Suria KLCC baru-baru ini menutup tirai acara “Picnic in the Park” yang amat dinantikan; kini kembali dengan format baharu yang lebih meriah sebagai sebuah festival berskala penuh berlatarbelakangkan taman ikonik KLCC Park dan Esplanade KLCC.

Berlangsung dari 4 hingga 6 Julai, acara luar selama tiga hari ini menggabungkan keindahan menjamu selera secara al-fresco dan pengalaman gaya hidup tersendiri dalam suasana yang penuh warna dan interaktif. Memasuki tahun ketiga penganjurannya, kempen tanda aras ini mencapai tahap baharu dengan dekorasi moden rustik, “Glam Bar” untuk sentuhan gaya festival, serta van retro combi yang berfungsi sebagai stesen snek dan lokasi bergambar Instagram-worthy.


Akses ke festival ini dikhaskan kepada pembeli Suria KLCC yang berbelanja RM3,000 dan ke atas dalam dua resit bertarikh antara 13 hingga 29 Jun. Setiap pembeli layak menerima penyertaan picnic eksklusif untuk empat orang, bersama baucar e-F&B bernilai RM80 untuk dinikmati semasa festival.

Dari jam 4 petang hingga 9 malam setiap hari, seramai 75 kumpulan diraikan dengan pengalaman unik yang sukar didapati di tempat lain, berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas dan pancuran Lake Symphony, dari waktu senja hingga malam.



Esplanade KLCC diubah suai menjadi lokasi festival terbuka yang mempesona, dihiasi kanopi lut sinar dan kehijauan semula jadi. Semasa pendaftaran, para tetamu menerima bakul picnic yang dikurasi khas dan kad panduan perjalanan. Pengalaman bermula di stesen Glam Bar dengan aktiviti solekan dan aksesori manik buatan tangan, diikuti dengan bar DIY minuman, sudut rasa kopi, photobooth cetakan tanpa had, dan pelbagai lagi.


Sementara itu, di KLCC Park, tetamu bersantai dalam suasana santai bertemakan bumi di bawah khemah tipi, sambil menyertai bengkel interaktif seperti peribadikan beg tote dan permainan belon gergasi. Hidangan enak disajikan oleh Imperial Chakri Palace, TGI Fridays, Sakana, All About Chew, Eight Ounce Coffee Co, dan Gong Cha. Tetamu juga menerima pelbagai ‘goodies’ daripada Toys “R” Us, Remax, Kiehl’s, MAC, dan HOKA.


Kemuncak festival adalah struktur macramé setinggi 10 kaki dan pentas persembahan di KLCC Park Hill, yang menampilkan persembahan secara langsung oleh Orkestra Filharmonik Malaysia, pemuzik dan kumpulan ‘buskers’. Setiap malam diakhiri dengan pemandangan menakjubkan Persembahan Air Pancut Lake Symphony sebagai penutup sempurna kepada pengalaman penuh magis.

Pelbagai lokasi bergambar seperti van combi vintaj, kerusi buaian rotan, dan struktur macramé yang menawan memastikan setiap tetamu pulang dengan kenangan bergambar yang penuh gaya dan sesuai untuk dikongsi di media sosial.



“Di Suria KLCC, kami percaya dalam mencipta pengalaman yang melangkaui aktiviti membeli-belah. ‘Picnic in the Park’ merupakan cara kami menghargai para pembeli dengan menawarkan sesuatu yang benar-benar istimewa: satu pengalaman yang dikurasi rapi di tengah-tengah kota,” kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, sila layari  www.suriaklcc.com.my dan www.facebook.com/SuriaKLCCMall

Lebih 400 pelajar Diploma dan Ijazah dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), UiTM Puncak Perdana berpeluang menyelami dunia Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) menerusi sesi perkongsian eksklusif bersama Nazmi Yatim, Pengarah Bersama EATM2 merangkap Ketua Pegawai Kreatif WAU Animation.

