Sunday, 19 August 2018

Cabaran 25 Hari Blogging : My Gadget


Gadget ialah peranti mudah alih yang boleh dibawa ke mana saja untuk memudahkan urusan pengguna. So what's my collection? I don't have much tapi tanpa beberapa benda ni memang boleh syahdu juga kehidupan. 

1. Laptop

Yang ni bila tak ada, memang tak boleh nak tahu dunia dekat luar macam mana. Tak boleh nak update blog, tak boleh nak check email or anything related lah dan yang paling penting tak boleh nak tengok movie :(

2. Smartphone

Buat masa sekarang ada dua smartphone, satu Huawei untuk kegunaan peribadi dan satu lagi iPhone untuk kegunaan urusan kerja. Not a fan of iPhone sebab renyah lagipun dah terbiasa dengan Android dari zaman smartphone wujud. Terkial jugak lah nak guna iPhone ni so mostly memang guna untuk jawab call atau whatsapp je. In case you're wondering why own an iPhone, its from my company. 

3. Mi Band Smart Bracelet

I've mentioned about this from my previous post since its a present from my partner to keep track my daily fitness activity. Hari-hari pakai untuk keep track berapa langkah sehari dengan berapa banyak kalori terbakar. Sejak dah stop jogging & running ni memang hambar lah angka tu. Nak cecah 5k which is my daily steps goal pun tak lepas dah. Habis kuat pun 3k je. 

Okay itu je rasanya yang ada setakat ni. Tak berniat nak tambah pun sebab tak penting. Yang ada ni pun untuk kegunaan wajib je. You guys pulak macam mana? Share lah kat sini  :) 

13 comments:

  1. Saya seorang blogger yang tiada laptop .. haha .. aduh .. malu lak ngan blogger lain sebb tak ada laptop sendiri.

    ReplyDelete
  2. saya,laptop dan handphone....dua2 penting..takde gadjet lain lak ....hehe

    ReplyDelete
  3. shu pun blogger yang laptop dah xboleh guna. hehehehe

    ReplyDelete
  4. Akak mesti ada smartphone.. sebab mudah.. Notes, update blog, FB dan IG.. Online banking, email, baca buku.. Mudah.. sesekali je baru guna laptop kat rumah..

    ReplyDelete
  5. I think I have quite a lot of gadgets. Tak tahu la banyak-banyak nak buat apa. I have a laptop, a smartphone, 2 iPods, 3 cameras, and a Fitbit.

    ReplyDelete
  6. takde laptop, so sis guna PC kat rumah family. Ok lah sebab duduk erempat je serumah, so tak berebut

    ReplyDelete
  7. Akak takde laptop. Ada tab huawei dan oppo je. Update blog guna dua benda tu je. Huhu...

    ReplyDelete
  8. laptop n smartphone akak rasa sangat penting skrng. tak blogging pun still penting =D

    ReplyDelete
  9. Same ! But smart bracelet is not in my list..hhehe

    ReplyDelete
  10. Takde laptop... Just guna smart phone je nak update blog, if nak edit design blog ke apa guna PC adik hehe

    ReplyDelete
  11. ejulz hp je tinggal. laptop dah rosak. hehe

    ReplyDelete
  12. Mai ada laptop & phone jeee. tu pun laptop pinjam asben pnya sebab yang sendiri rosak T_T

    ReplyDelete
  13. phone and macbook.
    ke mana gi, 2 ni wajib bwk.
    blogger kan :) hi hi hi

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.