Tuesday, 15 May 2018

Movie Review : Roman J. Israel Esq

Image result for Roman J. Israel Esq

Director : Dan Gilroy
Cast : Denzel Washington, Carmen Ejogo, Colin Farrell, Shelley Hennig, Nazneen, Amanda Warren
Genre : Drama/Crime
Running Time : 2 hours 9 minutes
Release Date : 17 November 2017
Distributor : Columbia Pictures
Trailer :

Roman J. Israel Esq mengisahkan tentang seorang peguam dan aktivis yang bekerja di sebuah syarikat firma kecil di Los Angeles. Satu hari, dia dibuang kerja sebab owner dan partner syarikat Roman (Denzel Washington), William Jackson meninggal dan syarikat tu menanggung hutang yang banyak since tak banyak job yang diorang dapat. Tugas Roman ialah sediakan semua dokumen yang diperlukan untuk sesi perbicaraan di mahkamah untuk partner syarikat dia.  Dalam masa yang sama, Israel kaji tentang bagaimana untuk mengubah sistem kehakiman bertahun lamanya walaupun terpaksa berkorban dan tak ada life macam orang lain. Roman hidup sendiri je, tak ada family, isteri ataupun anak mahupun pet.

Image result for Roman J. Israel Esq

Uniknya Roman ni walaupun communication skill dia teruk tapi daya ingatan dia sangat kuat dan disebabkan keunikan ni George Pierce (Colin Farrell ) nak Roman bekerja di syarikat dia dengan gaji yang sangat tinggi tapi prinsip diorang berdua ni agak berbeza. George seorang peguam yang money-driven manakala Roman lebih kepada kejujuran dan keadilan. Macam cerita law tipikal, George adalah villain dengan suit berjenama drive kereta BMW.

Sementara mencari kerja baru, Roman berjumpa dengan Maya (Carmen Ejogo), owner kepada syarikat aktivis. Disebabkan tiada kekosongan dan Roman agak outdated untuk bekerja di syarikat Maya, permohonan dia bekerja ditolak tapi Maya jemput Roman untuk bagi speech tentang undang-undang sebab Roman ada pengalaman dan cerita dia sendiri. Roman setuju tapi speech dia hancurkan program Maya.

Image result for Roman J. Israel Esq

Bila duit dah habis, kerja pun tak dapat lagi nak tak nak Roman terpaksa terima tawaran George untuk bekerja di syarikatnya. Roman diberi tugas untuk bertemu dengan Ellerbee, seorang remaja lelaki yang dikenakan tuduhan membunuh tapi disebabkan cara Roman dan kedegilan dia menyebabkan Ellerbee mati dibunuh sebelum kes dia dibicarakan.

Disebabkan Roman gagal, George terpaksa kecualikan Roman dari sebarang kes. Tak cukup dengan kematian Ellerbee, Roman curi-curi bagi maklumat rahsia yang Ellerbee bagitahu dia untuk dapat ganjaran sebanyak 100,000 dollar. Bila dah hilang pedoman, Roman belanja serupa hilang akal. Dari situ dia mula berubah dan prinsip dia dah mula hilang. Maya dan George yang perasan dengan perubahan Roman nasihatkan dia dan cuba ingatkan Roman siapa dia sebenarnya tapi Roman ni sangat degil orangnya hingga tak ada jalan keluar untuk Roman.

Image result for Roman J. Israel Esq

Sakit hati tengok perangai Roman ni dari awal sampai habis sebab dia agak self-centered padahal dia ada banyak kekurangan. Walaupun prinsip hidup dia berjaya ubah orang sekeliling terutamanya Maya dan George tapi character Roman tu pula berubah maka tak pernah hilang rasa menyampah dengan dia.

Movie Roman J. Israel Esq ni antara movie yang tercalon dalam Anugerah Oscar Academy tahun 2017 tapi berbulu betul tengok. 4 hari jugak la ambil masa untuk habiskan. Sayang bila movie ni agak hambar sebab Denzel Washington dan Colin Ferrel antara pelakon terbaik dan Dan Gilroy naik di Hollywood dengan movie Nightcrawler. Movie ni slow pace campur pulak dengan plot yang messy memang menangis jugak nak hadam apa yang director nak sampaikan. Mungkin cerita asal lagi cantik tapi disebabkan banyak cut ataupun proses editing untuk masuk dalam movie festival sebabkan movie ni hancur. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought 0 = 5.8/10

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...