Daripada perkongsian tentang tips animasi, cerita di sebalik tabir, hinggalah kisah real menghasilkan filem animasi yang makan masa bertahun! Sesi penuh inspirasi ini bukan sekadar menyentuh aspek kreatif, malah turut membuka ruang dialog dua hala, memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya terus kepada pencipta Ejen Ali dan memahami cabaran sebenar dalam industri animasi tempatan.

Lagi gempak, bila Ejen Ali dan Ejen Alicia juga turut sama turun padang! Kampus terus havoc dengan high-five dan sesi selfie bersama dua ikon MATA yang sporting habis ini. Pelajar-pelajar yang hadir turut memeriahkan acara dengan sesi autograf spontan bersama Nazmi Yatim dan berkongsi lukisan fan art istimewa yang mereka hasilkan khas untuk Ejen Ali. Memang power skil seni bakat-bakat muda ini; menjadikan sesi ini satu pengalaman manis yang pasti dikenang!

Siri jelajah Ejen Ali: Campus Edition akan dilanjutkan ke beberapa institusi pendidikan tinggi lain, iaitu Sunway University, Bandar Sunway; Universiti Poly-Tech Malaysia, Kuala Lumpur; dan University of Wollongong Malaysia, Shah Alam dari 8 hingga 14 Julai ini. Edisi seterusnya bakal menampilkan Shafiq Isa, Pengarah Suara di sebalik tabir EATM2, yang juga menyuarakan watak Ejen Bakar dan Ejen Ganz dalam filem ini. Program behind the scenes EATM2 ini sememangnya menarik, dirangka khas untuk memberi inspirasi dan menggalakkan pembangunan kemahiran dalam kalangan pengkarya muda kreatif masa depan.

Terima kasih Ejen-Ejen yang setia menjalani misi, jom ke pawagam hujung minggu ini dan bantu Ejen Ali & Ejen Alicia capai sasaran seterusnya.

🔥 Misi masih aktif — unlock fasa seterusnya dan terus menyokong EATM2 di pawagam sekarang!

#ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #letsplay #AniMY #sapotlokal #SaluteAnimatorTempatan 

Tak dinafikan, watak Rizwan dalam Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) merupakan antara karakter yang paling mencuri perhatian penonton, bukan sahaja kerana skil pertarungannya yang mantap, tetapi juga kerana rupa dan suara garaunya yang cukup ‘cool’. Di sebalik watak ini berdirilah figura pelakon suara yang cukup berpengalaman, Azman Zulkiply.

Baru-baru ini, Azman berkongsi pengalaman di sebalik tabir rakaman suara Rizwan, khususnya bagi babak klimaks pertarungan antara Rizwan dan antagonis utama. Dalam satu video yang dimuat naik ke media sosial, Azman memperlihatkan proses rakaman yang dipanggil effort sounds iaitu bunyi-bunyian non-verbal seperti helaan nafas, jeritan, keluhan, ketawa, tangisan dan sebagainya yang memberikan nyawa kepada sesuatu adegan.

Penonton dapat melihat sendiri cara Azman menyusun dan merancang set bunyi bagi satu babak, bermula dengan “breath, launch, attack, thrown, landing to recover” sebelum memulakan rakaman. “Video-video diberikan kepada saya supaya saya dapat samakan pergerakan watak dengan suara saya,” jelas Azman.

Setiap dialog atau bunyi biasanya dirakam dalam tiga hingga empat versi agar pengarah suara mempunyai pilihan terbaik untuk digunakan dalam suntingan akhir. Walaupun kedengaran menyeronokkan, proses ini memerlukan ketahanan fizikal dan tumpuan tinggi, terutamanya apabila melibatkan adegan pertarungan yang panjang atau penuh dengan jeritan.

“Saya sangat suka buat effort sounds sebab proses ni sangat luas dari segi kreativiti, dan macam-macam jenis bunyi kita boleh teroka,” tambahnya.

