Movie Review | Bhediya (2022)

Saturday, 3 June 2023


Director: Amar Kaushik
Writer: Niren Bhatt
Cast : Varun Dhawan, Kriti Sanon, Abhishek Banerjee, Deepak Dobriyal, Paalin Kabak
Production Companies: Maddock Films, Jio Studios
Distributor: Jio Studios
Genre: Horror / Comedy
Running Time : 156 minutes
Release Date : 25 November 2022
Trailer :


Installment terbaru untuk horror comedy universe kepunyaan Maddock Films membuka kisah Bhediya (Serigala Jadian) yang wujud di bahagian utara India di kawasan Arunachal Pradesh. Bhaskar Sharma (Varun Dhawan) ditugaskan untuk mendapatkan persetujuan kesemua penduduk di kawasan tersebut untuk projek pembinaan lebuh raya. 

Kerana trip tersebut memakan masa berbulan lamanya, dia ajak Janardhan a.k.a JD (Abhishek Banerjee), sepupunya ikut bersama. Di sana mereka berjumpa dengan Jomin (Paalin Kabak) yang juga merupakan kawan baik Bhaskar. 


Bukan sesuatu yang sukar pun untuk Bhaskar yakinkan penduduk kampung di situ kerana dia memilih untuk approach generasi muda yang inginkan kemodenan. Generasi lama pula lebih berpegang kepada amanat generasi sebelumnya untuk menjaga kelestarian hutan.

'They don't even know what this generation wants. You want Netflix, not nature. You want i-Pads, not trees. You want Starbucks, not black-bucks. You prefer Jungle Books over jungle and Tiger Shroff not the real tiger!' – Bhaskar


Kerana projek tersebut Bhaskar digigit oleh serigala jadian di bahagian punggung. Jomin cadangkan supaya Bhaskar dirawat oleh veterinar, Dr. Anika (Kriti Sanon) kerana tak mahu khabar angin virus Yapum menyerang pekerja pembinaan. Luka Bhaskar dalam namun anehnya luka dia sembuh serta-merta. Deria baru dan pendengaran dia juga meningkat. Fizikal badannya pula semakin tegap. Setiap kali bulan mengambang, Bhaskar berubah menjadi Bhediya.

Lepas kecewa dengan spin-off Roohi (2021), tak letak expectation tinggi untuk instalment terbaru dalam universe mitos Maddock Films ni. Surprisingly filem Bhediya menarik untuk ditonton walaupun plotnya ringkas sahaja. Skrip yang kemas ditambah dengan dialog kelakar yang menghiburkan antara kekuatan Bhediya. Bonus lah sebab naskhah arahan Amar Kaushik adalah original story. 


Kalau Stree (2018) mengangkat tema feminism di mana Vicky si tukang jahit ukur badan wanita tanpa menyentuh pun, filem Bhediya pula lebih kepada diskriminasi kaum. Watak JD sentiasa cari peluang untuk ejek Jomin yang berfizikal seperti orang Cina. 

‘JD discriminates against me casually over every little thing! Even you laugh at his jokes. Do you think I don’t feel bad? He’s been pestering me to show him Kung-Fu. Want to see some Kung-Fu? I don’t know any Kung-Fu. For you folks, all of North East is a Shaolin temple and we are Jackie Chan’s and Bruce Lee’s children! When people call us Chinese in our own country, it sounds like cursing words. It really hurts. And JD, if one’s Hindi is weak, it doesn’t make him any less Indian!’- Jomin


Nikita Grover pandai cari pelakon yang sesuai untuk watak Jomin, kelakar bukan saja pada dialog dia tapi juga pada ekspresi. Sama level dengan Abhishek sebab tak terlampau guna ekspresi sampai nampak over. Chemistry antara Kriti Sanon dengan Varun Dhawan tak perlu dipertikaikan lah sebab dah pernah tengok diorang berdua dalam Dilwale (2014) sebelum ni. Comel tengok diorang spend time dalam lagu romantik Aapna Bana Le. 

Masa tengok watak JD macam pelik juga lah kenapa Abhishek Banerjee berlakon lagi dalam filem Bhediya sebab nanti ada crossover dengan kisah Stree 2. Rupanya JD adalah Janaa yang diculik oleh Stree dan penulis explain di hujung cerita Bhediya. Ni bukan spoiler sebab dalam lagu Thumkeshwari, Shraddha Kapoor ada buat kemunculan istimewa. 



Pengarah pun dah umumkan Bhediya 2 (2025) akan ditayangkan selepas Stree 2 (2024) dan kedua-dua filem berkait cuma macam mana perjalanannya tu tak pasti. Pelakon filem Roohi pun akan muncul juga dalam Stree 2 nanti cuma macam mana diorang nak olah watak Vicky dan Bhawra juga menjadi tanda tanya. 

Dalam Bhediya juga, ada babak kelawar yang masuk ke rumah Jomin. Di second half pula Bhediya panggil kelawar untuk bantu dia. Boleh jadi produser bagi hint untuk Vampire? Possible juga kalau Tiger Shroff jadi Vampire sebab Bhaskar menyebut nama dia dekat first half. Kalau ikutkan serigala jadian dengan Vampire tak geng sebab gigitan serigala berbahaya untuk Vampire tapi tak ada masalah untuk bekerjasama. Fakta yang I belajar dari The Vampire Diaries, tak penting tapi wajib tahu. 


Walaupun filem Bhediya menang Best Special Effects dekat Filmfare Awards tapi I lebih seronok tengok hasil VFX dalam filem Brahmastra (2022) sebab penggunaan kesan khas dalam filem ni nampak tak kemas sangat. Ular nak melintas pun pakai vfx padahal boleh guna ular betul untuk nampak natural. Ular dekat atas badan Bhaskar pun sama. Katak melompat pun nak pakai VFX padahal katak melompat je pun dalam babak tu. 

Surprisingly penggunaan VFX masa Bhaskar bertukar menjadi serigala tu tak lah nampak sangat kartun dia macam babak Zafar Chaudhary lawan lembu dalam filem Kalank (2019). Teruk Varun kena bash sebab babak tu. Babak akhir bila Bhaskar seru semangat alam tu pun nampak cantik. Keindahan alam semulajadi di kawasan pergunungan pun terjejas lah dengan penggunaan VFX sebab lagi cantik touch up tone grading saja. Music album Bhediya semuanya mengasyikkan. Apna Bana Le Female version sedap sangat sampai terbuai dengan suara lunak dia. 


