GIVEAWAY BZ SATU 2022

Thursday, 28 July 2022

 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

💝 FOLLOW blog ZARIDA
💝 Beralamat di MALAYSIA
💝 Buat satu posting dengan tajuk GIVEAWAY BZ SATU 2022 dan masukkan sekali banner di atas dalam entry tersebut dan back link ke entry giveaway ini
 💝 Sila tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen entry giveaway ini.


TARIKH TUTUP:
13 OGOS 2022, jam 11.59 malam


SENARAI HADIAH:
👉 1x set Inai Republic (Pilihan Leopard Edition atau Chocolate Edition)
👉 1x Inai Mommy (Pilihan warna:  Red, Maroon, Pink, Brown, Black)
👉 2x Inai Baby (Pilihan warna:  Red, Maroon, Pink, Brown, Black)
👉 Saguhati Penyertaan - akan dimaklumkan kemudian.


Jemput join semua. Terima Kasih


Characteristic Murder By Moonlight


Kisah Murder By Moonlight bermula apabila seorang novelis jenayah dan misteri ditemui mati di sebuah resort di pulau terpencil, seorang pengurus hotel, Ameera bertindak sebagai detektif wannabe dan telah mengesyaki antara dua belas tetamu hotel. Disebabkan terperangkap di pulau, jadi semua orang yang ada di situ tidak boleh ke mana-mana, mahupun keluar dari pulau tersebut. Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari!

1. Sara Ali sebagai Ameera 

Umur : Awal 30-an

Jantina : Perempuan

Bangsa : Melayu

Pekerjaan : Pengurus Hotel Cahaya Bulan 

Falsafah Diri : “Percaya sampai berjaya”

Karakteristik : Seorang anak tunggal yang dibesarkan oleh seorang ibu   tunggal. Bercita-cita untuk menjadi seorang pekerja terbaik di hotel. Merupakan tunjang utama dalam mencari sumber pendapatan keluarga. Seorang yang berazam, sikap ambil tahu yang tinggi, kelakar dan suka membaca novel misteri. 

Motif suspek  : Orang yang paling rapat dengan Tuan Osman dan merupakan orang yang terakhir bersamanya sebelum dijumpai mati. 

2. Wan Hanafi Su sebagai Osman Salleh / Tuan Osman

Umur : Pertengahan 70-an

Jantina : Lelaki

Bangsa : Melayu

Falsafah Diri : “Naluri itu anugerah Tuhan”

Karakteristik: Seorang novelis bergenre Misteri yang sangat popular.  Seorang yang dingin dan mempunyai sisi gelap ketika muda. Menginap di Hotel Cahaya Bulan secara percuma untuk menulis novel terbaru.

Motif suspek : Kematiannya sendiri mungkin menjadi misteri terbaik yang pernah dia aturkan. Adakah dia seorang psikopat

3. Hana Nadira sebagai Afie


Umur: Pertengahan 20-an

Jantina: Perempuan

Bangsa: Melayu

Falsafah Diri:“Afie sedia membantu”

Karakteristik: Seorang yang rajin membantu, ceria dan pembakar semangat buat Ameera. Mampu melakukan apa sahaja. 

Motif suspek: Sering dipandang rendah oleh tetamu VIP di Hotel Cahaya Bulan termasuklah Tuan Osman. Adakah motif ini cukup menjadikan Afie sebagai pembunuh?

4. Riz Amin sebagai Chef Jit


Umur: Pertengahan 30-an

Jantina: Lelaki

Bangsa: Melayu

Falsafah Diri: “Bab-bab start over ni I dah pro”

Karakteristik: Seorang bekas banduan atas kesalahan membunuh yang diambil bekerja oleh Datuk K. Namun begitu, dia seorang yang baik hati. Oleh kerana sejarah silam, dia sentiasa ingin menebus kesalahannya dan sering terjerat di antara ingin melakukan perkara yang betul dan terhutang budi. 

Motif suspek: Cuba berselindung dan membela diri kerana dia mungkin telah terlibat kes pembunuhan yang lain. 

5. Radhi Khalid sebagai Datuk Karnain / Datuk K


Umur: Pertengahan 40-an

Jantina: Lelaki

Bangsa: Melayu

Falsafah Diri: “I know what I’m doing!”

