Movie Review | Habibie & Ainun 3 (2019)

Saturday, 12 December 2020

Pengarah :  Hanung Bramantyo

Penulis Skrip : Ifan Ismail

Pelakon :  Maudy Ayunda, Reza Rahadian, Jefri Nichol, Marcella Zalianty, Arswendy Bening Swara, Jennifer Coppen, Rebecca Klopper, Teuku Ryzki, Eric Febrian, Aghniny Haque

Syarikat Produksi :  MD Pictures

Pengedar :  MD Pictures 

Genre :  Biografi / Drama / Romantik

Durasi Tayangan :  121 minit

Tarikh Tayangan : 19 Disember 2019 (Indonesia), 26 Disember 2019 (Malaysia)

Trailer :

Kalau second installment dalam franchise kisah cinta sejati antara Presiden Ke-3 Indonesia, Pak Bacharuddin Jusuf Habibie dan Ibu Negara Indonesia, Bu Hasri Ainun Besari, installment ketiga pula menceritakan perjalanan Ainun untuk menjadi seorang doktor kelulusan Fakulti Kedoktoran Universiti Indonesia. 

Percanggahan pada jalan cerita bila dalam movie Habibie & Ainun (2012), watak Ainun bercerita kepada Rudy yang dia mahu jadi seorang doktor selepas ibu dia, Sadarmi Besari (Marcella Zalianty) pulang dengan baju yang penuh dengan darah. Sangkanya dicederakan tentera Jepun tapi rupanya ibu dia baru sahaja menyambut kelahiran bayi lelaki. Dari saat itu, Ainun bercita-cita untuk menjadi doktor untuk bantu orang seperti ibu dia. 

Tapi dalam movie Habibie & Ainun 3, ceritanya bertukar kepada ibunya dan Ainun pergi ke rumah orang kampung untuk menyambut kelahiran. Ibunya pula yang bangga dengan Ainun kerana banyak membantu dan berani walaupun di dalam keadaan berbahaya. 

Sama seperti Rudy Habibie (2016), scene Rudy berjumpa dengan Ainun untuk bagitahu dia hodoh dan gemuk seperti gula Jawa dibikin semula dengan perubahan pada pelakon. Kali ni Rudy dilakonkan oleh Reza sendiri. Muka Reza diubah menjadi muda dengan bantuan VFX. Kemas hasilnya. Tapi scene Presiden Soekarno berucap di Jerman, boleh pula ambil sedutan dari movie sebelumnya. Untuk watak Rudy yang tua pula Reza menggunakan khidmat prostetik selama 6 jam. Saling tak tumpah seperti Pak Rudy yang sebenar. 

Sayangnya Pak Rudy tak berkesempatan untuk menonton movie tentang kehidupan kampus Ainun dan sosoknya digambarkan sebagai tonggak keberanian dalam melawan stigma perempuan yang tempatnya hanya di dapur kerana masih ramai yang belum merdeka pemikirannya. Pak Rudy telah pun menghembuskan nafas terakhir pada 11 September 2019, 9 tahun selepas pemergian Bu Ainun pada 22 Mei 2010.  Di bahagian credit scene pengarah Hanung Bramantyo letak beberapa klip asal Pak Bacharuddin Jusuf Habibie dan juga upacara pengebumian yang diiringi oleh rakyat Indonesia. 

Masa dapat tahu Pak Rudy meninggal tahun lepas, rasa sedih juga dengan pemergian permata negara Indonesia ni tapi bila teringat interview yang dia akan dapat bertemu dengan Bu Ainun, rasa gembira saangat impian dia akan tercapai. Lagu Kamu Dan Kenangan ciptaan Melly Goeslaw yang dinyanyikan oleh Maudy Ayunda sendiri menambahkan rasa sayu sebab lirik yang bermakna. Tambah pula Pak Rudy sendiri suka dan menangis bila dengar lagu tu, apatah lagi kita yang membayangkan betapa besarnya cinta dia kepada Ainun. 

Selepas 2 movie di bawah franchise Habibie & Ainun menggunakan khidmat Ipung Rachmat Syaiful, kali ni visual naskhah biografi drama diserahkan kepada Yudi Datau. Shot yang menarik untuk menghidupkan watak Ainun dengan close-up dan aerial view untuk gambarkan keindahan Jakarta. Costume, hairstyle dengan props menghidupkan semua era yang dipaparkan dalam movie ni.