Kalau tengok pada prolog filem Bhediya dah boleh nampak siapa Bhediya Alpha yang gigit punggung Bhaskar cuma kita tak dihidangkan sehingga lah pengarah tunjuk pertemuan Beta dengan Alpha. Transition VFX Bhediya Alpha pun terlihat cantik dan mudah, jauh berbeza dengan Bhediya Beta yang menyakitkan. Bila tengok perubahan tu baru tahu siapa yang diceritakan oleh Panda (Deepak Dobriyal). 

Suka tengok serigala jadian dalam filem Bhediya sebab comel macam anjing husky cuma saiz dia tak lah besar sangat macam serigala jadian dalam Teen Wolf ataupun The Vampire Diaries dan Twillight. Comel tengok Bhediya senyum bila Janaa sebut pasal Mithun sebab dia kenyang sangat makan lembu tu. 


Dah selesai layan Bhediya ni semangat balik nak tunggu kemunculan Stree 2 tapi harapnya tak banyak penggunaan VFX lah macam Bhediya ni. Sayang sangat Bhediya terkena tempias Boycott Bollywood sebab filem ni ada potensi kutip pulangan yang lebih tinggi. Kalau kutipan tinggi, produser boleh guna khidmat VFX yang lebih mantap.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.2/10

Director : Anurag Kashyap
Writer : Anurag Kashyap
Cast : Karan Mehta, Alaya F, Amber Arya, Vicky Kaushal
Production Companies: Good Bad Films, Zee Studios 
Distributor: Netflix
Genre: Drama
Running Time : minutes
Release Date : 3 February 2023
Trailer :


‘Once upon a time, a Lover stood on Love’s door. He stood knocking on the door, ringing the bell. A voice rang out, “Who is it?” The Lover said, “it’s me”, but Love didn’t answer. The Lover stood, persistent. The door didn’t open, no voice beckoned. Bereft of hope, he walked out of the alley of Love and reached the bazaar. It was chock-a-block with lovers till his eyes could see. And each of them was drunk in love. But love eluded them. The bazaar offers all forms of relief. Balms and medicine for all grief. Distraction to your heart’s desire! But the Lover was seeking something else. He was a true lover. So he treads up that door again knocking gently. And a voice said, “Who is it?” and this time he said, “It is you. Just you”Because friends, love starts with “you”. What am I? Because “I” is the dead-end of every road, where everything comes to a halt. So it is love when it is you!’- DJ Mohabbat

Naskhah terbaru Anurag Kashyap bertemakan kisah cinta dua dunia berbeza menyingkap dua kisah cinta di dua kawasan yang berbeza. Di Dalhousie, Yakub (Karan Mehta) dan Amrita (Alaya F) melarikan diri bersama ke Goa untuk menghadiri konsert DJ Mohabbat sementara di London, Harmeet (Karan Mehta) dan Ayesha (Alaya F) bertemu di sebuah kelab malam. Penghubung mereka adalah DJ Mohabbat (Vicky Kaushal) yang aktif beri nasihat tentang cinta. 

Filem Almost Pyaar with DJ Mohabbat mempunyai elemen politik dan perbezaan agama dalam kisah Yakub dan Amrita. Perbezaan agama yang menyebabkan keluarga mereka salah sangka dengan tindakan melarikan diri kerana jihad cinta sedangkan mereka berdua cuma nak have fun dekat Goa. Bila sembang pasal tindakan remaja sahih lah pendek akal, tak ada plan, tak ada duit, sembrono saja asalkan dapat apa yang mereka nak. 

Sama juga kisahnya dengan perangai obses Ayesha terhadap Harmeet Singh yang bekerja sebagai DJ di kelab malam. Setiap malam ada saja helah dia untuk masuk ke dunia Harmeet tanpa segan silu. Tapi disebabkan status ayah dia yang kaya, Harmeet disumbat masuk ke dalam penjara. Habis hancur semua usaha keras dia untuk jadi penyanyi. 

Tak pasti lah Anurag malas nak sembang secara mendalam dua masalah besar dalam masyarakat India yang dah berlaku sejak dulu ataupun tak cukup masa. Baik kisah cinta Yakub-Amrita mahupun Harmeet-Ayesha, kedua-duanya diceritakan dengan lemah. Mungkin sebab pemilihan pelakon juga sebab Karan Mehta nampak jelik sebagai Yakub but okayish as Harmeet. Alaya pula ada masa okay, ada masa mehhh. Chemistry pula tak pasti lah perlu ada atau tidak sebab kedua-duanya lebih selesa sebagai kawan. Questionable lah bila kedua-dua pelakon boleh dapat watak double role sedangkan lakonan lemah. 

Kalau boleh pilih, perjalanan kisah Ayesha dengan Harmeet lagi seronok. Macam mana Ayesha nak redeem balik cinta dia dari Harmeet lepas 3 tahun tu yang perlu dijadikan kisah. Asyik cerita pasal jatuh cinta dan kejar cinta, kenapa Anurag Kashyap tak explore pula kisah peluang kedua. Senang sangat Ayesha keluar dari kemelut masalah cinta dia walhal dah rosakkan masa depan lelaki tak berdosa. Jangan kata jatuh cinta, pandang pun tak tup tup masa depan gelap gelita. 

Plot cerita antara kelemahan besar dalam naskhah romantic drama ni sebab tak faham pertalian keempat-empat watak. Tak sama pun macam Love Aaj Kal (2009) atau Love Aaj Kal (2020) sebab dua pasangan ni wujud pada waktu yang sama. Filem ni lebih kurang vibe Kaho Na... Pyar Hai (2000) sebab Raj dengan Rohit wujud pada waktu yang sama tapi berbeza lokasi. Ada babak Yakub berjumpa dengan nenek dan datuk Harmeet tapi description macam tak sama. 