Karakteristik : Seorang yang kaya dan merupakan pemilik Hotel Cahaya Bulan. Merasakan dirinya seorang peramah dan mampu mengawal sesuatu keadaan. Lelaki miang yang mempunyai tiga isteri. Mempunyai sikap yang pemarah kerana merasakan dirinya tidak dilayan dengan baik. 

Motif suspek: Merasakan Tuan Osman mempergunakannya untuk mendapatkan penginapan percuma tanpa apa-apa bayaran. Mungkin dengan membunuh seseorang, wang mampu menutup segalanya?


6. Ruzana Ibrahim sebagai Datin Saloma

Umur: Pertengahan 30-an

Jantina: Perempuan 

Bangsa: Melayu

Falsafah Diri: “I nak jadi scriptwriter supaya I boleh kontrol naratif I”

Karakteristik: Seorang model yang bermotivasi, dramatik dan juga merupakan isteri ketiga kepada Datuk K yang ingin dilayan sebagai seorang Diva! Bercita-cita ingin menjadi seorang penulis skrip dan meletakkan dirinya setanding dengan Tuan Osman

Motif suspek : Berdendam kerana skripnya tidak diterima oleh Tuan  Osman malah rasa terhina kerana dituduh seorang hack!

7. Thanuja Ananthan sebagai Dr. Sangeetha 


Umur: Mid-Late 30’s

Jantina: Perempuan

Bangsa: India

Falsafah Diri: “Hel-lo, 5 star my ass”

Karakteristik: Mempunyai segala-galanya. Seorang yang cantik, bijak, kerjaya sebagai seorang doktor tetapi sedikit meninggi diri dan kaki botol. 

Motif suspek: Tabiat buruknya telah didedahkan di dalam novel Tuan Osman. Kau telah mencemarkan nama dan kerjaya aku. Aku akan pastikan kau mendapat balasannya!

8. Sharifah Amani sebagai Bella 


Umur: Pertengahan 20-an

Jantina: Perempuan

Bangsa: Melayu

Falsafah Diri: “Abang Long saya yang cakap”

Karakteristik: Seorang yang sombong dan merasakan dirinya kebal. Berlagak seperti orang kaya yang menginap di hotel bertaraf 5 bintang, sebenarnya tidak! Sedikit lucu dan kelam kabut sehingga beg yang dibawa berisi jam tangan bernilai RM1juta bertukar dengan Tuan Osman. 

Motif suspek:Jam tangan itu miliknya! Walau apa pun yang berlaku dia mesti mendapatkannya semula daripada Tuan Osman!

9. Tiara Anchant sebagai Julia


Umur: Pertengahan 20-an

Jantina: Perempuan

Bangsa: Eurasian

Falsafah Diri: “Susahlah job ni. Nyesal ambik!”

Karakteristik: Kawan baik kepada Bella dan mereka sentiasa bersama. Seorang yang moody dan kleptomaniac. Walaupun bermakna menjalani kehidupan yang bukan miliknya

Motif suspek: Apabila terdesak, dia akan melakukan apa sahaja. Ya, apa sahaja! Jam tangan itu harus didapatkan semula!

10. Amanda Ang sebagai Mindy


Umur: Awal 20-an

Jantina: Perempuan

Bangsa: Cina

Falsafah Diri: “If it’s not on camera, it’s not real”

Karakteristik: Matlamat utama Mindy adalah untuk menjadi influencer tersohor di Asia dan juga dunia! Dia sanggup melakukan apa sahaja demi cita-cita dan konten Youtube nya. 

Motif suspek: Netizen sukakan video yang ekstrim. Pembunuhan akan mendapat jumlah tontonan yang tinggi dalam Youtube nya.

11. Brian Chan sebagai Benjamin Leong (Ben)

Umur: Awal 20-an

Jantina: Lelaki

Bangsa: Cina

Falsafah Diri:“This trip is going to be so good for us!”

Karakteristik: Seorang yang romantik dan amat menyayangi kekasihnya, Mindy. Kini, dia keliru dengan percintaan mereka. Adakah hubungan mereka benar-benar ikhlas atau sekadar wayang di depan kamera? 

Motif suspek: Akan meneruskan apa sahaja apa yang telah dimulakan. Sanggup lakukan apa sahaja jika orang yang tersayang dalam bahaya. Mungkin dia bersubahat membunuh Tuan Osman.

