Cabaran 25 Hari Blogging : Blog I Love

Thursday 16 August 2018


Untuk challenge hari ni nak sembang pasal blog yang suka baca. Nak pilih blog mana yang best tak mampu sebab kebanyakannya memang best pun dan akan dibaca setiap hari. Antara ciri-ciri blog yang best dibaca :

1. Blog ringan

Blog yang ringan ni bila line slow pun boleh buka dan baca dengan senang hati sebab tak perlu nak tunggu lama untuk dia habis loading. Content pun tak panjang berjela dalam satu perenggan, bila baca tak juling mata. 

2. Kuantiti Iklan Sedikit

Blog dan iklan memang berpisah tiada tapi kalau setiap ruang nak letak iklan boleh menangis juga nak baca. Header, sidebar, footer, dalam body content pun ada tambah lagi dengan yang pop-up amboi kau jah, nak shopping online berguni ke?

3. Chill and steady

Blog cenggini untuk blog yang relaks je tak lock right-click. Ye betul untuk elakkan orang curi isi blog kita tapi bila buat contest/segmen/giveaway memang renyah beno nak ambil banner. Masa yang boleh dijimatkan jadi panjang sebab nak kena buat kerja banyak step. Tak pun nak buka link yang dia attached dalam entri tu terpaksa back banyak kali. Kalau ingat agenda utama, ingat lah. Kalau tak, hmm lantak, alash lion.

Okay dah, itu je lah yang buat mood lari bila blogwalking. So kalau blog yang bebas dari 3 per ni, blog-blog yang disukai lah tu. 

8 comments

  1. true..selain blog ringan, tak banyak iklan dan font yang digunakan kan pun jangan terover fancy dan blog punya cerita bukan sekadar by points..

    ReplyDelete
  2. Wah best pulak challenge ni. Betul tu zumal pun suka melawat blog yang ringan tapi blog yang ada benda yang zumal ingin cari...

    ReplyDelete
  3. kann. kalau blog ringan bestnyaa lahh. takyah berjanggut tunggu loading. hihi

    ReplyDelete
  4. Antara quality blog yg saya suka juga tu.

    ReplyDelete
  5. Yang paling setuju, yang no 3 tu.. Kadang kadang mengganggu juga bila nak joint contest or GA..

    ReplyDelete
  6. Challenge yang menarik.
    Samalah itu juga diantara ciri-ciri blog yang Mrs. A suka singgah.

    ReplyDelete
  7. No 1 tu rabia setuju sangat..blog ringan dan cepat loading tu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.