Filem Almost Pyaar with DJ Mohabbat ni ada mixed reviews, ada yang suka dan ada pula yang keliru dan menyampah. Tapi yang pastinya, semua setuju yang Vicky Kaushal cemerlang sebagai DJ Mohabbat. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 = 4.6/10

Movie Review | Bayi Ajaib (2023)


Pengarah: Rako Prijanto
Penulis Skrip: Alim Sudio
Pelakon : Vino G. Bastian, Adipati Dolken, Rayhan Cornelis Vandennoort, Sara Fajira, Desy Ratnasari, Teuku Rifnu Wikana
Syarikat Produksi: Falcon Black 
Pengedar: Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 99 minit
Tarikh Tayangan: 19 Januari 2023 (Indonesia), 23 Mac 2023 (Malaysia, Singapura & Brunei Darussalam)
Trailer :


Filem debut pertama terbitan Falcon Black, naskhah Bayi Ajaib adalah remake kepada filem legenda, Bayi Ajaib (1982) arahan Tindra Rengat. Kisah bermula dengan watak Kosim (Vino G. Bastian), menjadi kaya kerana terjumpa permata di sungai desa Hirupbagja. Kosim menikahi Laras (Sara Fajira) dan menanti cahaya mata yang pertama. 

Namun kerana sikap tamak Dorman (Adipati Dolken) yang mempercayai dirinya keturunan lelaki Portugis yang kejam, dia memberi kehidupan baru kepada Albert Dominique (Willem Bevers). Roh tersebut merasuk jiwa Didi (Rayhan Cornelis Vandennoort) yang lahir pada gerhana bulan. Sejak bayi lagi dia sudah membunuh dan rahsia tersebut diketahui oleh Emak Atik (Dewi Pakis) namun diminta supaya diamkan saja oleh Kosim.

Kosim perlu menjaga hati isterinya malah dia juga sedang bertanding sebagai Ketua Kampung kerana Soleh (Teuku Rifnu Wikana) adalah saingan yang kuat. Dari awal lagi Kosim sudah tahu keupayaan kuasa Didi apatah lagi bila ramai yang meninggal dengan cara yang kejam. Kerana mempunyai musuh yang sama, Dorman mula tawarkan diri untuk membantu Kosim dalam pilihanraya tersebut. 

Excited dan takut sama banyak bila nak tekan butang play di Netflix sebab masa kecik dulu trauma nak pergi tandas gara-gara babak bayi ajaib ni muncul dekat lubang tandas. Ambil masa yang lama juga untuk recover supaya dapat membuang dengan tenang. 

Penceritaan Bayi Ajaib arahan Rako Prijanto mungkin lebih kurang sama dengan yang asalnya sebab niat produser cuma nak filem ni terus diingati sampai bila-bila. Tak mungkin lah nak cari balik filem asal hanya semata nak buat perbandingan. Sama atau tidak tu lantaklah, kita bahaskan saja untuk filem Bayi Ajaib yang baru. 

Watak dalam filem Bayi Ajaib tak banyak jadi tak ambil masa lama pun untuk kita kenal semua watak penting. Walaupun Kosim adalah watak antagonis tapi untuk keluarga, dia adalah idaman. Jadi tak hairanlah kalau Laras turuti saja arahannya. Dalam menurut tu pun kalau Laras nak buat, dia buat juga macam hal ibadah. Kosim tak solat tapi dia tak pernah marah pun Laras solat. Yang dia berbulu bila nampak isteri Soleh rapat dengan Laras. 

Love language Kosim adalah melalui perbuatan bila dia diamkan saja walaupun tak suka macam mana dia buat tak endah bila Laras mengaji ataupun bila Didi membunuh orang. Tapi bila Didi mula cuba bunuh Laras, Kosim tahu dia perlu bertindak. Nak kata dia tak percaya Didi boleh membunuh tu tak juga sebab dia sendiri nampak apa jadi dengan Heti. Nak kata dia tak percaya benda mistik pun tak juga sebab dia dengan mudah bekerjasama dengan Dorman. 

Pengarah tak beri ruang yang banyak pun untuk watak Dorman dan Soleh walaupun watak mereka agak penting juga dalam filem Bayi Ajaib. Dorman cuma muncul bila perlu manakala Soleh terpaksa berebut screentime dengan watak Ustaz Yasa (Derry Oktami) yang cuma watak sampingan, datang ke kampung tersebut untuk menghalang Dorman. Masa Didi serang Soleh tu ingatkan Soleh boleh lawan dengan ayat suci tapi panik sangat gamaknya. 

Penulis tak ceritakan kenapa Albert Dominique nak sangat dapat kehidupan baru, minum darah adalah side effect datang dari neraka manakala membunuh pula kerana dia ingin rahsia dia kekal rahsia. Nak kata dia rindu nak minum darah monyet pun tak juga sebab dia kokak kambing dalam kandang belakang rumah Kosim. 

Bila sembang pasal sinematografi filem seram, dah boleh agak berapa banyak sangat lah penggunaan cahaya untuk babak waktu malam. Filem ni walaupun ganas cara membunuh tu tapi tak seram mana pun. Babak tandas yang ditakuti sangat tu pun tak kick. Muka Albert pun tak seram sebab guna prosthetic makeup dan bantuan CGI. Menyampah juga tengok muka semua penduduk di kampung tu sebab belengas. Muka Laras dan Didi jadi bronze padahal jarang keluar rumah. 

Overall filem remake Bayi Ajaib gagal menghidupkan kembali rasa seram yang pernah menggerunkan satu ketika dulu. Mungkin sebab CGI atau mungkin juga kerana penulisan yang kurang menarik. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 5.8/10

Movie Review | OMG! Oh My Girl (2022)


Director : Thitipong Kerdtongtawee
Writer : Thitipong Kerdtongtawee, Thanaram Prameboon
Cast : Wongravee Nateetorn, Plearnpichaya Komalarajun, Pachara Chirathivat, Siwat Sirichai, Wasu Pluemsakulthai, Michael Pugh, Ploi Horwang, Napassanan Sirindasuphasiri, Panpan Yeeyee
Production Company: GDH 559 
Distributor: Netflix
Genre: Romantic / Comedy
Running Time : 124 minutes
Release Date : 27 October 2022
Trailer :


Berbekalkan tagline Our feelings are never mutual...but why do I want to console her every day? mengisahkan tentang rasa cinta Guy (Wongravee Nateetorn) terhadap rakan sekelasnya, June (Plearnpichaya Komalarajun) sejak di bangku sekolah lagi. 

