Tampal Gigi Berlubang

Wednesday 25 October 2017

Since sekolah menengah dah jarang jumpa doktor gigi. Bukan jarang, memang tak ada pun walaupun gigi dah start rosak. Sebab masa sekolah dulu ada banyak bad experience dengan dentist so berus gigi pastu kumur dengan listerine je. Kalau rajin pun floss lah tu pun setahun sekali. Lepas tengok kajian kata floss tu tak membantu pun, terus stop. 

Sabtu lepas dah teruk sangat sakit gigi baru menapak ke klinik. Itupun lepas baca banyak pengalaman diorang dekat blog & baca review klinik tu. Ingatkan nak tunggu gaji sebab nak buat rawatan akar terus. Tengok gaya gigi macam dah teruk sangat. Tapi doktor lepas check dia buat tampalan biasa je. Tampal biasa RM80. Kalau rawatan akar, RM400.

Boleh je nak jimat duit pergi klinik kerajaan keluar singgit dua je tapi tak ada masa nak menunggu tu. Nak meredah jam satu hal. Kalau ada rawatan susulan malasnya lah nak menapak jauh. Nak tunggu lagi. Nak ambil cuti lagi padahal tengah banyak kerja. That's why ambil keputusan pergi je lah klinik swasta yang dekat dengan area rumah.

Nasib klinik swasta buka sampai 9 malam so tak ada masalah lah pergi lepas kerja. Nak tunggu turn pun tak lama. Bila masuk jumpa doktor, cuak jugak lah tengok segala equipment dia. Tangan dah sejuk dah. Bila doktor check, lepastu dia buat tampalan, okay je pun. Tak sakit pun sepanjang dia buat tu sebab dia buat lembut je. Adik pun cakap doktor lelaki buat okay je, lembut je. I don't even know where she got that experience because both of us never visited any dentist before. Maybe nak sedapkan hati je kot supaya cepat balik. Hihu.

Image result for dentistry equipment

Walaupun doktor yang buat rawatan tu doktor lelaki tapi dia punya membebel kalah mak2 uolls. Dia suruh datang balik buat scalling & pollishing sebab ada gigi yang dah berkerak dengan karang gigi. Lepasni memang kena buat lah setahun 2 kali, taknak dah kena gigi berlubang ataupun gusi bengkak or anything libatkan gigi sebab dia punya sakit tu effect tekak, telinga, mata & kepala. Nak buat kerja pun dah tak mampu. Makan tak boleh, tidur pun tak boleh. 

Lepas dah tampal gigi tu okay lah kejap tapi malam tu sakit balik. Lepas 3 hari tahan sakit, semalam makin teruk sampai nak telan air pun tak boleh so menapak balik ke klinik haritu untuk cabut gigi. I dah give up nak simpan gigi ni. Biarlah apa nak jadi pun dah malas nak ambik port dah. Buang je senang. Tapi doktor nak buat rawatan akar lepas seminggu nanti. 

Sementara tunggu tempoh seminggu tu bergantung dengan painkiller & antibiotik lah. Tapi stok painkiller dia habis so dia bagi sepapan je padahal seminggu kot. Dah lah makan 2 tablet 3x sehari. Memang tak cukup lah cerita dia. I seriously have bad experience with this dental. Next time nak pergi klinik lain buat scalling tu. Cepatlah 1hb :(



p/s : Sorry dah tak aktif sangat blogwalking semua sampai dah berkurang followers. Bulan ni memang #TragediOktober starting from day 1 T.T

13 comments

  1. kalau yg melibatkan gigi ni memang tak boleh nak tahan kan...makan tak lalu,tidur pon tak lena dibuatnya..

    ReplyDelete
  2. Adeh..Seksa sakit gigi...Pernah merasai....Sabar ye...

    ReplyDelete
  3. auwww... seram bila bab jumpa dentist ni... tatau kenapa ketakutan luarbiasa sangat huhu

    ReplyDelete
  4. Memang sakit kalau bab gigi ni... paling takut nak kena cabut...

    ReplyDelete
  5. Kak ana dah bertahun simpan gigi berlubang ni. Yg kelakar hari tu g dentist boleh buat buang plak tu je. Tak terpikir nak cabut. Huhu

    ReplyDelete
  6. Baca tajuk pun gigi sendiri yang rasa nyilu huhuhu. GWS dear :)

    ReplyDelete
  7. sakit gigi... rasanya semua akan tewas... tapi kalau ada penyembuhan, bersegeralah!

    ReplyDelete
  8. cikyan penah keje klinik gigi dulu...seramnya mak oii tgk doktor guna benda alah tu smua... kita tolong ja...sakitnya oii...cikyan pon dah lma xpi buat scalling...mmg kne buat pon setiap 6 bulan..

    ReplyDelete
  9. Eii banyak2 sakit kalau boleh memang tak mau sakit gigi.Azabnya sakit gigi serba serbi tak kena nanti.

    ReplyDelete
  10. rabia selalu pergi check up gigi ni.ada karies gigi.buat scalling

    ReplyDelete
  11. nak tampal gigi asyik tangguh2 je.. huhu

    ReplyDelete
  12. terjumpa entry ni masa tgh tggu nak tampal gigi. Haha sis nak cuci dan tampal dalam masa sehari, KK sini xkasi..😌

    ReplyDelete
  13. sumbat dengan cebisan bawang putih dekat lubang tu, insya allah tak sakit sementara menunggu ke klinik

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.