Lessons I've Learned This Month

By farhanna jafri - 00:13


Challenge untuk hari ke-28 tanya tentang apa yang telah dipelajari beberapa bulan ni. Actually banyak dan tersangat lah banyak. Tapi I guess I nak focus dengan PRU14 since some of you guys mungkin ada yang tak tahu what actually happened for PRU14.

Image result for pru14

1. Prihatin

Dulu bila kajian keluar tentang rakyat Malaysia ni prihatin I memang agak skeptikal tentang statement ataupun kajian tapi bila tengok sendiri apa yang jadi masa PRU14 its like wow, they are! Bila SPR announce je tarikh mengundi jatuh pada 9 Mei 2018, pada hari Rabu, hari bekerja di tengah-tengah minggu, ramai yang offer untuk membantu dari segi dana dan carpool untuk pulang mengundi. Tanpa mengira parti politik apa ataupun bangsa apa. Ada yang sanggup jadi runner collect undi pos luar negara untuk dihantar ke pusat mengundi kawasan masing-masing sebab undi pos sampai lambat. Tahap kejujuran level tinggi tau nak hantar amanah orang dengan selamat. 

2. Anak Muda Sayang Negara

Kalau baca dekat social media most rant tentang anak muda ni taknak ambil tahu hal negara tapi lebih kepada suka membawang dan berhibur but actually they know their responsibilities. Mungkin ada banyak lagi yang perlu dibaiki tapi nampak they do care sebab ramai yang balik mengundi bila peratusan anak muda paling tinggi sebanyak 41%. Paling terkejut sekali bila ramai dah turun awal pagi sebelum gate tempat mengundi buka lagi.

3. Berani Tegakkan Keadilan

Every year selagi tak keluar keputusan memang susah betul nak tidur, mesti nak tahu apa keputusan PRU walaupun dalam hati dah tahu siapa yang menang. Tapi tahun ni eh rabak mata kita tau tunggu sampai pukul 5! Tapi tak sangka, kita tunggu dekat rumah dah rabak mata, bayangkan penduduk Taman Medan, Jenjarom, Ayer Itam, Setia Alam and several places yang berjaga sepanjang malam untuk pastikan tiada penipuan berlaku di kawasan diorang. Even ada pihak berkuasa pun diorang tetap dengan keputusan diorang sebab tahu benda tu salah bila kita diamkan. Truly admire their spirits tho.

I guess 3 je lah dah cukup kot sebab puasa ni kosser korang nak baca panjang-panjang kan? You guys pulak, apa yang dah belajar dua tiga menjak ni?

p/s : Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, ada GA jangan lupa jemput!

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. PRU kali ni memang aura dia lain macam. apa pun, semoga rakyat malaysia lebih ramai yang celik politik dan pemimpin dipilih menjalankan tugas dengan baik

    ReplyDelete
  2. Kalau dulu maybe zumal undi yang lama sebab dengar nasihat arwah tok dan tok wan yang tak pernah tukar parti pilihan depa. Alhamdulillah tahun ni dah reti buat keputusan sendiri tanpa peduli hasutan orang lain...

    ReplyDelete
  3. thn ni 9 mei dikawal ketat. no nonsense!
    if not, takkan la dpt ke PH. PH da belajar dari PRU13 dulu.
    bagi aida, kuasa media mainkan peranan.
    kita tahu what happen.
    berbanding dulu, hanya tv.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)