Silap dia cabar kawan baiknya, Phing (Michael Pugh) cuba mengorat June, tak sangka pula gadis tersebut setuju untuk jalinkan hubungan cinta. Menyesal tak sudah. Walaupun Guy bercinta dengan Patty (Thaenraj Asavalertlak) tapi hati dia tak pernah lekang dari June. Setiap kali June bergaduh dengan Phing, Guy tahu peluang dia akan muncul namun sekejap saja June dengan Phing akan berbaik semula. 


Sebaik saja masuk ke alam mahasiswa, Guy hampir saja mendapat peluang namun Pete (Pachara Chirathivat) terlebih dahulu curi hati June. Hancur punah harapan Guy sebab Pete adalah saingan yang tak akan mampu ditandingi oleh sesiapa pun. Kacak, kaya, berjiwa seni, gentleman, penyanyi, baik, pendek kata perfect. 

‘The right person at the wrong time is the wrong person. Try listening to a podcast or meditate. You might become calmer.’ – Nhoom (Thanavate Siriwattanagul)

Jalan cerita OMG! Oh My Girl arahan Thitipong Kerdtongtawee ringkas saja dan cuma berkisar pada point of view Guy kebanyakan masanya. Tak pasti kenapa Guy suka sangat dengan June, nak kata sebab cantik, Patty pun cantik juga. Nak kata sebab perwatakan yang menarik pun tak juga. Soal cinta tak akan ada perbahasan mudah. Bila hati suka, hati suka. Noktah. 


Dari sekolah menengah membawa ke zaman universiti hingga lah ke alam pekerjaan. Bukan Guy tak pernah cuba lupakan June tapi takdir tetap pertemukan mereka berdua. Dan setiap kali bertemu, setiap kali tu juga June menjadi kekasih orang lain. Filem ni jarang tunjuk dari point of view June jadi tak tahu apa keadaan hati June, apa perasaan dia terhadap Guy. Yang pastinya June senang bila Guy ada bersama. Dekat second half ada lah June bagitahu tapi bukan secara mendalam seperti Guy yang mabuk asmara dari awal lagi. Boleh kata filem ni macam Crazy Little Thing Called Love (2010) tapi fokusnya pada lelaki. 

Kekuatan filem OMG! Oh My Girl ialah pada sinematografinya yang dreamy dan aesthetical pleasing yang diadun enak bersama music score yang soft dan tenang. Dari kisah cinta yang tak berbalas tu, watak Guy berubah seiring waktu yang berjalan. Yang kekal sama ialah impian dia untuk menjadi pengarah dan juga perasaannya terhadap June. Genre kedua filem ni ialah komedi jadi kebanyakan babak diadun mengikut format tersebut. Babak simple pun boleh gelah terbahak macam babak Guy kena kutuk secara berjemaah oleh 3 orang kakak dia bila June jalinkan hubungan dengan Pete. 


Lakonan Wongravee Nateetorn sebagai watak utama tepat menzahirkan keadaan cinta tak berbalas, penyesalan dan patah hati. Lakonan dia berubah mengikut situasi, kalau hati dia rabak, ekspresi dia rabak sangat tapi dalam masa yang sama tetap kelakar. Dapat pula kawan baik yang masuk air macam Tah (Siwat Sirichai). Chemistry Wongravee dengan Plearnpichaya Komalarajun yang buatkan kita terbuai dalam episod cinta Guy dan June. Jalan dalam banjir pun bahagia kalau ditemani orang yang kita suka. 

Walaupun filem OMG! Oh My Girl sempurna dari awal hingga ke separuh akhir filem namun penghujungnya agak kejam untuk Pete. Penulis boleh reka ending yang tak buatkan Guy atau June nampak jahat sebab berpisah cara baik sebab tak serasi wujud dalam kehidupan nyata. Memang lah Guy main lead tapi Pete tak bersalah langsung pun dalam cerita ni. Sedih tengok dia sedih haihhhh go watch it on Netflix guys. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9.2/10

Director: Lee Jae-hoon, Lim Jun-hyuk
Writer : Yoo Young-ah
Cast : Cho Seung-woo, Han Hye-jin, Kim Sung-kyun, Jung Moon-sung
Production Companies: SLL, Hi Ground, Story Forest
Distributors: JTBC, Netflix
Genre : Drama / Comedy
Running Episodes : 12 episodes (60–83 minutes per episode)
Release Date : 4 March – 9 April 2023
Trailer :


Diadaptasikan dari webtoon Sacred Divorce oleh Kang Tae-kyung, drama Divorce Attorney Shin  mengisahkan tentang Shin Sung-han (Cho Seung-Woo) yang bekerja sebagai peguam khusus dalam kes penceraian. 

Drama ini bermula dengan kes penceraian DJ radio terkenal, Lee Seo-jin (Han Hye-jin) yang didera secara mental dan fizikal oleh suaminya namun ramai orang lebih fokus kepada video seks Seo-jin yang tersebar bersama lelaki lain. Malu untuk bersemuka dengan orang ramai, Seo jin berhenti kerja dan minta bantuan Sung-han untuk bercerai dan dapatkan hak penjagaan anaknya. 

Dari kes tersebut nama Shing Sung-han mula dikenali ramai dan anggur dia semakin siap dilorek. Kenapa Shin Sung-han mempunyai lukisan anggur tersebut? Kerana adiknya yang meninggal dunia setelah diceraikan dan kalah hak penjagaan anak lalu meninggal dunia dalam kemalangan. Dari kerjaya sebagai professor piano di German, Shin Sung-han masuk ke dunia guaman untuk membantu anak saudaranya, Seo Gi-yeong (Kim Joon-Eui).

Kalau sembang pasal kes penceraian, macam-macam cerita kita boleh tahu jadi tak hairan lah kalau pejabat Shin Sung-han penuh dengan submission dan dokumen ekshibit. Pejabat dia pun unik sebab berkonsepkan vintage. Bukannya dia tak kaya, berbeza sangat interior rumah dengan pejabat dia tapi memang taste Shin Sung-han macam tu. Puas staff dia pujuk untuk besarkan pejabat supaya ada ruang untuk bertemu dengan klien baru. Maklumlah klien mereka semua akan ceritakan hal peribadi jadi mesti lah perlukan ruang yang selesa dan sesuai. 