Satu Suara, Tiga Bangsa

Menariknya, Rizwan bukanlah satu-satunya watak yang disuarakan oleh Azman dalam EATM2. Beliau turut memegang watak General Rama dan Viktor, masing-masing mewakili tiga latar kaum berbeza iaitu Melayu, Cina dan India. Tentunya bukan mudah untuk menghidupkan watak dengan gaya pertuturan dan loghat yang berbeza, namun Azman memiliki kelebihan tersendiri.

“Masa sekolah dulu, saya ramai kawan dari pelbagai kaum. Dari situ saya didedahkan dengan cara mereka bercakap dan intonasi mereka. Jadi bila perlu bawa loghat-loghat etnik untuk watak saya, ia agak mudah sebab saya dah biasa dengar sejak kecil.”

Lebih membanggakan, Azman telah menyuarakan ketiga-tiga watak ini hampir sedekad, merangkumi lebih separuh daripada kerjaya beliau dalam dunia lakonan suara. Tidak hairanlah beliau mampu menyelami setiap karakter dengan mendalam dan memberikan sentuhan yang unik untuk masing-masing.

Cabaran Terbesar: Sisi Lembut Seorang General
Apabila ditanya tentang babak paling mencabar sepanjang penglibatannya dalam EATM2, Azman menyebut adegan terakhir melibatkan General Rama, watak yang cukup dikenali dengan ketegasan dan suara lantangnya.

“Bagi saya, scene paling susah adalah yang terakhir sekali, masa General Rama tunjukkan sifat kebapaannya kepada Alicia. Sepanjang francais ni, kita jarang nampak sisi dia yang vulnerable. Jadi bila dia perlu tonjolkan sisi lembut sebagai seorang bapa yang penyayang, ia sangat mencabar, terutama bila penonton dah biasa dengan karakternya yang selalu garang, tegas dan menjerit.”

Misi masih aktif – unlock fasa seterusnya dan terus sokong EATM2 di pawagam hujung minggu ini!

#ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #AniMY

  • Daripada Pengarah filem pemenang anugerah, Jin Ong selaku Penerbit Eksekutif 
  • Membariskan pelakon Malaysia (Amir Ahnaf, Khir Rahman, Farah Ahmad) & Taiwan (Lee Lee-Zen, Tang Yung-Hsu)
  • ‘Sayang’ adalah filem Malaysia pertama oleh pengarah dari Taiwan, Tang Hsiang-Chu

Filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Taiwan iaitu  ‘Sayang’ baru sahaja menamatkan sesi penggambaran dan kini bersedia memasuki fasa pasca produksi. Filem yang dijadualkan menemui peminat pada tahun 2026 ini merupakan hasil arahan pemenang Anugerah Dokumentari Terbaik di Golden Horse Awards ke-39, Tang Hsiang-Chu, dan ini menyaksikan kali pertama pengarah dari Taiwan ini mengarahkan filem cereka.  


Projek ini melibatkan kerjasama antara syarikat produksi besar dari Malaysia dan Taiwan, termasuk Taiwan Creative Content Agency (TAICCA), Taipei Film Commission, Applause Entertainment Pvt. Ltd (Taiwan), Astro Shaw, Infinitus Entertainment, Hollymotion Venture, serta termasuklah pelabur persendirian seperti Vincent Ng Kok Yung, Desmond Ling Howe Ung, dan Yap Choon Kong. Filem ini turut diterbitkan bersama oleh More Entertainment Sdn. Bhd. (Malaysia) dan IS Entertainment CO., LTD. (Taiwan), dengan penerbit eksekutif Yeh Ju-Feng (Taiwan) dan Jin Ong, serta penerbit Nicole Teoh.

Sayang menghimpunkan lebih 100 tenaga produksi dan pelakon berbakat dari Malaysia, Taiwan, dan India. Antara pelakon yang terlibat ialah bintang dari Malaysia, Amir Ahnaf, Farah Ahmad, Khir Rahman, Mhia Farhana, Ong Ai Leng, Johnathan Lee, Tan Li Yang, Jo Kukathas dan Nandagopall serta pelakon Taiwan seperti Lee Lee-Zen dan bintang muda Taiwan, Tang Yung-Hsu

 

Filem ini memaparkan kisah tiga orang remaja dari latar belakang berbeza yang membesar di daerah Pantai Timur Malaysia iaitu Kelantan dan Terengganu. Penggambaran bermula pada bulan April lalu selama 40 hari di lokasi-lokasi sekitar Pantai Timur. 

