Perpustakaan Anggerik Mokara, Seksyen U5 Shah Alam

Sunday, 3 July 2022


Dah lama dah tahu pasal perpustakaan awam ni tapi tak pernah menyinggah sampai lah 5 tahun duduk dekat Seksyen U5 ni baru rasa nak jejakkan kaki. Itupun sebab adik nak pulangkan buku dekat sini. Sebelum ni baca buku Kanvas sebab adik pinjam dekat sini. Jimat duit tak payah beli haha

Kawasan perpustakaan ni kecil je tersorok sikit di lorong kecil, diapit antara restoran dan surau. First impression bila tengok perpustakaan ni, kemas dan cantik tempatnya sebab semua benda tersusun rapi. Kitorang datang pukul 11 pagi jadi tak ada lah orang sangat. Perpustakaan ni dekat je dengan stesen bas Seksyen U5 jadi senang lah kalau nak datang naik bas pun. Nak tunggu bas je lah azab.


Masuk dalam terus jatuh cinta dengan deko dekat dalam Perpustakaan Anggerik Mokara ni. Deko secantik nama! Keluar dari konsep perpustakaan tu bosan sebab penuh dengan rak buku yang sama. Berbeza betul dekat perpustakaan ni sebab ada pelbagai jenis rak buku dengan design yang unik. Selalu nampak dekat Pinterest rak buku pokok ni tapi kali ni nampak depan mata. Cantik! 


Makin bertambah cantik bila ada mural menarik di bahagian belakang. Kombinasi warna memainkan peranan sangat sebagai tarikan. Kalau spend time membaca dekat sini mesti seronok sebab mata tak penat bila tengok lukisan cantik. Boleh nampak lah Majlis Bandaraya Shah Alam guna konsep hutan atau alam semulajadi sebab kebanyakan warna coklat gelap atau cair dan warna hijau pelbagai tona. 









Walaupun perpurtakaan ni nampak kecil tapi ada banyak buku dekat dalam. Ada pelbagai jenis genre macam bahan bacaan kanak-kanak, ilmu agama, masakan, lifestyle, ilmiah, fiksyen dan banyak lagi. Bahagian fiksyen lah tempat yang utama dan menarik untuk dituju sebab banyak sangat novel dari pelbagai penerbit terkenal. 

Kalau tahu perpustakaan ni ada novel banyak macam ni dah lama jejak ke sini haha tak payah beria pergi beli. Sekarang dah tahu, memang tak lah nak membeli. Novel Bahasa Inggeris pun ada juga dekat sini. Berbaloi lah pinjam dekat sini sebab novel Inggeris kan mahal nak beli. Dah la beli mahal lepastu berhabuk tak baca. I cakap dekat diri sendiri tau. Kalau terasa tu sejenis la kita tu hshshs


Ruang membaca dia tak lah luas tapi kalau buat banyak tempat pun bukannya ramai nak datang terutamanya masa weekdays. Perpustakaan ni pun agak jauh dari sekolah rendah atau menengah tapi dekat dengan kawasan perumahan. Tapi tak buka setiap minggu, hanya minggu kedua dan keempat setiap bulan. 


Di sebelah kiri perpustakaan ni ada ruang dua tingkat tapi bahagian atas belum dibuka. Mungkin baru siap renovate sebab bau cat masih ada lagi. Nampak menarik lah sebab dia ada gelongsor dari tingkat atas turun ke tingkat bawah. Di bahagian bawah tu ada TV untuk tengok animasi mungkin. Ruangan ni lebih khusus kepada kanak-kanak. 




Selain ruang membaca yang selesa, Perpustakaan Anggerik Mokara ada juga sediakan tandas wanita, lelaki dan juga Orang Kurang Upaya (OKU). Kalau nak pergi surau, jalan kaki je pergi surau sebelah perpustakaan ni. Kalau lapar je pergi ke sebelah kiri sebab ada restoran. Last time I pergi not bad lah untuk makan. Bab harga jangan tanya lah musim inflasi ni. 


Dah habis tengok semua ruang, dah puas pilih buku nak dipinjam, maka ke kaunter lah untuk tinggalkan rekod meminjam. Tempoh masa meminjam di Perpustakaan Anggerik Mokara ni selama 3 minggu waktu bekerja tapi boleh kata sebulan juga lah. Lupa nak tanya penalti kalau terlebih had masa berapa banyak diorang charge. Seorang boleh meminjam sebanyak 5 buah buku atau bahan bacaan. 