Karakter Shing Sun-han yang kelakar antara kekuatan drama Divorce Attorney Shin seronok untuk ditonton walaupun banyak drama sepanjang kendalikan kes klien mahupun kes peribadinya. Shin Sung-han bekerja dengan kawan baiknya, Jang Hyeong-geun (Kim Sung-kyun) dan Jo Jeong-sik (Jung Moon-Sung) mempunyai pejabat berdekatan dengan mereka berdua jadi suasana pejabat tu sentiasa meriah dengan kerenah mereka bertiga. Dapat pula peguam junior, Choi Jun (Han Eun-Sung) yang lebih kurang sama saja perangainya. Kelakar masa Attorney Shin tanya kerani Yu Sae-Bom (Lee Eun-jae) video apa dia layan sebab khusyuk sangat setiap pagi. Free promo untuk Seventeen! 

Syok tengok K-drama yang sesuai dengan umur kita sebab senang sangat nak relate. Love angle antara Hyeong-gum dengan Kim So-yeon (Kang Mal-geum) pun nampak natural walaupun ada babak yang mengada. Dah tak memasal Kim Sung-kyun nampak kacak padahal dalam drama lain dia macam ahjussi taak cukup tidur sebab sememeh je. 

Bila ada kes cerai di usia tua, boleh faham lah yang perkahwinan tu bukan sesuatu yang mudah. Dulu masyarakat bersikap judgemental, nak bercerai pun jadi buah mulut orang sedangkan sengsara yang ditanggung tu tak terkata peritnya. Dekat office pun ada juga jumpa kes cerai macam ni so it’s great to watch something we are familiar with. 

Drama Divorce Attorney Shin arahan Lee Jae-hoon dan Lim Jun-hyuk cuma ada 12 episod sahaja jadi rasa tak puas sebab 4 episod kurang dari kebiasaan. Nak tengok lagi banyak kes cerai dan love angle Attorney Shin sendiri. Sweet bila ada babak Shin dengan Seo-jin sebab masing-masing jenis introvert. Bahasa badan diorang yang conquer suasana tu, macam mana Attorney Shin faham Seo-jin, macam tu juga Seo-jin. 

Nampak macam dreamy juga lah bila Gi-yeong stay dekat rumah Attorney Shin sebab dia bukannya selalu jaga budak kecil pun. Nak juga tengok macam mana dia spend time yang lama berbanding sebelum ni. Rasa macam nak tengok Season 2 sebab drama ni masih ada yang belum dikembangkan sedangkan berpotensi untuk tarik perhatian ramai. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.4/10

Platform yang menawarkan filem-filem eksklusif terus ke pawagam rumah anda, Astro First membariskan deretan filem menarik khas untuk penonton. Lebih menarik, pelbagai genre berbeza serta turut menampilkan antara filem eksklusif yang tidak pernah ditayangkan di mana-mana platform sebelum ini turut ditayangkan di Astro First. 

1. SUMPAHAN SYAITAN

Tarikh: 27 Mei 2023

Genre: Seram Komedi

Pengarah: Roy

Harga Langganan: RM15 untuk 48 jam

Sumpahan Syaitan membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Dato’ AC Mizal, Farid Kamil, Dato’ Jalalludin Hassan, Syaiful Zero, Azlan Komeng, Nynaa Harizal, Saful Apek dan Azlee Senario. 

Filem terbitan D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Sam yang telah diperdaya untuk membuat pelaburan MLM. Kerana ingin cepat kaya, Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco. Apabila Sam menyedari beliau telah di tipu dari pelaburan MLM, Sam membawa keluarganya berjumpa rakannya Malik bagi melarikan diri dari Branco. Malik telah mengarahkan Sam untuk bersembunyi di sebuah hotel lama kepunyaannya. Malangnya, Sam dan warga kerja hotel tersebut dihantui pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut. 

2. KOMBO DI MANA DIDI 

Tarikh: 8 – 21 Jun 2023

Genre: Animasi Muzikal

Pengarah: Akmal Aziz Asmawi | Roshfaizal Ariffin  (Didi & Friends The Movie); Khairul Ammar, Jamal Mohd Arif Kassim, Farhan Suhaimi (Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends)

Harga Langganan:RM19.90 untuk 48 jam

Filem animasi terbaik 2023, Didi & Friends The Movie dan Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends di himpunkan dalam satu kombo dengan harga RM19.90 untuk 48 jam.

Didi & Friends The Movie mengajak penonton untuk mengikuti penggembaraan Didi dan kawan-kawan untuk ke Pulau Legenda. Manakala Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends mempersembahkan lagu-lagu menarik oleh Didi & Friends yang mampu mengajak penonton untuk turut menyanyi bersama. 

3. PULAU

Tarikh: 1 Jun 2023

Genre: Seram Drama 

Pengarah: Euho

Harga Langganan: RM15 untuk 48 jam

Filem seram drama terbitan WebTVAsia, PULAU ditayangkan di Astro First dengan versi antarabangsa. Menampilkan barisan pelakon Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Joey Leong, Sanjna Suri, Sabronzo, Nam Ron Wan Hanafi Su, Harris Annuar dan ramai lagi. 

Mengisahkan tentang percutian sekumpulan anak muda bertukar menjadi mimpi ngeri yang tidak berkesudahan selepas pertaruhan yang kalah memaksa mereka bermalam di sebuah pulau terpencil. Ketika mereka terjumpa sebuah perkampungan terbiar yang misterius di sana, mereka secara tidak sengaja mematahkan mantera lama yang diletakkan untuk menahan semangat antagonis yang terperangkap di pulau itu. Seorang demi seorang diburu padah. 

4. RETURNING HOME

Tarikh: 3 Jun 2023

Genre: Drama,Keluarga, Komedi

Pengarah: Don Hoe

Harga Langganan: RM15 untuk 48 jam

Astro First juga menampilkan filem Mandarin tempatan terbitan Full Billion Entertainment. Barisan pelakon adalah Chen Puie Heng, Ribbon Ooi, Chazynash, Feon Lai, Miau Lim, Stanley Hoe dan Teoh Yumee. 