Sedih sebenarnya bila dapat tahu watak Ainun bukan lagi dilakonkan oleh Bunga Citra Lestari sebab dah tengok Habibie & Ainun. Muka Bunga pun lagi seiras dengan Bu Ainun yang asal. Tapi lakonan Maudy Ayunda pun apa kurangnya. Dalam movie ni dia bercinta dengan Ahmad (Jefri Nichol) tapi berpisah kerana prinsip hidup yang berbeza. Ahmad nak keluar dari Indonesia supaya Ainun dan anak-anak boleh hidup dalam surrounding yang positif tapi Ainun pula mahu bangunkan Indonesia dan jadikan tempat yang lebih bagus, sama seperti impian Rudy. 

Tapi scene tu macam tak berapa nak menyentuh perasaan lah sebab kita dah tahu sudahnya Ainun akan pergi ke Jerman lepas berkahwin dengan Rudy. Dia jadi doktor tapi di Jerman, bukan di Indonesia. Kesian Ahmad. Tak lepas mata pandang Jefri Nichol dalam movie ni sebab dia handsome dan protective. Teringat pulak Surat Cinta Untuk Starla sebab watak dia romantik dan puitis. Dalam movie ni macho habis! 


Tak banyak sangat scene Habibie dan Ainun bersama dan dalam movie ketiga ni mereka berdua pernah berjumpa beberapa kali sebelum masing-masing pergi ke universiti. No wonder lah Rudy yakin sangat Ainun akan pilih dia walaupun ramai jejaka lain yang datang mengorat. Movie ketiga di bawah kendalian produser Manoj Punjabi sayangnya rasa tak lengkap, rasa ada yang kurang. Scene Reza dengan Maudy pun nampak awkward. Mungkin Pak Rudy sendiri yang memilih Maundy sebab dia nampak iras Bu Ainun dalam diri Maudy tapi impak Bunga lebih terasa. 

Mungkin tak banyak kisah cinta antara Habibie dan Ainun walhal tajuknya begitu. Sepatutnya letak tajuk Ainun sahaja. Hopefully Manoj Punjabi akan terbitkan banyak lagi movie berkenaan Pak Rudy Habibie dan Bu Ainun sepertimana yang dia pernah bagitahu nak release 10 movie under franchise ni sebab nak tahu sangat kejayaan-kejayaan semasa Indonesia di bawah pemerintahan Pak Rudy dan juga kisah lain antara pasangan cinta ni.  

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8/10

Movie Review | Rudy Habibie (2016)

Friday, 11 December 2020

Pengarah :  Hanung Bramantyo

Penulis Skrip : Gina S. Noer, Hanung Bramantyo

Pelakon :  Reza Rahadian, Chelsea Islan, Dian Nitami, Indah Permatasari, Ernest Prakasa, Boris Bokir, Rey Bong, Cornelio Sunny, Pandji Pragiwaksono, Bastian Bintang Simbolon, Wawan Sofyan, Donny Damara

Genre :  Biografi / Drama

Durasi Tayangan :  142 minit

Tarikh Tayangan : 30 June 2016

Syarikat Produksi :  MD Entertainment

Pengedar :  MD Pictures / Netflix

Trailer :

Movie prequel kepada Habibie & Ainun (2012) ni diadaptasikan dari novel Rudy: Kisah Masa Muda Sang Visioner, karya Gina S. Noer yang mengisahkan tentang perjalanan Pak Bacharuddin Jusuf Habibie semasa belajar engineering di Universiti Teknologi Rhein Westfalen, Aachen, Jerman.

Menampilkan banyak watak baru di kalangan sahabat Rudy (Reza Rahadian) di zaman kampus tambah pula dia menjadi Presiden Pertubuhan Pelajar Indonesia - Peter Manumasa (Pandji Pragiwaksono), Liem Keng Kie (Ernest Prakasa) dan Poltak Hasibuan (Boris Bokir) yang banyak membantu Rudy. 

Ada juga watak-watak sampingan lain terutama dari keluarga Rudy bila di awal movie diceritakan kesusahan rakyat Indonesia ketika penjajahan Jepun dan ketika ekonomi tak menentu. Watak-watak senior di kalangan askar dan melanjutkan pelajaran kerana kecerdasan masing-masing tetapi membuli Rudy dan bercanggah idealism tentang Indonesia. 