12. Amir Ameezan sebagai Ali


Umur: Pertengahan 20-an 

Jantina: Lelaki

Bangsa: Melayu

Falsafah Hidup: “Pulau ni ada penunggu”

Karakteristik: Seorang yang percayakan benda tahyul dan seorang yang sukar dijangka pemikirannya. Kebelakangan ini dia berasa kesunyian dan ingin mencari teman hidup.

Motif suspek: Ada banyak benda pelik dalam dunia ini. Jika seseorang melakukan pembunuhan ketika dia dirasuk, itu bukan satu jenayah bukan?


Episod pertama Murder By Moonlight akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00mlm, 1 Ogos. Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, saksikan siri drama premium ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra atau pilihan alternatif strim di Astro GO atau On Demand.

Ikuti drama siri premium, Murder By Moonlight yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, setiap hari Isnin, bermula 1 Ogos ini. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.


ASTRO ORIGINALS TAMPILKAN ‘MURDER BY MOONLIGHT’, SEORANG DETEKTIF ‘WANNABE’ & 12 SUSPEK TERPERANGKAP DI SEBUAH PULAU |
Drama Premium Bergenre Witty Murder Mystery “Whodunnit”

Astro menerusi jenama Astro Originals kekal komited mempersembahkan drama siri premium dengan produksi berkualiti filem serta nilai hiburan yang menyasarkan kepada semua latar penonton meliputi bangsa dan kategori urban mahupun sub-urban. Selepas tamatnya drama premium misteri seram Histeria The Series, terbaru Astro Originals bakal menampilkan Muder By Moonlight dengan menampilkan genre Witty Murder Mystery “Whodunnit”. Penonton akan dipersembahkan dengan kisah penyiasatan dengan elemen komedi dan lebih menarik iaitu detektif ‘wannabe’ dan digerakkan oleh watak wanita.

Murder By Moonlight bakal temui penonton bermula 1 Ogos ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro Go atau On Demand. Drama premium 8 episod ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan mempersembahkan produksi Iron Hill Media dan Passion Pictures.

Menerusi Murder By Moonlight menyaksikan gandingan bakat hebat para pelakon daripada pelbagai latar seperti Sara Ali, Wan Hanafi Su, Sharifah Amani, Thanuja Ananthan, Brian Chan, Radhi Khalid, Riz Amin, Ruzana Ibrahim, Hana Nadira, Tiara Anchant, Amanda Ang dan Amir Ameezan.

Mewakili Astro, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Astro terus memperkukuhkan jenama Astro Originals sebagai jenama yang mempersembahkan drama premium yang boleh dinikmati oleh seluruh penonton Malaysia.

Seperti drama premium terdahulu, Murder By Moonlight turut tampilkan genre dan jalan cerita segar. Konsep drama penyiasatan dengan elemen humor jarang ditampilkan dalam drama tempatan dan kami percaya genre ini antara yang mempunyai kelompok peminat yang ramai. Jadi, Murder By Moonlight tampil kelainan dengan elemen komedi humor dan watak utama digerakkan oleh watak wanita dengan karakter detektif ‘wannabe’. Kami mengharapkan Murder By Moonlight dapat membuat penonton teruja untuk mengikuti perjalanan penyiasatan Ameera dan berteka-teki siapa dalang di sebalik cerita ini.” 

Murder By Moonlight melibatkan gabungan 4 orang pengarah kreatif iaitu Mien.Ly, Khairil M. Bahar, Gavin Yap dan Tony Pietra Arjuna. Setiap pengarah mempunyai sentuhan magis yang berbeza. Mien. Ly dan Khairil M. Bahar bertanggungjawab mengarahkan episod 1 & 2; Gavin Yap bagi episod 3 & 4, Tony Pietra Arjuna untuk episod 5 & 6; dan Khairil M. Bahar episod 7 & 8. Mien. Ly juga merupakan salah seorang Penerbit Eksekutif dan cerita asal Murder By Moonlight.

