Movie Review : Misteri Dilaila

Sunday 26 May 2019


Pengarah : Syafiq Yusof
Penulis Skrip : Syafiq Yusof
Pelakon : Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Namron, Rosyam Nor, Sasqia Dahuri, Mas Khan, Nafiez Zaidi, Iz Sulaini, Kenji Sawahi
Genre : Misteri/Seram/Thriller
Durasi Tayangan : 86 minit
Tarikh Tayangan : 21 February 2019 (Malaysia, Singapore, Brunei)
15 March 2019 (Indonesia)
Syarikat Produksi : Skop Productions, Astro Shaw
Pengedar : Astro Shaw
Trailer :


Since its Sunday so why not kita santai tengok movie dengan family and my choice this time was Misteri Dilaila. Kenapa? Sebab cerita hantu wei, takut tengok sorang so ajak la satu family, nak terkejut kita terkejut sama-sama. Kalau tengok sorang mula la rasa ada hantu join tengok sekali. 

Uniknya movie Misteri Dilaila ni bila ada dua ending yang berbeza tapi dalam review ni kita gabung sekali je lah sebab ending je yang berbeza bukan the whole story. Kecoh juga bila kantoi Shafiq Yusof copy 80% movie The Vanishing Act (1985) tapi bila tengok ending dia ada vibe Gone Girl dan Forgotten untuk versi 1. No wonder lah belek keyword nampak movie Forgotten rupanya sebab movie ni haha


Dalam review ni taknak sembang langsung pasal plagiat, rip-off or whatsoever related sebab nak fokus untuk movie Misteri Dilaila ni je which for me is quite good. At least for the visual and acting chop from all cast. 

Main plot MD ni bila Jeff (Zul Ariffin) pergi bercuti ke Fraser Hill dengan isteri tersayang dia, Laila (Elizabeth Tan) which they own a homestay, Villa Dilaila. Jeff dengan Laila bergaduh bila Jeff diam-diam keluar lepak dengan kawan-kawan bisnes dia padahal dia bagitahu Laila yang percutian tu untuk spend time berdua. Jeff dengan Laila bergaduh malam tu, sudahnya Jeff kena tidur dekat ruang tamu. Malam tu jugak Jeff kena kacau dengan hantu. 


Esok pagi bila Jeff terjaga dari tidur, Laila dah hilang. Smartphone Jeff pun hilang sekali dan Jeff syak Laila dah ambil secara curi-curi. Jeff buat laporan di balai polis mengenai kehilangan Laila dan Inspektor Azman (Rosyam Nor) ditugaskan untuk siasat kehilangan Laila. Esoknya seorang imam bernama Aziz (Namron) datang bagitahu Jeff yang Laila tinggal di rumah sewa dia. 

Kesian tengok Jeff mencari Laila bagai nak gila, Imam Aziz pujuk Laila balik dan minta maaf. Sangka Jeff  risau dia akan berakhir di situ tapi makin kusut bila perempuan (Sasqia Dahuri) yang datang tu bukan Laila. Jeff cuba yakinkan Imam Aziz dan Inspektor Azman yang perempuan tu bukan Laila. Lagi sakit kepala Jeff bila adik ipar dia, Farid (Mas Khan) datang Fraser Hill untuk bagitahu yang perempuan tu memang kakak dia. 


Jeff tahu Imam Aziz, Farid dan perempuan tu berkomplot untuk ambil harta dia dan Laila tapi ending buktikan yang sebaliknya which for me is wow!

I’ve mentioned earlier yang ending movie MD ni ada dua versi but I prefer ending versi 1 sebab lebih kemas dan tak merepek sangat sebab director copy dari movie Forgotten. Meanwhile ending versi 2 datang dari idea sendiri lepastu ada sikit la scene seram dari movie Karak. Walaupun dia biar tergantung, kita dah tahu lah ke arah mana imaginasi kita tu. Tapi pelik bila hantu boleh muncul untuk sign cheque. 


Untuk kekeliruan ending movie MD ni, you guys kena check balik hint yang Laila bagitahu dekat Jeff masa diorang sampai dekat homestay tu. Dalam rumah tu bukan ada diorang berdua je, ada 4 makhluk sebenarnya. I tak bagi spoiler tapi I tolong hilangkan kebingungan lepas menonton.

Bila movie ni 80% ditiru dari movie tahun 80-an, jalan cerita pun lebih kurang sama dan akan terserlah kesilapan tu bila Jeff kata handphone dia hilang so dia tak boleh nak tunjuk muka sebenar Laila. Bila ada smartphone kita tahu movie ni di zaman millennial which we already have access to social media. Dalam scene ni couple dekat belakang tu main smartphone kot lewlz


Bukan susah pun suruh je la Inspektor Azman buka FB/IG Jeff dengan Laila. Ataupun cover lah Inspektor Azman tu miskin, beli handphone stok Nokia 3310 ataupun kawasan Fraser Hill tu takde line. But either way, both are still funny. Anyway, kad nikah kau mana Jeff?

Watak Imam Aziz pun merepek bila dia kata dia nak balik sebab nak pergi ceramah padahal masa tu dah pukul 10 malam. Eh kau, bagi la alasan logik sikit. Lagi satu hal bila Laila palsu datang, dia ada bawa handbag tapi bila Zul suruh inspektor Azman check IC dengan kad kredit, Imam Aziz kata handbag dia ada dalam kereta tapi kereta Laila kena curi. Hmmmm


Sembang pasal lakonan, this is my first time tengok Elizabeth Tan berlakon and yeah she’s good tapi dia bukannya banyak muncul pun nak pulak watak penting digalas oleh Sasqia. Plus cast dalam movie ni memang dah terkenal dengan bakat lakonan yang bagus so tak hairan lah audience boleh have fun layan. Suka tengok chemistry Zul dengan Elizabeth, nampak sweet je especially dalam kereta. Mengharap juga ada flashback zaman diorang bercinta dekat London tapi director jimat bajet ha ha ha


Visual movie ni pun cantik cuma tak banyak lah kecantikan Fraser Hill ditonjolkan sebab half scene shooting dekat FRIM, Kepong but still I’m in awe dengan dekorasi inap desa Villa Dilaila ni. Wallpaper dia cantik kemain, even susun atur semua nampak cantik terletak. 

You guys seriously need to thank Che' Indera Muda for his work in this movie sebab shot kamera dia cantik, dia pandai cari angle nak hidupkan mood. Transition pun cantik tapi kalau dah semua scene kau nak buat method sama, tak ke jelak jadinya? Suka dengan lagu Rasa Sayang masa Jeff kena kacau hantu tu, merinding jadinya bila gramophone bergerak sendiri.


Overall I have fun watching Misteri Dilaila especially scene ending versi 1, plot twist dia memang woahhh! Tengok versi 2 rasa dunia ni tak adil tapi elok jugak lah korang layan versi 2 sebab polis  (Nafiez Zaidi) yang datang masa ending tu agak kacak juga selain Zul Ariffin. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.9, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0.8 = 8/10

5 comments

  1. is it okay for me to say that i didn't even watch this yet haha

    ReplyDelete
  2. Tak tengok.. sebab nanti ada yang tengok sama.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. tak rasa nak tengok movie ni lagi tapi interesting la cuma tak suka sangat dgn idea 2 ending ni.

    ReplyDelete
  4. ok ok la bagi aida.
    aida da agak ending nyer akan jadik gitu.
    just olahan nyer menjadi kan nyer interesting.
    tapi tu la, ending tergantung.
    bakal ada misteri dilaila 2 la kot kan...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.