Filem ini adalah dedikasi buat wira Pertahanan Awam (APM), St John Ambulans (SJAM), Lions Clubs serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Sukarelawan (PBS) yang telah berkorban demi menyelamatkan nyawa orang lain. Namun, di sebalik pengorbanan mereka, ada insan tersayang yang sentiasa menantikan kepulangan wira-wira ini penuh kesabaran. Selamatkah wira-wira ini kembali di pangkuan keluarga?

5. ESCAPE

Tarikh: 3 Jun 2023

Genre: Thriller Aksi  

Pengarah: Ikhwansha Hazer

Harga Langganan: RM15 untuk 48 jam

Dibintangi oleh pelakon Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Zamarul Hisham,Riz Amin, Pablo Amirul, Dato’ Jalaluddin Hassan, Jue Aziz dan merupakan terbitan DMY Creation dan Dreamland.

“…Kita Kena Korbankan Sesuatu Untuk Mendapatkan Sesuatu…”. Seorang lelaki yang mempunyai penyakit amnesia telah dikurung di dalam sebuah bilik misteri kerana dituduh sebagai seorang pengganas. Namun Adam tidak mengingati apa-apa yang berlaku kerana penyakitnya. Adam membuat rancangan untuk  membebaskan dirinya dan mencari dalang di sebalik tragedi yang berlaku. 

6. GUI

Tarikh: 8 Jun 2023

Genre: Seram Komedi  

Pengarah: Asri Bin Tajudin (Baq’u)

Harga Langganan: RM15 untuk 48 jam

Filem di bawah inisiatif Dana Program TV/OTT, kata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), GUI menghimpunkan pelakon terkenal seperti Azad Jasmin, Bell Ngasri, Elly Mazlein, Dato Sri Vida, Aries Kwan, Fauziah Nawi,  David Teo, Radin penyampai radio ERA dan ramai lagi.

Mengisahkan tentang Jeff dan Zainal yang telah mendapat tawaran untuk membuat perkhimatan penghantaran barang dengan nilai upah sebanyak RM20 ribu. Dalam perjalanan, mereka menyedari barang yang dihantar adalah mayat. Namun demi mendapatkan upah yang lumayan, mereka terus menjaga mayat tersebut bagi memastikan ia selamat sampai ke tempat yang telah ditetapkan.  Banyak insiden menyeramkan berlaku sehingga membuatkan Jeff dan Zainal putus asa. 

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Pihak kami terus komited dalam membawakan filem-filem menarik di platform Astro First. Memahami cita rasa penonton yang berbeza, Astro First menampilkan genre pelbagai seperti seram, komedi, drama, thriller serta filem animasi. Kami percaya bahawa penonton di luar sana masih memilih Astro First sebagai platform buat mereka untuk menikmati filem lokal terbaru bersama keluarga tersayang secara beramai-ramai di rumah dalam tempoh 48 jam dengan harga yang berpatutan. Kami akan membawakan deretan filem menarik khusus untuk penonton Astro.”

Saksikan filem-filem tempatan terbaru di Astro First, saluran 480 atau boleh strim di On Demand atau Astro Go. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram Astro First.

Astro Kem Badminton 2023 is BACK!

Astro Kasih continues its commitment towards championing local sports with the return of Astro Kem Badminton 2023. AKB 2023’s main purpose is to give future young shuttlers the golden opportunity to be discovered, trained and nurtured by Malaysia’s own national players turned professional coaches.

AKB 2023 is open to all Malaysians who are between the ages of 10 to 12 years old (born between 1 January 2013 and 31 December 2011, both dates inclusive) in 2023. The Selection Camps are held at five states, which are in Sarawak, Sabah, Johor, Penang and Kuala Lumpur starting from 17th June 2023.

Pre-register now for your chance to be trained by professional coaches and meet national legends. For slots that are full, walk-ins are also welcomed at each venue starting 8am onwards. Register for free now at https://www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton.


Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Cinemas, Polis Evo 3 berjaya mengaut RM 25 juta dalam tempoh 7 hari tayangan rasmi dan 1 hari tayangan awal, sekali gus mengatasi kutipan box office Polis Evo 2 iaitu RM 23 juta dalam tempoh 44 hari. Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta.

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kutipan Polis Evo 3 telah memecah rekod kutipan keseluruhan Polis Evo 2 dalam tempoh satu minggu. Momentum positif ini memperlihatkan prestasi yang lebih pantas. Terima kasih kepada semua yang telah menonton filem Polis Evo 3 di pawagam. Tambah mengujakan, kami turut menerima maklum balas daripada penonton yang telah ulang menonton Polis Evo 3. Kejayaan ini tidak akan terhasil tanpa sokongan anda. Kami akan terus fokus dalam memantapkan aktiviti pemasaran agar filem Polis Evo 3 dapat dinikmati oleh penonton dari pelbagai latar, kerana kami percaya filem ini menepati cita rasa penonton Malaysia.”

Melihat reaksi penonton, pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi watak antagonis bernama Reza, telah menarik perhatian ramai dengan lakonan mantap dan meninggalkan kesan. 











Terdahulu, watak villain Polis Evo bernama Izrail telah mengangkat pelakonnya, Hushairi Husain sebagai pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28, dan pelakon Hasnul Rahmat menerusi watak Saif iaitu karakter villain Polis Evo 2 telah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-30. 

Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 seterusnya 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 8, 9, 10, 11 di Singapura, Johor, Melaka. 14, 15, 16, 17, 18 Jun di Sabah dan Sarawak. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi. 

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw. 

Blog Performance May 2023


Cepat betul waktu berjalan, sekejap je dah masuk bulan Jun, penghujung pertengahan tahun dan juga penghujung suku kedua tahun 2023. Semua okay ke? Musim cuti sekolah ni mesti ramai yang apply cuti. Bulan Mei ada banyak aktiviti sampai tak sempat nak belek blog, weekend ke sana ke sini sampai tak sempat nak update entry. 

1. PV


Kalau bulan April tak mencecah pun 100k sebab ramai yang hold kejap bab lagha, bulan Mei naik lah balik sebab ramai mencari rekomendasi movie dekat Netflix. Dah beraya, berkumpul ramai-ramai mesti nak cari movie apa best nak layan kan? 