Menurut Mien. Ly, Penerbit Eksekutif, Pengarah, Cerita Asal berkata, “Idea Murder By Moonlight tercetus dua tahun lalu. Saya dan Bani Hamid merasakan setiap orang pasti mempunyai momen tersendiri sepanjang dua tahun lalu, jadi kami cuba tampilkan sebuah cerita yang mempunyai kaitan dengan perasaan kita semua, dengan menggabungkan konsep penyiasatan misteri yang ‘fun’. Jadi, kami cuba bawakan tema “Who Dunnit” dalam genre Murder Mustery di mana semua karakter boleh menjadi suspek sebagai pembunuh oleh penonton. Kami ingin mempersembahkan keluarga Malaysia yang muhibah dari segi skrip, dialog, barisan pelakon dan kombinasi latar kerjaya setiap watak seperti penulis, doktor, pempengaruh dan sebagainya.

Sementara itu, drama premium ini menggunakan khidmat empat orang pengarah dan cabarannya setiap pengarah perlu tahu memahami kesemua skrip untuk 8 episod walaupun setiap episod adalah daripada pengarah berbeza-beza agar visual dan konten yang cuba dipersembahkan dalam bentuk konsisten. Harapan saya penonton berpuas hati dengan kualiti Murder By Moonlight dan terima kasih buat penerbit Astro Shaw yang meletakkan kepercayaan kepada kami iaitu orang-orang baru dalam industri untuk mempersembahkan idea kami ke platform yang luas.”

Kisah Murder By Moonlight bermula apabila seorang novelis jenayah dan misteri ditemui mati di sebuah resort di pulau terpencil, seorang pengurus hotel, Ameera bertindak sebagai detektif wannabe dan telah mengesyaki antara dua belas tetamu hotel. Disebabkan terperangkap di pulau, jadi semua orang yang ada di situ tidak boleh ke mana-mana, mahupun keluar dari pulau tersebut. Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari!

Episod pertama Murder By Moonlight akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00mlm, 1 Ogos. Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, saksikan siri drama premium ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra atau pilihan alternatif strim di Astro GO atau On Demand.

Lokasi penggambaran Murder By Moonlight telah ditaja oleh Hotel Lexis Hibiscus, Port Dickson. Manakala, jumlah hari penggambaran adalah selama 44 hari.

Terdahulu Astro Originals telah menampilkan deretan drama siri premium daripada pelbagai genre, nilai hiburan berbeza serta olahan jalan cerita segar seperti diinspirasikan dari pendedahan isu-isu yang sememangnya berlaku dalam kalangan penonton seperti ‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’ (francais filem komedi nombor 1 negara), ‘Projek: Anchor SPM’ (memperkenalkan genre coming of age), ‘I-Tanggang’ (mengetengahkan isu realiti penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy), ‘Dukun Diva’ (angkat kisah female con artist dan anti-heroes), ‘Kuasa’ (kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan), ‘Histeria The Series’ (kesinambungan filem box office 2008, Histeria).

Ikuti drama siri premium, Murder By Moonlight yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, setiap hari Isnin, bermula 1 Ogos ini. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

Gabungan Rock Kapak & Ratu Dangdut Menggegar Pentas Kelapan ‘Karaoke Superstar’!

Wednesday, 27 July 2022

Program realiti pertandingan ala berkaraoke baharu Astro Ria, ‘Karaoke Superstar’ menghangatkan pentas minggu kelapannya dengan kemenangan yang direbut oleh penyanyi rock veteran Malaysia, Muss yang dikenali daripada kumpulan rock, May. Dengan jumlah kemenangan sebanyak tiga kali daripada lima segmennya, Muss berjaya mengalahkan penyanyi jolokan Ratu Dangdut, Amelina yang hanya memenangi dua segmen dalam minggu ini.

“Terutama sekali, si pemenang ingin mengucapkan terima kasih. Kita berikan juga tepukan kepada yang kalah”, kata Muss yang menghiburkan semua penonton.

Minggu kelapan yakni minggu yang bertemakan ‘Rock VS Dangdut’ menampilkan Ratu Karok dan juga juri tetap program, Mummy Mas Idayu serta Ratu Pop Asia, Ziana Zain sebagai juri jemputan yang akan mengadili kedua-dua artis mingguan dalam menentukan juara.

Memasuki pusingan pertama pertandingan iaitu Superfans, wakil daripada kelab peminat Muss yang bernama Mohd Farid Yunus, 41 tahun, berjaya memukau semua penonton dengan persembahannya yang jelas menggambarkan seorang peminat tegar. Dengan nyanyian lagu ‘Cintamu Mekar Dihati’ oleh kumpulan May, Farid berjaya memenangi pusingan ini dengan mengalahkan wakil daripada kelab peminat Amelina yang bernama Amira Sazlina Ahmad Salehan, 29 tahun dengan nyanyian lagu ‘Semakin Rindu, Semakin Asyik’.