Ni ambil je dulu, baca tu entah bila ada masa. Yang sebelum ni pun sempat baca sebuah je itupun paksa juga baca sebelum tidur. Sekarang ni tengah cuba wujudkan habit membaca sebelum tidur instead of layan TikTok sebelum tidur. Pedih mata kalau sebelum tidur tengok smartphone. 

Lawatan kitorang tak berhenti dekat kaunter meminjam je sebab dekat bahagian tepi Perpustakaan Anggerik Mokara ni ada taman mini. Kitorang ambil gambar sampai sejam dekat sini sebab cari angle sesuai punya pasal haha



Bila perut dah lapar baru reti berhenti. Kalau tak, entah boleh cecah dua ratus gambar gamaknya. Siapa yang dekat dengan kawasan perpustakaan ni boleh lah datang. By the way, kalau nak pinjam buku kena daftar sebagai ahli sebanyak RM10 :)


Minggu lepas ternampak poster Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat & Hari Denggi Asean 2022 peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Petaling. Nak join sebab ada pemeriksaan kesihatan percuma je. Lagipun tak pernah pergi ke Elmina West walaupun belakang rumah yang tak sampai 15 minit pun. Saja lah nak tengok ada apa dekat acara ni. 

Dekat bahagian depan ni penuh dengan khemah pelbagai agensi macam LUAS, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan banyak lagi lah yang terangkan tentang kewujudan dan peranan mereka dalam negara. 


Masa kitorang datang ni pukul 9 pagi sebab hari Sabtu kan, memang tak lah nak bangun pukul 7 pagi ikut waktu acara ni. Rupanya Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat ni penuh dengan rombongan budak sekolah je. I tak tahu lah acara ni mesra orang luar ataupun tidak sebab tak nampak apa yang menarik pun. 

Dalam poster ada tulis pelbagai aktiviti menarik tapi tak jumpa pun apa yang menarik. Ada booth kempen berjalan kaki 10,000 langkah sehari dengan booth main dart tak silap dekat sebelah dia. Booth mewarna terhad untuk 250 orang terawal tapi untuk budak sekolah je haha. Ada juga booth cenderamata tapi untuk budak sekolah jugak. Van Milo dengan can Nescafe dah balik masa kitorang sampai. So...... boleh dirumuskan acara ni untuk budak sekolah je. 


Memandangkan niat awal tu pergi untuk dapatkan pemeriksaan kesihatan, pergi lah booth dekat bahagian tepi dewan. Dekat booth tu kena isi Google form lepastu ambil ukuran tinggi dan berat badan. Obviously lah overweight tapi masih dalam stage 2 itupun dekat border untuk masuk obesiti berisiko. Lepastu check tekanan darah and it turns out normal. Kadar gula pun normal tapi dekat border dah lah. Masa tu tak breakfast lagi so normal lah. Kalau breakfast sahih kena bebel dengan pegawai kesihatan tu. T.T


Dekat sebelah booth pemeriksaan kesihatan tu ada booth mamogram yang buat kempen tentang kanser payudara. Bahagian depan, betul-betul sebelah dewan ada booth pemeriksaan gigi. I just skipped that sebab baru je jumpa doktor gigi dua minggu sebelum tu. 


Nampak tak ada maskot denggi dekat belakang tu? Tak sempat tengok dia kena bunuh macam mana masa tu. Tahu-tahu orang dah bersorak sakan dah. Ramai sangat dekat dewan tu sampai penuh dekat bahagian tangga. Tapi sepanjang majlis emcee kena request tepuk tangan sebab yang ada tu malas nak participate. 


First time la jejak kaki dekat Elmina Rainforest Knowledge Centre yang terletak di Elmina West. Selain dewan open space yang besar ni, dekat bahagian depan dewan ada Emina Living Collection Nursery. Dekat dalam tu ada banyak anak pokok dari pelbagai jenis. Ada juga pokok yang dah besar untuk relocate dekat tempat yang lebih sesuai. Nampak dari jauh je diorang susun dekat situ sebab tak boleh masuk dalam. Pintu pagar kena kunci. 


Malas nak berlama dekat area dewan tu sebab panas terik. Keluar dari dewan tu ada tasik besar. Tasik ke lembah? Sebab kalau on Instagram pilih location akan keluar Elmina Rainforest Valley. Tapi kawasan ni macam tak siap lagi sebab macam sendu je. Kawasan Elmina West ni pun tak siap construct lagi. Macam sunyi je kalau datang hari biasa. 


Sunyi ke tak, ambil gambar mestilah jadi perkara wajib. Banyak sebenarnya bergambar dekat sini tapi takkan nak letak semua. Dah la muka baru bangun tidur, mata sepet teruk sebab eyebag makin besar. Ada juga food truck dekat acara ni tapi 3 jenis je. Malas nak labur duit untuk benda tak pasti kitorang pergi makan dekat restoran Maghi Raso hihu. 

