Resipi Telur Kukus

By farhanna jafri - 09:24


Dah bosan dah asyik makan telur dadar, omelet dengan telur mata so hari ni nak try resipi baru jumpa which is telur kukus. Tak pernah lagi rasa sebelum ni tapi bahan dan cara penyediaan pun tak susah mana. Ambil masa selama 20 minit tapi dalam masa yang sama boleh masak menu lain sebab tak payah nak kacau ke apa. Biar je dekat dalam periuk kukus tu.


Bahan-bahan

- Telur 5 biji
- Susu segar 2 cawan
- Sosej 3 batang dipotong dadu
- Bawang merah 1 biji dihiris nipis
- Cili padi ikut suka dipotong kecil
- Daun sup
- Bahan perasa : Gula, Garam, Lada sulah, Paprika, Serbuk Lada Hitam

Cara penyediaan

1) Masukkan semua bahan ke dalam bekas loyang. Gaulkan sehingga sebati dan buka api tinggi. Tunggu sehingga masak.

2) Bila telur dah mengeras, tutup api dan hidang. Senang je kan? Ni resipi kalau malas nak masak bila balik kerja kena hadap traffic jam setengah jam walaupun jarak rumah tak sampai 5 minit pun uolls.


Telur kukus ni cantik kalau tebal sikit tapi yang ni sebab bekas loyang besar so saiz dia agak nipis. But that’s okay lah yang penting sedap.

Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. Sedapnya..nasib baik tengok masa sahur. Kalau tengok time puasa ni, memang geram je.

    ReplyDelete
  2. mcm telur dadar.
    tapi cara nyer beza skit ekk :)
    tq for sharing.

    ReplyDelete
  3. ni pizza melayu style ni! hehe..tapi macam sedap boleh cuba pasni..

    ReplyDelete
  4. Wow.. Tak pernah try lagi ni. Nanti nak cubalah.. Thanks share resepi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)