Penerbit Eksekutif Jin Ong berkongsi tentang cabaran produksi yang dihadapi kerana kekurangan pengetahuan tentang geografi dan budaya setempat, namun rasa amat teruja kerana dapat mengetengahkan wajah Malaysia yang jarang ditampilkan di layar perak.


Skrip filem SAYANG telah mendapat pengiktirafan di  Excellent Screenplay Awards ke-44 [Kategori Khas] Anugerah Skrip Cemerlang ke-44 (Kategori Khas) daripada Biro Pembangunan Industri Audiovisual dan Muzik, Kementerian Kebudayaan Taiwan dan turut terpilih dalam Golden Horse Film Project Promotion (FPP) 2022. Proses praproduksi bagi filem ini mengambil tempoh lebih tiga tahun sebelum penggambaran dimulakan.

Pengarah Tang, yang memenangi Anugerah Dokumentari Terbaik di Golden Horse Awards ke-39 menerusi filem ‘How High Is the Mountain’, pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia pada tahun 2000 semasa terlibat dalam filem ‘Summer Holiday’ sebagai juruteknik bunyi. Selepas itu, beliau kembali ke Malaysia lebih daripada 12 kali untuk kerja-kerja produksi lain dan kagum dengan Malaysia  yang mempunyai pelbagai kaum dan agama hidup dalam harmoni. Sebagai penggemar sejarah, budaya, dan kisah migrasi Malaysia, Tang menyifatkan negara ini sebagai kaya dengan khazanah seni untuk dokumentari, filem, novel, dan seni.


Inspirasi filem ini tercetus sewaktu beliau bekerja di Pantai Timur beberapa tahun dahulu, di mana beliau menyaksikan momen harmoni antara tiga kaum utama. Skripnya mula ditulis 13 tahun lalu, namun mula direalisasikan hanya pada tahun 2021, selepas bertemu penerbit Nicole Teoh. 

“Sayang bermaksud cinta, kasih sayang, dan kelembutan dalam Bahasa Melayu. Ada rakan mengatakan filem ini seperti surat cinta kepada Malaysia. Ada juga yang menyamakan semangat filem ini hampir dengan karya Allahyarham Yasmin Ahmad. Namun begitu, saya tidak berani menyamakan diri dengan karya-karya hebat Yasmin Ahmad. Subjek utama filem ini bertujuan membina kefahaman antara budaya.” – Director Tang Hsiang-Chu.

Jin Ong, yang terkenal dengan filem ‘Abang Adik’ kali ini bertindak sebagai Penerbit Eksekutif dalam filem Sayang. Beliau terinspirasi dengan skrip filem ini ketika di acara Golden Horse FPP 2022 dan bertekad membawa karya ini ke layar. Walaupun berdepan dengan kos produksi yang tinggi dan cabaran logistik, Jin menemui ketenangan dalam pemandangan indah sepanjang perjalanannya ke Pantai Timur, di mana ‘segala kesukaran terasa lebih ringan.’ Jin Ong berharap Sayang mampu membuka mata dunia kepada keindahan Pantai Timur kerana ia adalah permata tersembunyi.  

Sementara itu, pemasaran dan pengedaran filem ini di Malaysia akan digalas sepenuhnya oleh penerbit terkemuka Malaysia, Astro Shaw. Mewakili Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad iaitu Ketua Astro Shaw menyatakan, “Kami amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada projek ini kerana kami percaya pada Jin Ong dan visinya dalam mengangkat cerita-cerita Malaysia yang jujur, menyentuh perasaan dan mewakili jiwa masyarakat kita. Bagi kami, filem Sayang adalah lebih daripada sekadar filem kerana ia adalah cermin kepada budaya, bahasa dan semangat perpaduan yang menjadi nadi kekuatan negara ini. Dengan kerjasama antara produksi Malaysia dan Taiwan telah membuka ruang kepada pertukaran idea kreatif, dan menjadikan cerita ini lebih berlapis serta bermakna, di mana ia bukan sahaja untuk penonton lokal, tetapi juga untuk penonton luar.”