“Daripada awal persembahan, awak memang tidak tengok lirik langsung. Bagus!”, komen Mummy kepada Farid selepas persembahannya.

Pusingan seterusnya iaitu Karok Uji dimulakan dengan persembahan Muss dan peminatnya dengan lagu ‘Fatwa Pujangga’ nyayian asal Said Effendi yang dipilih oleh pihak lawan. Manakala Amelina dan peminatnya pula menyanyikan lagu ‘Siapa Tak Mahu’ oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Walaupun menunjukkan kebolehan yang dianggap sebagai all-rounder oleh Ziana Zain, Amelina masih dikalahkan oleh Muss yang mendapat standing ovation oleh Mummy.

Dalam pusingan ketiga yang dipanggil Kuiz Karok Star, kedua-dua artis mendapat markah yang seri. Lantas, soalan pemecah seri diberikan kepada mereka untuk menentukan pemenang. Dengan jawapan yang tepat oleh wakil peminatnya, Amelina meraih satu kemenangan dalam pusingan ini buat pertama kalinya dalam minggu kelapan.

Pertandingan diteruskan dengan Mikrofon Misteri di mana seorang penyanyi misteri akan diletakkan di sebalik tabir secara rahsia dan artis perlu meneka mereka berdasarkan suara mereka sahaja. Penyanyi di sebalik tabir kumpulan Muss merupakan seorang penyanyi yang dikenali dengan suara modern rocknya, Aweera manakala penyanyi misteri bagi kumpulan Amelina pula ialah penghibur terkemuka negara, Shiha Zikir. Persembahan penyanyi misteri mereka menunjukkan sisi yang berbeza, namun kekal menambat hati para juri.

“Persembahan sebentar tadi penuh dengan tenaga, tetapi persembahan yang ini pula penuh dengan hiburan. Memang karbat!”, komen Mummy kepada persembahan Shiha Zikir dengan lagu ‘Zapin Tujuh Purnama’ oleh Amelina. Namun, tidak dapat mengalahkan kehebatan nada rock tinggi Aweera yang dipuji oleh kedua-dua juri, lantas kemenangan dalam pusingan ini diberikan kepada kumpulan Muss dan penyanyi misterinya.

Penilaian terakhir pertandingan nyanyian ala berkaraoke ini disambung ke segmen Messy Up Star, di mana kedua-dua artis akan bersaing secara persembahan mesh up dengan lagu milik pihak lawan. Persembahan Muss dan Amelina berjaya memukau semua penonton dengan kehebatan masing-masing walaupun berbeza dengan genre mereka. Dengan lagu ‘Dari Kaca Mata’, Amelina menunjukkan sisi-sisi rockers yang belum pernah dilihat oleh peminatnya. Gandingan mereka mendapat sambutan yang sangat meriah daripada para juri dan penonton.

“Karakter yang berbeza oleh mereka. Abang Muss menyanyikan lagu dangdut dengan sangat okay. Saya sangat suka. Amelina pula memang penuh dengan rock. Dua-dua memang karbat!”, kata Mummy yang terpegun melihat gandingan mereka berdua.

“Abang Mus kalau menyanyikan lagu dangdut memang kelihatan gementar, tetapi you can do it in your own style. Amelina pula, you have a hidden talent!” tambah Ziana Zain kepada mereka.

Pusingan terakhir ini menjadi milik Amelina kerana berjaya menunjukkan sisi baharunya kepada semua.  Namun, juara minggu kelapan telah menjadi milik Muss kerana mengumpul jumlah kemenangan yang lebih. Minggu kelapan ini diakhiri dengan persembahan Muss dan mikrofon misterinya, Aweera.

