Rawatan Gigi Di Klinik Pergigian Bangsar

Sunday 12 August 2018

Before this dah pernah up entri tentang pengalaman tampal gigi berlubang dekat swasta dan scalling gigi dekat sini. I've mentioned yang harganya mahal bila buat rawatan atau appointment dekat klinik swasta so this time around untuk rawatan akar memang celah mana pun kena buat dekat klinik kerajaan sebab rawatan akar mahal. Plus, I'm not happy the way they conduct the treatment so I chose to go for another dental clinic.  

Yang susahnya klinik kerajaan ni, bilangan tak banyak satu hal. Telefon susah nak angkat satu hal. Walk-in penuh orang pun satu hal. Lucky for me, jumpa officemate yang buat rawatan gigi jugak dekat klinik kerajaan tapi dia pergi dekat Bangsar sana. Quite far from here lah sebab 2 jam naik public transport. Memang tak lah nak naik kereta wei masuk Bangsar.

So from my place I took RapidKL bus to MRT Kwasa Sentral then pilih nak turun dekat Bank Rakyat Bangsar. Tukar ke LRT dekat Pasar Seni then walk about 4 minutes and tadaaaa


Tak sesat pun sebab malam tu dah gigih Google dengan adik route mana nak ambik nak menghala ke sana. Dalam malang pagi tu terpijak kaca, kira lucky jugak lah tak perlu tunggu lama sebab tak ramai orang pun hari tu. Tunggu kejap untuk daftar lepastu dah boleh jumpa doctor. 



Since I'm terrified with dentist since primary school lagi, memang cuak sangat nak jumpa, nak pula the ultimate reason pergi jumpa dentist sebab gigi berlubang yang kena tampal tu dah bengkak dan bernanah. Nanah tak meletup cuma ada dekat situ dan tersangatlah tak selesa. Takut akan naik bengkak yang lain je kalau biar. 

Masuk dalam bilik rawatan, bagitahu doctor apa masalah semua kemudian dia check nak tengok teruk ataupun tak. Check gigi lain jugak sebab takut ada yang affected as well. Lepas check baru set date untuk buat rawatan akar tapi lama jugak lah nak kena tunggu sebab dah ramai yang book tarikh. Dia bagi pilihan, kalau tak tahan sakit memang terpaksa cabut. Tapi masa dia check ketuk gigi bertampal tu sampai 6 kali tu tak sakit pun. Dia pelik, tuan punya gigi lagi pelik. 

Pelik tak pelik pun kena buat rawatan akar jugak lah sebab dah ada bengkak dan nanah. Cuak tak payah sembang lah macam mana level dia. Lepas check and consult, doctor nak buat scalling gigi sebab dah nak cecah setahun dah pun kan. 

Berbeza scalling gigi dekat klinik ni dengan klinik swasta I've went before. I'm the one yang kena pegang benda alah sedut air liur tu and its quite weird sebab tak tahu dekat mana bertakung tambah tak tahu nak gerak ke tak takut terkena scaler tu. Nak angkat tangan pun tangan penuh. So yeah, neither doctor nor saliva wants to stop and let me breathe. Habis basah tudung kena air liur sendiri campur darah. I just redho and nak habis cepat je. 

Scalling kali ni tak seteruk yang sebelum ni sebab tak banyak sangat pun karang gigi plus doctor tu buat tak seganas doctor dekat klinik sebelum ni. Dah angkat tangan suruh stop sebab sakit pun gigih lagi nak korek. Tsskkkk

Yang bestnya dekat klinik kerajaan ni haruslah harga murah je. Scalling dekat klinik swasta harga sampai RM120 tapi dekat sini charge RM2 je campur daftar RM 1 total up RM 3 je lah keluar. Tambang pergi balik pun RM 8.60. Total semua tak sampai RM15 pun. Jimat teruk, service pun quite nice, staff and dentist pun ramah and sopan. 

Another thing Klinik Pergigian Bangsar ni tak sama macam klinik kerajaan lain sebab setiap hari buka untuk semua orang and you don't have to follow their schedule pun because there is none! Setiap hari boleh datang untuk buat rawatan except weekends. 



Sekarang ni cuma tunggu tarikh rawatan akar je lah, harapnya nothing bad happens nanti. Resah jugak fikir apa jadi nanti. Boleh mintak anaesthesia tak agaknya? I'm scared :(

10 comments

  1. dulu takuit nak jumpa dentist.. skrng best bila pegi cuci gigi. legaaa hehehe..

    ReplyDelete
  2. Lamanya tak jumpa dentist sejak abis sekolah ni, fuhh teruk perangai sendiri. T_T

    ReplyDelete
  3. Kat sini klinik kerajaan kat UTC biasa ok je, tak ramai org.

    ReplyDelete
  4. klinik kerajaan memang murah, nanti kalau nak buat scaling gigi, ekin terus pergi klinik kerajaan jelah lepas ni ,

    ReplyDelete
  5. ejulz pun selalu g klinik kerajaan je.. aritu tampal n scalling rm4 je :)

    ReplyDelete
  6. mmg lg better g klinik kerajaan je..
    tp kena buat appointment kan..ke xya..mcm dgrnya kena buat appointment je

    ReplyDelete
  7. Baca kisah Farhana ni teringat lak dah lama tak jumpa dentist

    ReplyDelete
  8. Kalau pergi masa pukul 2 jugak sebagai pesakit luar boleh ke? sbb waktu pagi waktu kuliah so tak lepas nak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try call dulu tanya kot boleh set appointment terus

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.