Movie Review : Secret Superstar

Wednesday 15 August 2018

Image result for Secret Superstar

Director : Advait Chandan
Writer : Advait Chandan
Cast : Zaira Wasim, Meher Vij, Raj Arjun, Aamir Khan, Tirth Sharma
Production Company : Aamir Khan Productions
Distributor : Zee Studios, Warner Bros. (worldwide), Huaxia Film Distribution, Peacock Mountain
Genre : Musical Drama
Running Time : 150 minutes
Release Date : 19 October 2017
Trailer :


Jarang Aamir Khan nak berlakon 2 movie dalam satu tahun tapi tahun lepas dia berlakon dalam Dangal lepastu keluar pulak Secret superstar and both movies ada Zaira Wasim, boleh kata yang Zaira ni protégé dia dalam Btown. Dia memang polish habis bakat Zaira sampai nama Zaira popular di media sebab menang  National Child Award for Exceptional Achievement.. Movie SS ni juga tercalon dan memenangi dalam beberapa kategori antaranya Best Director, Best Supporting Actress dan lain-lain.

Insia Malik (Zaira Wasim) berusia 15 tahun dan impikan untuk menjadi seorang penyanyi tapi kehidupannya antara penghalang utama untuk dia capai impian tu. Ayah dia sejenis yang baran dan kaki pukul, ibunya, Najma (Meher Vij) pula cuma seorang suri rumah yang tak mampu membaca.


Just like any rural area in India, Insia pun menerima nasib yang sama bila kelahirannya tak disukai oleh Malik (Meher Vij) dan dilayan seperti beban keluarga tapi adiknya Guddu ditatang bagai minyak yang penuh kerana berjantina lelaki. Insia cuba menyanyi di Youtube dengan identiti yang disembunyikan menggunakan gitar lama dan laptop yang dibeli oleh ibunya secara curi-curi.

Lagu Main Kaun Hoon dengan Meri Pyaari Ammi mendapat perhatian dan pujian netizen dan selebriti terkenal. Dalam masa yang sama, Shakti Kumar (Aamir Khan) mencari penyanyi untuk movie baru dia selepas diboikot dengan Lembaga disebabkan perangainya dan beberapa kontroversi lain. Dengan pujukan Chintan (Tirth Sharma), Insia cuba menghubungi Shakti Kumar selepas video pujian dari Shakti.

Image result for Secret Superstar

Insia terima offer sebagai penyanyi movie Shakti dengan syarat Shakti harus membantu Insia selepas habis sesi recording. Dengan bantuan Chintan, Insia berjaya curi keluar dari sekolah dan pergi Mumbai seorang diri kemudian berjumpa dengan Shakti. Bantuan yang Insia perlukan dari Shakti bukan duit tapi bantu dia untuk berjumpa dengan lawyer penceraian terhebat sebab dia dah geram tengok Malik pukul Najma dan nak kahwinkan dia dengan pemuda Arab.

Tapi cubaan untuk buat parents dia bercerai gagal bila Najma geram dapat tahu Insia pergi ke Mumbai seorang diri dan ponteng sekolah. Disebabkan marah, Insia tuduh Najma penakut dan bodoh kerana sanggup tinggal dengan lelaki yang layan dia dengan buruk tapi sebenarnya Najma tak mahu anak-anak hidup merempat. Dia buta huruf dan dikahwinkan awal oleh keluarga, pendapatan dia cuma dari wallet Malik.


Bila Insia faham perkara sebenar, dia berhenti kejar impian dia dan terima apa saja keputusan Najma dan Malik untuk hidup dan masa depan sebab pengorbanan Najma dah cukup besar dalam hidup dia. Berjaya atau tidak Insia bawa Najma dan Guddu keluar dari kehidupan tu ataupun bersyukur Malik masih menjaga dan memberi makan?

Walaupun movie dapat positive review dari critics dan tercalon dalam banyak kategori tapi sakit hati juga bila tengok beberapa scene yang tak berpijak di dunia nyata. Kadang boleh faham juga marah Malik tu sebab berkerja dari pagi sampai tengah malam tapi bini masak tak sedap. Baik makan dekat kedai je. Balik kerja penat tapi anak bini kerja melangut tengok TV layan gossip artis, air segelas pun nak ditegur baru terhegeh bagi.