“Rudy,kamu harus menjadi mata air,kalau kamu baik pasti di sekitarmu akan baik,tapi kalau kamu kotor pasti disekelilingmu akan mati. Ada banyak sekali orang di muka bumi ini,banyak sekali ragamnya. Jangan sampai kamu lukai mereka, itu intinya’- Alwi Abdul Jalil Habibie

Disuntik semangat untuk berjuang kepada tanah air, Rudy berpegang dengan impian dia sejak kecil untuk mencipta pesawat dan membangunkan Indonesia dan menjadi harimau kepada Asia dan juga Afrika bak kata Presiden Soekarno (Wawan Sofyan). 

Dalam prequel ni baru la faham kenapa Rudy bagitahu Ainun yang dia nak balik ke Indonesia selepas berjaya bina koc keretapi yang bagus di Jerman. Presiden Soekarno yang minta dia untuk pulang bangunkan negara, jangan berlama-lama di negara orang. Tapi kecewa bila Indonesia belum bersedia menerima bakat besar Rudy. 

Dalam kesibukan Rudy belajar engineering dan cuba mencipta aviation industry di Indonesia, dia banyak mendapat inspirasi dan ilham dari kekasih dia, Ilona (Chelsea Islan) yang berasal dari Poland tapi jatuh cinta dengan budaya Indonesia. Tapi kerana cinta Rudy lebih besar dari cinta kepada manusia, maka mereka berdua berpisah. Kalau tak, masakan kita akan tahu tentang kisah cinta sejati Pak Habibie dan Bu Ainun kan? 

‘Faktanya aku cinta Indonesia, Masalahnya aku cinta Indonesia, Solusinya aku cinta Indonesia!’ – Rudy Habibie

Movie Rudy Habibie tidak lagi di bawah sutradara Faozan Rizal tapi mengambil Hanung Bramantyo sebagai pengarah juga penulis yang pernah cemerlang dengan movie Ayat-Ayat Cinta. Penceritaan dan suntingan nampak lebih kemas dengan pelbagai emosi dan konflik dan sarat dengan mesej sosial. Dialog juga memainkan peranan untuk beberapa babak antaranya babak di mana Rudy bercerita dengan ayahnya (Donny Damara) tentang kehidupan atau dengan ibu dia (Dian Nitami) soal kesabaran dan kekuatan ketika gagal. 

Tapi keliru dengan scene di mana Rudy bagitau Ainun hodoh dan gemuk sebenarnya sama dengan scene dalam movie Habibie & Ainun ataupun tidak? Sebab situasinya sama tapi pelakon berbeza. Nak kata isu copyright pun bukan juga sebab producer sama - Manoj Punjabi di bawah terbitan production house MD Pictures. 

 Ipung Rachmat Syaiful bermain dengan kecantikan negara Jerman dan menampilkan lebih banyak lagi panorama yang cantik berbanding Habibie & Ainun. VFX dari Dapur Film Production pun nampak meyakinkan bila digunakan untuk scene penjajahan Jepun. 

Music score dari Tya Subiakto masih menggunakan karya Melly Goeslaw dengan lagu soundtrack utama – Mencari Cinta Sejati nyanyian Cakra Khan dengan lirik yang menggambarkan percintaan Ilona dan Rudy yang tak dapat bersama kerana cinta pada negara tanpa batas. Lagu Mata Air menghidupkan mood bila liriknya menyeru anak bangsa Indonesia untuk berjuang demi negara.

 

Baik Habibie & Ainun, mahupun Rudy Habibie, keduanya mengangkat cinta kepada negara begitu dalam sekali tambahan pula diinspirasikan dari kisah benar Presiden Ketiga Indonesia yang hidupnya dikelilingan dengan ilmu, ilmu dan ilmu. Tak hairan lah kalau movie Rudy Habibie tercalon dalam 10 kategori di Piala Citra. Terbaik!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Habibie & Ainun (2012)

 

Pengarah :  Faozan Rizal

Penulis Skrip :  Ginatri S. Noer, Ifan Adriansyah Ismail

Pelakon :  Reza Rahardian, Bunga Citra Lestari, Tio Pakusadewo, Ratna Riantiarno, Mike Lucock, Vita Mariana

Syarikat Produksi :  MD Pictures

Pengedar :  MD Pictures / Netflix

Genre : Biografi / Romantik / Drama 

Durasi Tayangan :  118 minit

Tarikh Tayangan : 20 Disember 2012

Trailer :

Tahun lepas lagu Cinta Sejati naik balik sebab lagu dendangan Bunga Citra Lestari yang selalu dinyanyikan dan ditujukan kepada mendiang suami dia, Asyraf Sinclair. Tapi lagu berjiwa cinta ciptaan Melly Goeslaw tu sebenarnya soundtrack kepada movie Habibie & Ainun yang diterbitkan oleh MD Pictures pada tahun 2012 arahan Faozan Rizal dalam menyingkap kisah cinta sejati Pak Bacharuddin Jusuf Habibie dan Bu Hasri Ainun Habibie. 