Movie Review | Bhool Bhulaiyaa 2 (2022)

Saturday, 2 July 2022


Director : Anees Bazmee
Writer : Aakash Kaushik, Farhad Samji (dialogues)
Cast : Tabu, Kartik Aaryan, Kiara Advani, Rajpal Yadav, Rajesh Sharma, SanjayMishra, Mehak Manwani, Milind Gunaji 
Production Company : T-Series Films, Cine1 Studios
Distributor : AA Films
Genre : Horror / Comedy
Running Time : 145 minutes
Release Date : 20 May 2022
Trailer :


First of all, congrats to Bhool Bhulaiyaa 2 for entering Rs200cr club this year and hitting No. 1 globally at Netflix. It’s a huge deal for Bollywood producers and filmmakers because cinema is alive again. 

Movie Bhool Bhulaiyaa 2 bermula dengan upacara mengikat hantu di rumah agam milik keluarga Thakur kerana roh Manjulika menghantui mereka sekeluarga. Manjulika berjanji akan berada di rumah tersebut selagi dendamnya belum dibalas. Keluarga Thakur kemudiannya berpindah keluar dari rumah agam tersebut ke kediaman baru. 


18 tahun kemudiannya, Ruhaan Randhawa (Kartik Aaryan) berjumpa dengan Reet Thakur (Kiara Advani) dalam perjalanan pulang ke Rajashtan. Kerana perangai licik Ruhaan, mereka berdua terselamat dari insiden ngeri kerana bas yang dinaiki jatuh ke dalam gaung. Reet dapat idea supaya berpura mati sehingga tunang dia, Sagar berkahwin dengan adiknya (Mehak Manwani). 

Reet dan Ruhaan bersembunyi di rumah agam lama kerana bagi Reet, kisah Manjulika cuma mitos keluarga. Belum sempat mereka bermalam di situ keluarga Reet datang kerana lampu di rumah usang tersebut menyala terang. Ruhaan terpaksa menyamar sebagai Rooh Baba dan bagitahu roh Reet ingin keluarganya adakan majlis perkahwinan secepatnya. 


Dah tentu lah sepanjang Ruhaan dan keluarga Reet tinggal di sana untuk majlis perkahwinan tersebut, banyak perkara aneh yang berlaku. Manjulika berusaha untuk menyeru sesiapa saja untuk buka pintu yang dikunci dengan jampi oleh tok sami. Dalam masa yang sama, Chhote Pandit (Rajpal Yadav) dan Bade Pandit (Sanjay Mishra) cuba untuk bongkarkan penipuan Ruhaan dengan Reet. 

Walaupun Kartik Aaryan adalah watak utama dalam movie Bhool Bhulaiyaa 2 arahan Anees Bazmee tapi lakonan Tabu lebih menyerlah sama ada sebagai Manjulika mahupun kembarnya Anjulika. Tak lah Kartik Aaryan tenggelam sepenuhnya sebab dia masih lagi mempunyai kelebihan bila comic timing dia tepat dan lawak yang biasa pun tampak menghiburkan. 

Penceritaan Bhool Bhulaiyaa 2 juga agak panjang sampaikan ada babak yang nampak draggy dan tak perlu macam pertelagahan antara Reet dengan Ruhaan. Masa Ruhaan dengan Reet berlari untuk sembunyi dari orang kampung tu macam merepek sebab Reet beria pakai gelang kaki berloceng. Senang lah orang nak dengar kalau macam tu. 


Sama juga dengan babak kelakar dari Bade Pandit sebab lawak dia cuma muncul kerana kelemahan pendengaran. Kalau setiap masa nak guna lawak yang sama pun jadi penat jugak. Babak Manjulika dengan Anjulika bergaduh tu pun nampak lemah sangat walhal dekat awal cerita Manjulika dikurung kerana ilmu hitam yang diamalkan. Watak dia pun psiko dan penuh hasad tapi jadi lemah pula di hujung cerita. Hilang impak yang penulis bina dari awal. 

Visual Bhool Bhulaiyaa 2 pun kurang memuaskan bila terlampau banyak close up shots sedangkan beberapa babak lebih menarik dan menonjolkan elemennya bila menggunakan teknik kamera yang lain. Macam babak Ruhaan terkejut dengan Anjulika lepas mimpikan Manjulika yang cuba menyerang dia. Sama juga dengan babak Manjulika bunuh beberapa watak bila babak tu kurang gerun sebab tak nampak apa yang dia buat. 