Image result for Secret Superstar

Tu belum masuk part Insia tak fokus belajar. Balik rumah main gitar, tengok TV layan gossip artis, layan lagu hafal itu ini tapi bila exam je fail. Tu belum masuk part Insia kurang ajar dengan cikgu tuisyen dia lagi. Gigih bergaduh dengan cikgu tak nak ambik test sebab nak balik rumah nak curi newspaper ayah dia since ada column sembang pasal dia. Hek eleh benda tu otw balik test kau boleh beli kot. Chintan ada duit kalau kau miskin sangat.

Sembang pasal miskin, tak boleh brain Insia campak laptop dari tingkat atas semata geram tengok mak dia kena pukul dengan ayah. Again, letak diri dekat tempat Malik. Najma jual barang kemas dia sebab nak beli laptop sedangkan dia tak mampu. Nak beli aiskrim untuk Guddu pun tak mampu, boleh pulak belikan laptop untuk Insia. Motif? Tak cukup ke dengan gitar yang Insia ada? Bukti yang Malik tak kejam sangat sampai sekat kebebasan Insia. Dia tak bagi Insia keluar sebab nak exam besar, kena fokus belajar tapi apa yang Insia buat? Pergi sekolah pun sanggup kena rotan dengan cikgu sebab taknak belajar tapi gigih cari melodi untuk lagu baru dia. Nasib lah lagu dia pergi jauh.


Menyampah tau tengok Insia gigih ajak mak dia lari dari rumah sebab Malik layan kasar. Dia ingat senang nak survive dekat luar tu? Dah la dia sembang negara India. Kalau Malaysia, boleh terima lah jugak sebab muka lawa buat je video gedik dekat Insta pun dah boleh dapat RM12k sebulan. Lakonan Zaira memang bagus tapi tak boleh nak terima jalan cerita yang pandang dari sudut Insia yang cetek akal dan bergantung cuma pada nasib badan semata. I don't support violence tapi cara penulis skrip ni nak gambarkan sengsaranya kehidupan Insia tu agak bias bila dia letakkan sepenuhnya kesalahan atas Malik?

Scene paling menyampah sekali bila Shakti Kumar ejek nama Insia sebagai nama kampung dan tak komersial padahal nama Insia tu maksudnya perempuan, but still Shakti tak suka. Insia cuma diam padahal kemain kau nak pusing mata 360 darjah bila orang ambil seat kau kat tepi tingkap. Bila orang ejek nama dan rendahkan martabat perempuan, menikus je dekat belakang. Dan tak wujud pun satu scene Insia balas balik sampai habis movie. Menyampah dan marah sebab yang lakonkan scene tu Aamir Khan, because in real life pun dia layan perempuan macam sampah. Geram sebab dia hasilkan movie yang boleh dia portray scene negatif tanpa dipandang serong. Dia berlakon, dia edit dan dia terbitkan. Nice one! Tak hairan kalau ramai kritik yang puji sebab dia salah seorang #TheKhans.


Tapi tak hairan pun kalau Insia diam bila orang rendahkan dia sebab dia pun layan Chintan teruk jugak, bila dia perlukan Chintan baru dia nak layan dengan baik. Supposedly dia faham apa kesan bila layan orang dengan kasar sebab dia tak suka Najma dan diri dia sendiri dilayan kasar dengan Malik jadi kenapa dia nak layan Chintan macam tu? Kenapa I brought up this issue sebab dia digambarkan sebagai karakter yang matang dan mampu untuk lead family dia. Bukan setakat Chintan, even Guddu dia layan teruk tapi dengan Shakti yang perangai buruk tu elok je layan baik. Pfftttt

Movie ni boleh kata tunjuk betapa berpengaruhnya zaman teknologi ni dengan Youtube, Twitter dan FB sebagai medium untuk berjaya tapi pelik bila dalam ramai budak sekolah Insia tak kenal suara Insia padahal dia menyanyi kemain letops lagi dalam train di awal movie. Gitar yang dia guna pun dia bawa sekali tapi takde sorang pun yang cam. Fail!


Not really recommend this movie tapi suka tengok lakonan Zaira dan Meher Vij sebagai ibu dan anak. Chemistry diorang berdua tu memang cantik nak pula kalau scene emosi memang rasa nak peluk mak dekat rumah. Tambah dengan background lagu Meri Pyaari Ammi. Memang layak sangat diorang berdua menang award untuk lakonan dalam movie ni.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 6.8/10

3 comments

  1. pelakon2 otai jugak yg best tgk.. pelakon2 baru x berapa layan.. hehe

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Kadang certain scene dlm mana2 movie memang tak leh nk brain org kata. Xmasuk akal. Jadi geram kita dibuatnya.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.