Book Review : Cinta Jangan Kau Pergi

Monday 13 August 2018



Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara Sdn Bhd
Helaian : 499 mukasurat/ 85 bab + 1 Epilog
Genre : Drama/Cinta
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama - 2005
Harga : RM 20.90
Sinopsis :


Zulfa, Qosim, Maria dan Tok Man belajar di Melbourne dan bersahabat baik kerana tak ramai pelajar Malaysia di sana. Zulfa yang kaya mengajak Maria dan Qosim tinggal bersama dengannya di banglo yang disewakan oleh ayahnya, Samad. Dalam diam, Zulfa menaruh hati kepada Qosim, semua perbelanjaan Qosim ditanggung oleh Zulfa sepenuhnya kerana Qosim tak ada duit belanja. Wang yang dikirim pun kadang tak cukup untuk tampung.

Sama seperti Zulfa, Qosim juga meluahkan perasaan sayang pada Zulfa tapi helah Qosim sebenarnya untuk terus ditanggung dan ditaja oleh Zulfa sepanjang berada di Melbourne. Tak cukup dengan menipu, Qosim menyebarkan fitnah Zulfa awek tomboy lesbian bercinta dengan Maria kepada pelajar-pelajar lain.

Disebabkan fitnah yang tersebar, tak ramai yang nak dekat dengan Zulfa kecuali Maria dan Tok Man. Sebelum mereka grad, Zulfa akhirnya tahu siapa dalang sebenar yang sebarkan fitnah. Remuk hati difitnah ditambah remuk hati ditikam kekasih sendiri. Sudahnya Zulfa bawa diri ke Cameron Highlands menjadi botanist dan penggubah bunga hasil ajaran Aunty Rosie, kawan baik arwah ibunya.

Related image

Walaupun ditegah oleh ayahnya, Zulfa tetap dengan pendirian untuk berkerja di ladang Bunga Mekar dan membantu majukan perniagaan Uncle Lim, bekas suami Aunty Rosie dan anaknya, Park Kuen. Kadangkala Maria datang menjenguk bersama suami dan anak-anak, kadang ayahnya datang dari New Zealand.

Tapi selepas beberapa tahun, tak sangka Qosim datang kembali dan tabur fitnah yang lebih teruk bila Doktor Sufian, abang Qosim jatuh cinta dengan Zulfa kerana kecewa dibuang awek manjanya, Nabila. Qosim cuba pujuk Zulfa untuk kembali dalam hidup dia selepas sedar pengorbanan Zulfa tak mampu diganti dengan mana-mana perempuan yang datang dalam hidup dia. Dalam masa yang sama, Park Kuen juga simpan perasaan dengan Zulfa walaupun di mulut dia kata dia sayangkan Zulfa sebagai adik.

Review : 

Novel ni tak tekankan sangat pasal percintaan since penulis pun dah bagitahu dia wujudkan novel ni bertemakan fitnah. Fitnah yang boleh merosakkan hidup manusia yang difitnah tanpa kita sedar atau hiraukan impaknya. Macam Zulfa yang disisihkan sebab fitnah Qosim. Qosim sebagai watak antagonis memang best baca sebab dia punya muka tebal tu memang tebal berpuluh inci. The best thing is, penulis kekalkan sifat tu sampai habis untuk buktikan kata-kata  Park Kuen yang sifat tu dah jadi darah daging. Susah untuk diubah.

Selain dari kehidupan Zulfa, Samad pun ada kisahnya yang tersendiri hidup difitnah oleh kawan baik. Kira anak-beranak ni agak malang lah dalam kehidupan sosial tapi bab duit memang berkepuk. Kisah Doktor Sufian dengan keluarga pun antara punca jalan cerita menarik sebab tak semestinya fitnah tu datang dari rakan atau strangers, boleh jadi dari keluarga sendiri, keluarga yang kita bantu dari susah tapi sudahnya makan kita balik sampai hilang sesuatu yang berharga. 

Dari novel ni banyak tahu pasal bunga sebab Zulfa kerja dekat ladang bunga so tahu lebih sikit pasal Rose Hip, bunga Tulip, ros dan beberapa bunga yang diorang mention dalam ni. Happy baca sebab suka bunga tambah pula baru tahu ada jem dari bunga ros. Rasa macam nak try je kalau pergi Cameron, entah ada entah tidak.

Related image

Lama juga ambil masa nak habiskan novel ni sebab bahasa digunakan bahasa baku campur pula dengan bunga bahasa orang lama memang menguap sakan. Humor memang tak ada so antara punca utama lambat habis. Tapi plot dia memang best and bermanfaat. Kalau buat drama best ni, serious tak tipu. Terbayang Janna Nick jadi Zulfa sebab dia short hair ala tomboy tapi boleh berperwatakan lembut dan manja macam dalam lagu Akan Bercinta tu :P

1. Author +1, 2. Accuracy +1, 3. Writing Style +0.5, 4.Plot +1, 5. Character +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10

9 comments

  1. ai is tertarik bab bunga2 tu je..klo jd drama mesti cantik scene dia cm drama korea..hehe

    ReplyDelete
  2. tak ingat pernah baca ke tak novel norhayati berahim sebab tak minat sangat buku dia.

    ReplyDelete
  3. Suka NB ni tp lama dh tak baca buku dia, plot cam best sb ada bab bunga2 😊

    ReplyDelete
  4. Rasa pernah baca dulu ni, novel lama ni..ingat2 lupa dah...

    ReplyDelete
  5. eiiii, rasa nak cili2 pula si Qosim tu ...

    ReplyDelete
  6. Uish.. menarik cerita ini..Fitnah memang bahaya..

    ReplyDelete
  7. fitnah bahaya & boleh rosakkan sesebuah institusi :(

    ReplyDelete
  8. Itu la kekadang insan yang rapat dengan kita pun belum tentu baik di belakang kita kan...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.