Siapakah yang akan merebut gelaran sebagai juara pada minggu hadapan? Ikuti program pertandingan berkaraoke ‘Karaoke Superstar’ ini di saluran Astro Ria (Saluran 104) pada hari Sabtu, jam 10 malam. Program ini juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Movie Review | The Gray Man (2022)

Sunday, 24 July 2022


Director : Anthony Russo, Joe Russo
Writer :  Joe Russo, Christopher Markus, Stephen McFeely
Cast : Ryan Gosling, Chris Evans, Ana de Armas, Jessica Henwick, Regé-Jean Page, Wagner Moura, Julia Butters, Dhanush, Alfre Woodard, Billy Bob Thornton 
Production Company : AGBO, Roth/Kirschenbaum Films
Distributor : Netflix
Genre : Action / Thriller
Running Time : 129 minutes
Release Date : 22 July 2022
Trailer :


Six (Ryan Gosling) dilatih di bawah Sierra program milik yang dikendalikan oleh pegawai rasmi CIA, Donald Fitzroy (Billy Bob Thornton). Selepas Donald bersara, pegawai baru hantar Six untuk hapuskan suspek target di Bangkok dengan bantuan ejen Dani Miranda (Ana de Armas). Walaupun Six berjaya bunuh target tapi dia dapat maklumat mengenai Denny Carmichael (Regé-Jean Page). Target yang dibunuhnya juga bukan calang orang kerana dia adalah Sierra Four. 

Six yakin maklumat tu sahih sebab tak ada yang tahu tentang program Sierra malah identiti mereka juga tiada dalam pangkalan data. Hanya yang di dalam program Sierra saja tahu mengenai Sierra. Six pilih untuk berhubung kembali dengan Donald untuk minta bantuan sebelum ditangkap oleh CIA. Dani yang dituduh bersubahat dengan Six pula pergi ke Berlin untuk bersihkan nama dia. 


Denny panggil bekas ejen CIA yang kejam dan berhati batu, Lloyd Hansen (Chris Evan) untuk dapatkan kembali data yang ada di tangan Six sebelum maklumat tersebut sampai ke tangan media. Lloyd kerah semua skuad khas untuk tangkap Six dan arahkan Suzanne untuk jaga Donald dengan Claire sebagai tebusan untuk umpan Six. 

Penceritaan The Gray Man bersifat straightforward dan ringkas untuk difahami oleh sesiapa saja. Walaupun tak ada kejutan atau plot twist namun penceritaan dipaparkan dengan bagus oleh lakonan yang mantap oleh barisan pelakon ternama. Chris Evan berjaya buang imej dan persona Captain America yang dilakonkan sejak sedekad lamanya. Dia pun nampak seronok dengan watak antagonis nak pula dia sendiri yang request untuk lakonkan watak Lloyd walhal dia dapat offer sebagai watak Six. 


Tertarik untuk layan The Gray Man arahan Russo Brothers ni gara-gara Dhanush lah. Happy bila tengok watak dia sebagai Lone Wolf digarap dengan menarik dan dapat screentime yang agak banyak dari yang dijangka. Stunt dia pun sharp tapi sayanglah bila naskhah The Gray Man terbawa-bawa dengan tajuk filem sebab beberapa babak aksi terlindung dengan pencahayaan yang malap ataupun kabus dan asap tebal. Drone shot hasil kreativiti Stephen F. Windon dah mantap tapi pencahayaan pula bermasalah sedangkan babak klimaks ada hand-to-hand combat antara Lloyd dengan Six. 

Kali kedua tengok performance Ana de Armas lepas filem Knives Out (2019) dan sama seperti sebelumnya watak Ana menyerlah sebagai ejen Dani. Dinamik Ana sama level dengan Six menambahkan impak pada penceritaan. 


Walaupun filem The Gray Man berkisarkan dunia ejen CIA yang hati keras tapi Russo Brothers tetap tampilkan soft side beberapa watak. Macam babak Six dengan Claire di safe house ataupun watak Lone Wolf yang berpegang dengan prinsip dan ajaran Hindu. 

The Gray Man diadaptasikan dari novel yang mempunyai 10 jilid jadi filem ni merupakan installment pertama. Boleh nampak watak Lone Wolf akan team up dengan Six dan Dani. Russo Brothers pun datang ke Mumbai minggu ni untuk berjumpa dengan beberapa orang ternama di Bollywood. Macam boleh hidu je niat diorang tambah pula percentage audience Netflix agak lemah di India jadi menyelam sambil minum air lah kan?


Hopefully lepas ni Russo Brothers tayang dulu franchise ni di panggung wayang sebelum masuk ke Netflix sebab saying lah action pack movie macam ni tak ditonton di skrin besar. Music score dari Henry Jackman pun hidupkan saspen dan elemen thriller sampai tak senang duduk jadinya. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought + 1 =  9/10