Music album Bhool Bhulaiyaa 2 antara kelemahan utama sebab tak menarik dan tak melekat dalam kepala pun macam music album Bhool Bhulaiyaa 1. Jauh beza hasil gubahan lagu Pritam dengan Sandeep Shirodkar bila music album installment pertama masih lagi diulang sehingga kini. 

Lagu romantik Hum Nashe Mein Toh Nahin jadi perhatian pun sebab Arijit Singh. Rengsa juga lah tengok chemistry Kartik dengan Kiara dalam lagu tu. Most of the time Kiara macam space out dan nak cepat balik rumah je. Nasib baik lah Sandeep tebus balik dengan lagu Mere Dholna yang dilakonkan oleh Tabu. 



Nak kata movie Bhool Bhulaiyaa 2 tak menarik tu tak lah walaupun banyak kelemahan di sana sini sebab naskhah ni diadun dalam templat komedi seram jadi jalan cerita tu masih lagi menghiburkan. Mungkin ada beberapa plot yang predictable dan cliché tapi okay je nak layan bersama keluarga di hujung minggu. 

Happy juga lah bila tengok Anees Bazmee letak beberapa homage dan tribute kepada previous installment. Kalau dalam previous installment, penulis ketengahkan mental health, dalam installment baru pula penulis tunjuk isu tok sami tunggang agama. 


Rasanya Anees Bazmee dah boleh cari penulis skrip untuk Bhool Bhulaiya 3 dengan cerita yang baru pula. Nak kekalkan Kartik atau Tabu pun tak apa sebab dua pelakon ni yang naikkan franchise Bhool Bhulaiyaa ke aras yang lebih tinggi. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.6 = 6.5/10

Drama Review | Through the Darkness (2022)


Director : Park Bo-ram
Writer : Seol Yi-na
Cast :  Kim Nam-gil, Jin Seon-kyu, Kim So-jin
Production Company : Studio S
Distributor : SBS
Genre : Crime / Drama
Running Episodes :  episodes
Release Date : 14 January 2022 – 12 March 2022
Trailer : 


Diadaptasikan dari novel Those Who Read Hearts Of Evil karya nukilan Kwon Il-yong dan Go Na-moo yang diterbitkan pada tahun 2018, Through The Darkness mengangkat kisah criminal profiler pertama di Korea Selatan. 

Song Ha-Young (Kim Nam-Gil) mengalami trauma sejak kecil akibat terjatuh dalam tasik dan terjumpa mayat di dalamnya. Trauma tersebut memberi kesan terhadap cara kerjanya sebagai pegawai polis detektif bila dia sentiasa berjumpa dengan keluarga mangsa dan mengambil berat tentang perasaan mereka. 


‘You know what habits are, right? Old habits die hard. And you end up doing these habits before you realize it. No matter how meticulously you plan something, your habits come out like second nature.’ - Yang Yong-Chul (Ko Gu-han)

Cara dia tak digemari dengan pegawai atasan kerana dianggap melambatkan dan mengganggu untuk tutup kes dengan cepat. Tapi sifat dia yang unik dan cekap tu menarik perhatian ketua forensik Gook Young-soo lantas mereka berdua bekerja di jabatan baru – Criminal Behavior Analysis. Jung Woo-joo (Ryeoun) diambil bekerja sebagai penganalisa data untuk membantu mereka di pejabat. 


Menariknya drama Through The Darkness yang diangkat dari kisah benar ni bukan saja menceritakan tentang jenayah yang berlaku malah menceritakan perjalanan jabatan Criminal Behavior Analysis dari jabatan yang dipandang rendah sehingga lah mempunyai kepentingan tersendiri. Kerjasama antara watak-watak utama dan sampingan memainkan peranan juga. 

Boleh nampak bukan mudah nak berdepan dengan penjenayah tambah pula kalau jenis psiko sebab tak ada hati perut belas ihsan langsung. Masa kerat mayat tu tak rasa apa dah. Kalau mental tak kuat boleh hanyut macam Song Ha-Young bila dia tak dengar nasihat ketua untuk tak campur adukkan hal kerja dengan hal peribadi. Maknanya hal kerja jangan bawa balik sambung dekat rumah. Kalau terlampau fokus sangat, mental akan jadi penat sampai hilang kawalan. 


Salute dekat penulis sebab bawa masuk mesej ni dan tunjuk macam mana penjenayah cuba main dengan mental Song Ha-young bila mereka berdua tak ada beza pun. Sebenarnya ada beza sebab tu jiwa dia melawan walaupun mental dah hanyut sebab dia bukan orang jahat. 

