Kentang Goreng Spicy

Wednesday 29 May 2019

Haritu craving sangat nak makan kentang goreng tapi stok frozen fries tak ada sebab dah lama tak beli. Freezer kecil je mana nak muat kalau beli frozen banyak sangat. Nak order memang tak lah sebab bazir duit je order fast food semata nak makan fries. 


Kebetulan ada stok kentang dekat dapur. Teringat pulak masa dekat Giatmara dulu ada akak ni rajin buat kentang goreng. Dah craving sangat buat sendiri je lah buat snek sambil tengok movie. Bukan lama pun, setengah jam je dah siap. Setengah jam sebab nak potong kentang je. Goreng tu sekejap je. 

Bahan-bahan : 

- Kentang 
(Berapa biji tu ikut tekak sendiri lah nak makan berapa banyak & Saiz kentang you guys. Mine was small size so I used 3 potates untuk dapat satu mangkuk besar)
- Tepung Bestari Spicy
- Minyak

*Kalau nak tambah garam pun boleh. I tak letak sebab tepung bestari tu dah cukup rasa dah.

Cara-cara penyediaan : 

1. Potong kentang bentuk jejari halus. 
2. Gaul kentang dengan tepung bestari. 


3. Goreng sampai kentang nampak oren then angkat dan hidang. Siap! 

Senang je kan? Tapi kentang goreng ni kena makan panas-panas baru sedap dan rangup tepung. 

9 comments

  1. mmg sedap, goreng sendiri lg sedap kan... selalu klu nk tambah garing akak akn goreng 2 kali... mula2 goreng bg layu pastu angkat... goreng semula biar lg rangup gitu

    ReplyDelete
  2. Memang sedap goreng kentang dengan tepung bestari pedas.. Kak sha selalu buat dalam bentuk wedges.. Layan..

    ReplyDelete
  3. terbaca entry ni di waktu tghri, haishh menguji betul haha

    ReplyDelete
  4. Nampak rangup kentang goreng tu. Terus rasa nk buat juga.

    ReplyDelete
  5. Sedap tu.. Lagi rasa kentang sebenar mcm ni

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap betullah fries tu😋.

    ReplyDelete
  7. wahhh senang buatnya...asalkan ada tepung tu

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.