Sebab pencarian tu juga, naik lah satu angka juta dekat blog ni. Walaupun lambat sikit dari yang dirancang tapi tak pe lah sebab bukannya I boleh control pun. I did my best already. Dekat awal bulan Mei tu ramai yang mencari sampai mencanak pergi ke 6k tapi jatuh merudum pula dekat tengah bulan terutamanya masa weekdays. Hujung bulan tu dah mula naik sebab ada Movie Review Mrs Chatterjee vs Norway dengan Polis Evo 3. 

2. Posts


Kalau PV naik, of course lah entry dekat Popular Post pun tinggi juga view dia. Paling banyak dah cecah 2k nak bandingkan dengan sebelum ni cuma cecah 1k itupun cukup makan je. Ramai yang tengah baca pasal Hallyu Wave Exhibition sebab tengah panas lagi. Drama Lockwood & Co tu entahlah mungkin sebab baru keluar berita yang series tu takkan disambung. Sedih betul sebab cerita dia seronok nak layan walaupun heroin dia annoying. 

3. Keywords


Dari popular post dah boleh nampak keywords mana yang menjadi carian ramai. Sekarang tengah hot movie baru, Polis Evo 3 jadi tak hairan lah kalau top 3 keywords berkaitan dengan movie tu je. Pulau Movie tu sebab nak masuk Astro First bulan Jun jadi keywords dia naik balik. 

Tengok dekat Popular Post tu entry balai seni negara yang kedua tapi keywords dia tak lah sebanyak polis evo sampai masuk top 10 queries. Berbaloi jugak lah pergi sana jadi yang terpaling awal sebab boleh jadi reference untuk yang baru nak pergi sampai bulan September nanti. 

4. Bilangan Entri


Bulan Mei walaupun meningkat banyak PV tu tapi bilangan entri terpaling sikit antara semua sebab tak sempat nak update sampai 60 entri. Banyak cuti tapi keluar berjalan, malam weekdays pulak overtime sebab banyak cuti. Bila balik dah penat pastu cari katil je. Tengok lah bulan Jun nanti macam mana. Hopefully dapat lah update banyak entri sebab space kepala otak dengan galeri phone dah penuh. 

Kepada yang bercuti, selamat bercuti. Take care di musim panas ni. Makan durian kena minum air banyak supaya tak demam. Byeee~!

Tropical Mango Croffle KFry KLCC Sooooo Worth It!

Tuesday, 30 May 2023


Nak spend voucher KLCC dekat Chinoz in the park sebab ada bruschetta salmon tapi dah tutup pula. Pening tak tahu nak makan apa jadi scroll lah restoran yang available untuk guna voucher. Pelik bila nampak KFry sebab tak pernah tahu ada cawangan dekat sini juga. 

Bila tanya staff KLCC dekat kaunter pertanyaan tu baru tahu KFry tersorok nun jauh di hujung sana. No wonder lah tak pernah nampak. Disebabkan kitorang datang awal, baru jejak kaki dah dapat seat dekat dalam. Kalau dekat OU memang bercinta lah walaupun datang sebelum sign close bertukar open. 

Memandangkan dah bosan makan menu yang sama, kitorang try lah makan menu lain pulak dekat KFry ni. Lagi satu sebab, bumbuk menu special tu dah naik harga ye. I rasa macam nak goreng ayam sendiri lepastu balut dengan cheese. 

Belek menu dia ada beberapa menu baru, macam tahu-tahu je kan? So kitorang pilih HAMBURG STEAK RICE, BULGOGI TATER TOTS, TROPICAL MANGO CROFFLE, PEACH MOJITO ADE, STRAWBERRY MOJITO ADE, SEAFOOD K’SPICY NOODLE.


Seafood Ramyeon tu entah lah kenapa sesat masuk sekali padahal setiap kali pergi KFry mesti order. I tak nak makan ramyeon sebab hari sebelumnya dah makan ramyeon dah. Hari-hari makan ramyeon, kembang jugak tekak. 

Kecewa sebenarnya tengok Hamburg Steak Rice yang sampai tak sama dengan yang dalam menu sebab I happy tengok ada mash potato tapi yang datang ubi kentang sebiji macam tu. Tekstur tak sama walaupun bahan yang sama jadi pengalaman makan pun berbeza lah. I do not recommend this menu sebab tak ada apa yang special pun. Makan nasi dengan daging burger dan kentang. Kuah dia okay lah tapi sebab minyak dari butter tu jadi kembang tekak nak habiskan. 

Sudahnya I makan seafood ramyeon sebab nak bersihkan minyak yang melekat dekat tekak hshshs. 


Menu Tater Tots ni dah lama pun wujud dekat KFry tapi kitorang baru nak cuba sebab kalau makan bumbuk, perut confirm dah tak banyak ruang untuk sumbat menu lain. Tater tots ni selalunya orang buat side dish tapi kitorang buat appetizer lah sebab dia sampai dulu. Tapi memang kena makan awal pun sebab bahagian atas dah penuh dengan mayonis, bawang, daun bawang dan bulgogi. 


Tater Tots ni kentang yang diparut lepastu dibentuk silinder kecil ataupun bebola kemudian digoreng dalam minyak panas sampai warna dia keemasan. Bila makan boleh terasa rangup lapisan luar kentang tu. Makan pulak dengan daging perap yang lembut dan manis tu. Kurangnya bila dia tak pedas so kitorang mintak sos cili tapi still tak syok lah. I rasa lagi sedap kalau daging tu perapan dia pedas. 

Menu ni tak habis makan so kitorang tapau bahagian yang tak kena mayonis. Malam tu makan pun masih sedap lagi lepas reheat dalam air fryer. 


Lepas dah habis makan semua menu tu, baru kitorang request untuk prepare Tropical Mango Croffle. Antara menu baru dekat KFry sebab sekarang Malaysian tengah hype dengan croffle (croissant + waffle). Ada 6 jenis croffle dekat KFry - Tropical Mango, Salted Caramel Biscoff, Chocolate Ganache, Cheese Honey, Very Berry dan Classic. Kalau tak silap ada juga Milo Croffle tapi tak sure lah yang tu menu bermusim ataupun akan kekal ada. 

