FILEM AKSI ‘BANDUAN’ RAIH KUTIPAN PEMBUKAAN RM3 JUTA
Tuesday, 11 November 2025
FILEM AKSI ‘BANDUAN’ RAIH KUTIPAN PEMBUKAAN RM3 JUTA | ‘Banduan Berjaya Tarik Penonton Pelbagai Latar Belakang ‘
11 November 2025, Kuala Lumpur – Filem aksi BANDUAN yang diadaptasi daripada filem box office India, Kaithi, telah meraih kutipan pembukaan RM3 juta di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.
Kejayaan ini membuktikan bahawa versi bikin semula ini bukan sekadar diterima baik oleh penonton, malah berjaya memberikan penghormatan kepada karya asalnya yang menjadi fenomena di India pada tahun 2019.
Rata-rata penonton yang telah menyaksikan Banduan di pawagam berkongsi komen positif di platform media sosial dengan memuji jalan cerita, mutu produksi serta lakonan mantap para pelakon. Antara komen penonton:
- “Semalam aku layan Banduan remake kepada filem Kaithi. Apa yang aku boleh cakap orang kita kalau kena dengan story yang betul, kita sama je power dengan negara luar. Syabas semua team Banduan. Pelakon semua hebat, sinematografi cun, humor on point.” - @NipisSkywalker
- “Selesai layan filem #Banduan. Kita bagi 11/10 sebab terlalu padu!! 2 jam 7 minit tak rasa lama pun. Dato' Aaron Aziz memang power habis dalam filem ni!” - @wanfakhrul23
- “Done tonton filem Banduan..overall rating 9/10..ada suspens and unexpected untuk setiap scene..watak-watak setiap pelakon membuatkan saya sebagai penonton akan tertanya-tanya..Dali watak hero yang sangat berkesan..watak Koboi tu menceriakan suasana yang serius, paling tak sangka cameo dalam filem sangat wow yang saya boleh bagi..”- @ misszfarah05
Penerbit Eksekutif Filem Banduan, Kalyana Devan berkata, “Kami amat bersyukur dan terharu melihat sambutan positif terhadap Banduan dan bagaimana filem ini berjaya menyatukan penonton daripada pelbagai latar budaya dan bangsa. Penerimaan positif ini membuktikan bahawa filem remake tamil pertama ke versi Bahasa Melayu ini berjaya menggabungkan kekuatan penceritaan filem Tamil yang penuh emosi dengan aksi yang membawa cita rasa tempatan. Terima kasih kepada semua yang telah menonton di pawagam dan bagi yang belum menonton, kami menyeru untuk saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda.”
BANDUAN mengajak penonton menyelami detik penuh adrenalin menerusi kisah Dali, seorang bekas banduan yang baru dibebaskan selepas 10 tahun, dengan satu hasrat bertemu anak perempuannya buat pertama kali. Namun, perjalanan itu berubah apabila dia secara tidak sengaja terperangkap dalam misi berbahaya bersama Inspektor Johari, untuk menyelamatkan sekumpulan anggota polis yang diracun serta pasukan polis yang dijadikan tebusan oleh kumpulan samseng yang ingin membalas dendam.
Filem ini diarahkan oleh Kroll Azry dan diterbitkan oleh Number Twenty One Media dengan kerjasama Dream Warrior Pictures, serta melibatkan kerjasama daripada Astro Shaw yang bertindak sebagai rakan pemasaran dan pengedaran.
Saksikan lakonan hebat Dato Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Dato Afdlin Shauki, Fadhli Masoot, Amir Nafis, Abi Madyan, dan ramai lagi di pawagam seluruh tanah air. Banduan turut ditayangkan kini di Kanada, Amerika Syarikat, Brunei, manakala di Singapura bermula 13 November ini.









.png)
.png)
.png)
.png)