'Saat aku tak lagi di sisimu, ku tunggu kau di keabadian. Cinta kita melukiskan sejarah, mengggelarkan cerita penuh sukacita. Sehinggakan siapa pun insan Tuhan pasti tahu cinta kita sejati.' - Cinta Sejati

Tak kisah lah tengok pada tahun 2012 ataupun 2020, perasaan dan impaknya masih sama. Mungkin kerana diambil dari kisah cinta sebenar dan mungkin juga kerana kekuatan lakonan Reza Rahardian dan Bunga Citra Lestari. Baik dari gaya percakapan, perbuatan atau reaksi lain, Reza lakukan semuanya mirip seperti Pak Habibie. Bukan setakat cinta mereka berdua sahaja yang dipaparkan tetapi rasa cinta kepada negara dan semangat juang untuk bangunkan negara di mata dunia. 

Rudy Habibie (Reza Rahardian) berjumpa pertama kali dengan Ainun (Bunga Citra Lestari) di sekolah menengah bila cikgu mereka bagitahu yang mereka secocok bersama kerana kepintaran yang tinggi. Tapi Rudy bagitahu Ainun hodoh dan gemuk. Selepas habis belajar kos engineering di Jerman dan sembuh dari Tuberculosis, Rudy pulang ke Indonesia dan berjumpa kembali dengan Ainun yang baru sahaja habis belajar dalam bidang perubatan lalu jatuh cinta. Mereka berdua berkahwin dan bina keluarga di Jerman. 

Selepas Rudy berjaya mencipta koc keretapi dengan material besi yang bagus, dia cuba untuk tunaikan impian dan janji dia kepada Ainun untuk mencipta pesawat di Indonesia. Tapi di bawah pemerintahan Soekarno, impian dia dihalang. 10 tahun kemudian, di bawah pemerintahan Soeharto baru dia dipanggil pulang untuk berkhidmat di Kementerian dan bermula perjalanan karier politiknya di saat negara Indonesia sedang bergolak hebat.  

Penceritaan yang mengambil susur masa dari zaman sekolah sehingga ke zaman tua agak lama dan mungkin masa ni team production tak sangka yang movie ni akan dikembangkan menjadi franchise so ada beberapa scene yang tak sempat dikembangkan dengan lebih mendalam lagi seperti scene Rudy menangis di hadapan pesawat dan Ainun sedangkan impian mereka dah tercapai. Kenapa Rudy perlukan Ainun semasa conference. 

Chemistry Reza dengan Bunga yang patut diberi pujian dan perhatian sebab mereka berdua nampak meyakinkan sebagai pasangan kekasih, suami isteri ataupun sebagai teman walaupun perjalanan kisah mereka cliché seperti yang lainnya. Cemburu sangat bila tengok relationship diorang sebab susah dah nak jumpa pasangan yang setia susah dan senang macam ni. Menangis bila tengok scene Rudy terpaksa lepaskan Ainun dengan soundtrack instrumental Cinta Sejati. Sayunya rasa. 

'Aku tidak bisa janji untuk jadi isteri yang baik, tapi aku janji akan selalu mendampingi kamu. Memenuhi janjimu.' - Bu Hasri Ainun Habibie

Sinematografi dari Ipung Rachmat Syaiful juga menghidupkan mood romantis dan babak emosi di antara pasangan sejoli dengan keindahan kota Jerman dan Bandung, Indonesia. Wardrobe dan props yang tepat menggambarkan suasana era 70-an baik di Jerman mahupun di Indonesia. Suka tengok pakaian Bu Ainun sebab kebanyakannya diperbuat dari corak batik Indonesia. Budaya perkahwinan Jawa pun dipertontonkan dengan shot yang cantik. Cuma scene Rudy berjalan dalam salji dengan sepatu rosak dan scene travel ke Jerman pertama kali nampak kurang kemas suntingan VFX. 

Walaupun movie Habibie & Ainun adalah movie debut kepada pengarah Faozan Rizal tapi dia berjaya membawa penulisan Ginatri S. Noer dan Ifan Adriansyah Ismail dengan baik. Bukan setakat di Indonesia tapi kejayaan kisah biografi romantis ni dijulung di Malaysia. One word, inspirational!

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.9, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10