Cabaran 25 Hari Blogging : Kenangan Zaman Kanak-Kanak

Saturday 25 August 2018


My childhood tak lah berapa nak best pun kalau dibandingkan dengan orang lain sebab habiskan masa dengan stay dalam rumah je tapi ada jugak lah aktiviti nak dibuat dalam rumah tu pun. 

1. Layan movie Hindustan 

Ini antara faktor kenapa boleh gila dengan Bollywood. Dulu bila mak mengandung memang ayah akan hantar balik kampung sebab alahan teruk. But me and my sister will stay at home. Sebelum ayah pergi kerja dia akan belikan makanan lepastu letak satu kotak tape Hindustan yang dia sewa dekat Speedy. Memang menari sakan lah bila lagu keluar lepastu berangan jadi heroin. 

2. Bina Kubu

Rumah zaman dulu memang wajib ada kusyen kotak. Bila kotak mula la otak ni ligat berfikir design kubu macam mana nak buat untuk berlindung. Kadang tu sampai tertidur dekat dalam kubu walaupun panas sebab dah penat main. Kalau tak bina kubu, susun kusyen sampai tinggi jadi menara. Pernah sekali jatuh tersembam dari menara tu boleh tahan jugak lah benjol dekat kepala. 

3. Jadi Cikgu

Salah satu cita-cita dari kecik nak jadi cikgu sebab tengok cikgu rotan orang tu best main piap sana piap sini je. Happy jugak kalau dapat tanda kertas anak murid sebesar muka surat lepastu tulis komen dengan pen merah. Fuhhh terserlah kuasa veto dekat situ tapi sejak rotan kena ban ni hilang terus nawaitu tambah pulak bila mengajar orang ni penat nak pulak kalau jumpa anak murid banyak songeh. 

4. Tulis Lirik Lagu

Hah yang ni bukan cipta lirik lagu baru tau, yang ni salin lirik lagu sambil telinga dengar dekat radio. Buku lirik lagu dulu kemain tebal jugak lah. Bila bawak pergi sekolah sana sini nak pinjam sebab nak salin balik. Pernah jugak mak ambik bakar buku lirik lagu tu sebab geram buat benda sia-sia. 

Ada lagi yang lain tapi jarang lah dibuat dan tak ingat sangat dah pun tapi not bad jugak lah duduk terperap dalam rumah sebab banyak benda boleh buat. How about you guys?

10 comments

  1. Best juga kenangan zaman kanak-kanak Farhanna..
    Boleh apply pada sis nombor 3 dan 4.. Nombor 3 bukan jadi Cikgu tapi jadi penyanyi, hahaha. Audience my cousins dan adik.. Nombor 4 bukan sis buat tapi my best friend, nampak dia kumpul banyak sangat lirik lagu hits masa tu.. Bila ingat semula memang nostalgia..

    ReplyDelete
  2. No 1 🙋🙋🙋🙋 tak layan lagu Hindustan memang tak sah hahaha

    ReplyDelete
  3. sha taklayan sangat hindustan tapi kalau drama melayu mmg tak tinggal hahahahaha

    ReplyDelete
  4. lebih kurang je hobi kita zaman ribena. saya dulu rajin tengok tv, habis sume drama kat tv saya tengok. lagi satu part tulis lirik lagu tu, dulu takde internet memang gigih dengar lagu kat radio sambil tulis lirik sebab nak nyanyi lagu tu.

    ReplyDelete
  5. No. 3 dan 4 sama mcm kita. Dulu mmg bercita-cita nak jd cikgu sebab seronok tgk cikgu tnda kertas/buku tp skrg rse mcm tak ade cita-cita pulak. Hehehe. Yg tulis lirik tu pon mmg nostalgia. Rasanya kita simpan lagi buku lirik kita. Bila tengok balik, rasa kelakar pulak. :p Rindu zaman muda-mudi dulu

    ReplyDelete
  6. HAI SAYA ORANG BARU KAT BLOG JOM LA FOLLOW SAYA!SAYA DAH JADI FOLLOWER AWAK!

    ReplyDelete
  7. tulis lirik lagu! kita sama haha siap ada buku kan

    ReplyDelete
  8. Lbh krg sama je apa yg kita buat ms kecik esp main kubu, tulis lirik, jd cikgu. Layan nustan je tak sb dulu mahal nak beli video tape player

    ReplyDelete
  9. kenangan zaman kanak2 ejulz adalah bermain lepas sekolah. hehe

    ReplyDelete
  10. 2 dan 3 tu, kita agak sama, farhana.
    suka main cikgu2 dgn adik. kami berdua aje pun.
    bagi soklan matematik. then tanda kan hi hi hi hi :)
    nostalgia!
    umah mak aida masih maintain kerusi rotan dedolu, cuma kusyen kotak tu da tukar baru.
    hmmmm now cucu2 emak abah plak yg main kubu-kubu tau. seronok diorang seseronok kami dolu kala.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.