I pilih Tropical Mango sebab yang ni ada buah. Very Berry pun ada tapi I tak rasa nak makan strawberry sebab kitorang dah order Strawberry Mojito Ade. Dekat croffle tu ada sirap mangga dan kekacang untuk rasa rangup dan manis. I prefer kalau croffle tu dimasak lebih rangup tapi okay je yang ni pun. Tak suka tang whipping cream tu je sebab I tak suka cream. Mangga dia manis, pandai KFry cari buah untuk menu ni. 


For drinks, both are worth to try. Kalau kena pilih antara Strawberry Mojito Ade ataupun Peach Mojito Ade, I pilih peach sebab wangi buah pic. Rasa strawberry tu tak padu sangat bila dibikin mojito ade. Bila makan buah pic dekat dalam tu I rasa buah pic ni sedap buat air je lah daripada dimakan. Anyway, I had a great day here. Thanks to Brian for your hospitality :)

POLIS EVO 3 RAIH RM16 JUTA PADA HARI KE 4 TAYANGAN RASMI: PECAH REKOD MAT KILAU

Monday, 29 May 2023

Selepas 4 hari tayangan rasmi dan tayangan awal (sneak preview) di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura, Polis Evo 3 berjaya mengaut kutipan RM16 juta, sekali gus menjadikan filem arahan Syafiq Yusof ini sebagai filem dengan kutipan paling tinggi pada minggu pembukaan selepas pandemik, termasuk mengatasi filem Mat Kilau. 

Untuk rekod, Mat Kilau berjaya memungut RM12.2 juta selepas 4 hari tayangan. Ini membuktikan filem tempatan masih mendapat sokongan daripada peminat dan menginginkan filem yang berkualiti.

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Alhamdulillah atas kejayaan luar biasa ini dan ia membuktikan penonton kita masih mempercayai filem tempatan serta mahukan filem berkualiti. Jutaan terima kasih kepada semua. Sokongan padu anda menjadi nadi untuk filem Malaysia terus bernafas dan  melangkah setanding naskhah luar negara. Terima kasih kepada rakan penerbit Skop Productions, TGV Pictures, rakan-rakan media serta pihak pawagam yang banyak membantu melakar kejayaan Polis Evo 3.”

“Memandangkan cuti sekolah telah tiba, kami mengharapkan lebih ramai penonton dapat datang menyaksikan filem aksi komedi ini bersama seisi keluarga kerana filem ini memang sesuai untuk hiburan sekeluarga.”

“Hujung minggu lalu kami telah memulakan sesi jelajah di Pantai Timur dan kehadiran kami di sana telah disambut dengan meriah oleh ribuan penonton serta peminat. Ada dalam kalangan penonton yang sanggup datang dari jauh seperti Kota Bahru semata-mata untuk menyaksikan filem ini di pawagam. Nantikan kunjungan kami bersama barisan pelakon Polis Evo 3 di Utara pada hujung minggu ini pula. 

Road tour Polis Evo 3 di Kuala Terengganu

Road tour Polis Evo 3 di Kuantan

Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 seterusnya pada 2 Jun di Seremban; 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 8, 9, 10, 11 di Singapura, Johor, Melaka. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi. 

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 

Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23juta. 

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw. 

Makan Tengahari Di Nan & Co. Ara Damansara, Tak Nak Repeat Dah

Saturday, 27 May 2023


Lepas viral dekat Tik Tok kitorang pun nak jugak merasa masakan chef hotel yang terletak 5 minit saja dari kawasan office. Shaz dah pernah pergi sebelum ni jadi kitorang dah tahu masakan dia sedap. Awalnya nak pergi bulan Syawal tapi disebabkan semua tengah sibuk dengan puasa 6 lepastu open house sini sana terpaksa lah tangguh hajat tu. 

Rabu lepas baru dapat pergi makan dekat Nan & Co. Actually kitorang dah pernah try untuk buat reservation supaya tak perlu berebut tempat atau beratur lama. Datang je terus dapat makan tapi owner kata dia tak ada reservation slot dengan penutup kata 'tak minta untuk viral'. 

Sebab tu Husna dengan Sheera keluar awal untuk beratur dan order dulu, 10 minit sebelum yang lain keluar makan. Kitorang dapat tempat dekat luar, bawah pokok. It's fine by us sebab nama pun makan western dekat warung kan. Hadap je lah. 


Walaupun datang awal, setengah jam juga lah tunggu untuk semua makanan sampai. Sempat lah beli karipap dekat aunty menjual tepi simpang jalan tu untuk alas perut. Air pulak tak ada sebab habis stok. So kitorang memang pergi Nan & Co. untuk makan semata. Stress tapi tak apa, tak cuba tak tahu. 



Chicken Chop Spaghetti
Seafood Aglio Olio

Beef Carbonara

Semua makanan okay je lah sebab nama pun ikut tekak masing-masing kan, but we can say spaghetti dia tak lah masak elok mungkin sebab dia kejar masa memandangkan ramai beratur. Beef carbonara sedap sebab daging lembut dan serap rasa kuah yang creamy. 

Seafood Aglio Olio pun not bad sebab seafood dia guna fresh walaupun harga murah cuma yang tak syoknya, Seafood Aglio Olio Husna tak dapat bahan yang sama dengan I. Sebab nak cepat agaknya, I dapat 6 potongan sotong sementara Husna dapat 1. Okay lah sebab kitorang duduk sebelah sebelah tapi kalau I jenis tak suka berkongsi macam mana? Kalau kata dia masak menu yang sama dalam waktu yang sama tapi kumpulan pelanggan yang berbeza macam mana? 

Chicken Chop Spaghetti set tu okay lah tapi banyak sangat minyak sampai kembang tekak. Sama juga dengan makanan Shaz, Alfredo Pasta dia yang sampai lepas satu jam menunggu tu penuh dengan minyak. Tak menarik di mata, tak sedap juga di tekak. Nak minta tapau sebab order sampai lambat pun jenuh request. 

Mungkin makanan okay je lah kalau pada waktu biasa tapi untuk kitorang, Nan & Co is a no no. Bak kata Ain, tak semua chef hotel masak sedap pun tapi tu lah, yang masak pun bukan chef hotel tu tapi pekerja dia.