Entahlah ada yang faham ke tak apa yang cuba I sampaikan ni. Dia macam kalau you sejenis yang hidup ada sistem tersendiri tapi kena buat sesuatu yang impromptu, main langar je sana sini for sure otak jadi kusut dan serabut. Haa macam tu lah. Dari beberapa episod drama ni I faham apa pentingnya hidup berprinsip sebab pegangan kita tu yang akan pandu hidup terutamanya bila kita tersasar. 


Memandangkan drama ni bergerak dari tahun hujung 90-an hingga tahun 2005, banyak juga props yang digunakan selari dengan peredaran masa. Bila nampak perubahan tum akin terasa lah feel bila menonton. Walaupun letak sekejap tapi tetap meninggalkan impak yang berpanjangan dan tambah momentum dalam penceritaan. 

Rasa nak berterima kasih dengan team Through The Darkness sebab hasilkan naskhah dengan details yang tepat baik dari segi penceritaan, visual, audio dan perasaan sampaikan mesej tu dihantar dengan jelas. Masa tengok drama Chimera (2021) dulu memang marah sangat sebab profiler dikarang dengan lemah sangat walhal profesion ni banyak membantu dari segi ilmu psikologi dan analisa data. 


Isn’t it amazing to know that psycho killers will arise in every 10 years? Berpunca dari kegawatan ekonomi yang mengakibatkan tekanan pada individu dan mewujudkan ketua keluarga yang suka mendera. Dari trauma didera tu wujudlah kes jenayah. Dalam drama Delhi Crime (2019) pun ada bagitau fakta yang sama juga. Rantaian tu dipaparkan dengan cantik dalam drama terbitan Studio S tanpa wujudkan ruang untuk kita pertikaikan langsung. 

‘In the US, heinous criminals who only seek to murder began to surface during their biggest economic change. There’s a report on the correlation. That’s why we must be prepared. Anyhow, Daesung Serial Murder Case was way too shocking for me, so I studied it extensively. After I saw the cases from overseas, I saw that they’re like smart criminals. Their brains are wired only to murder. That’s why their modus operandi and patterns evolve over time.’ - Gook Young-soo


Kalau nak tengok macam mana criminal profiler bekerja dan apa fungsi mereka dalam dunia detektif, you guys wajib layan drama ni. Sebelum tengok drama Through the Darkness ni I dah jumpa watak sebenar bila team The Sixth Sense jemput dia sebagai tetamu jemputan dekat rancangan tu. Watak dia memang sama sangat macam dalam drama ni so mungkin tu salah satu sebab I rasa syok nak layan. 

By the way, dekat Malaysia tak ada criminal profiler tapi kita ada criminal psychologist. Sejauh mana pihak polis detektif bergantung dengan ilmu mereka I sendiri tak pasti. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Sembang Orang Terasa....

Seram bila managing partner panggil masuk bilik mesyuarat lepastu dia tanya ada sesiapa nak confess kesalahan sendiri? Jam otak sebab tak ada buat salah apa pun. I pandang sebelah, dia pun pandang orang sebelah. I pandang orang depan, dia pun pandang orang sebelah. Hmmm lama meeting ni....

Dah semua diam sebab tak tahu nak cakap apa, managing partner pun keluarkan kotak dan metal case letak atas meja. Rupanya dia nak bagi hadiah jam tangan sebagai tanda penghargaan dekat staff yang banyak bantu lawyers dan chambering students. Mehhhh... buat cuak je.

Dia kata ada yang berbeza saiz dan design sebab ini je yang ada dekat store masa tu. Kalau nak berebut atau guna method apa untuk bagi tu terpulang pada semua yang ada dalam bilik tu. Hmmm kalau dah macam tu gaya, terpaksa lah redho sebab dua orang staff baru kat depan dah excited terlebih. Rasa tak syok dengan cara bagi tu dah satu hal dah, nak kena berebut ni bukan style I lah dari kecik. Mak suruh masuk pertandingan rebut gula-gula pun I ambil segenggam lepastu keluar. Kalau I nak I beli sendiri, kalau tak dapat beli then it's not for me lah kan? Why bother gituhhhh

My mom pernah cakap nak tengok sifat orang macam mana, letak dua benda dekat depan dia, tengok dia pilih yang mana. Sama lah dengan situasi ni. Patutnya yang baru masuk tu bagi laluan dekat senior pilih dulu. Dah la baru masuk tapi pelahap nak hadiah terpaling cantik sampai sambar tak pandang kiri kanan dah. Semenjak dua menjak ni memang tak berkenan betul dengan perangai generasi baru ni. Bila kita tegur cakap kita bitter tapi bila tak tegur makin biadap jadinya. Haihhhhh