Penerbit Nicole Teoh mengakui bahawa cabaran terbesar dalam menghasilkan Sayang adalah sifatnya yang berbilang bahasa, budaya, dan agama. Gabungan pelakon dan kru dari pelbagai latar belakang memerlukan penelitian yang rapi agar setiap elemen budaya disampaikan secara autentik dan dengan penuh hormat. Kunci kejayaan produksi ini terletak pada keterbukaan dan komunikasi yang berterusan di antara semua yang terlibat di set. 

Ketua Pegawai Eksekutif More Entertainment, Patrick So, berkongsi bahawa Jin Ong telah meyakinkannya bahawa filem Sayang adalah sebuah filem untuk semua rakyat Malaysia. Menonton video teaser selama 7 minit membuatkan beliau tersentuh dan percaya filem ini mampu menyentuh hati penonton.

Tang Yung-Hsu, calon Pelakon Baharu Terbaik Anugerah Golden Horse, hadir ke Malaysia buat pertama kali untuk Sayang dan telah melalui pelbagai pengalaman baharu seperti mempelajari bahasa isyarat hingga berenang dan bermain gendang. Membawakan watak San San, seorang guru bahasa isyarat, Tang mengakui ia amat mencabar. Beliau turut menekankan perbezaan antara bahasa isyarat Taiwan dan Malaysia yang menambah cabaran lakonannya, namun memuji pasukan produksi atas bimbingan mereka. Selain itu lawatannya ke komuniti orang kelainan upaya, serta kuil tempatan membantu Tang memahami dunia San San dan menghidupkan wataknya. Malah pengalaman mengenali budaya lain telah membuatkan beliau jatuh cinta dengan makanan tempatan seperti lauk kari, nasi lemak dan nasi kerabu.

Tang juga amat terharu dapat berlakon sebagai anak kepada pelakon veteran Lee Lee-Zen, yang memberi sokongan dan pujian terhadap lakonannya sejak bekerjasama dalam filem ‘Salli’ sebelum ini. “Saya terkejut apabila seorang pelakon senior mengenali saya. Beliau sering menenangkan saya semasa adegan emosional. Dia benar-benar ambil berat seperti seorang ayah.”


Lee Lee-Zen membawakan watak penjaga sebuah kuil Cina kecil di tepi laut bersama isteri lakonannya, Ong Ai Leng. Walaupun terpaksa berulang-alik antara Malaysia dan Taiwan sebanyak tiga kali sebulan, namun, beliau tetap bersyukur dapat merasai pengalaman berharga tinggal bersama penduduk tempatan di Kelantan dan Terengganu, serta menikmati makanan tradisional. “Produksi ini menghimpunkan kaum Melayu, India, dan Cina. Kami kebanyakannya berkomunikasi dengan bahasa Inggeris, tetapi hasil kerjasama membuahkan hasil dalam matlamat yang sama. Ia pengalaman berbilang budaya yang benar-benar istimewa,” katanya.

Sayang turut menampilkan bakat antarabangsa terkenal, termasuk sinematografer dari India, Kartik Vijay (‘The Garden of Evening Mists’, ‘Abang Adik’) yang menerima pencalonan Anugerah Golden Horse untuk Sinematografi Terbaik. Manakala pereka bunyi tersohor Tu Duu-Chih mengetuai reka bentuk bunyi filem ini, dan kesan visual diketuai oleh Tomi-Kuo, pemenang Anugerah Golden Horse untuk ‘Detention’ dan ‘My Missing Valentine’.

Reka bentuk kostum pula dikendalikan oleh Elaine Ng, yang turut pernah dicalonkan terdahulu dalam kategori Reka Bentuk Kostum Terbaik di Anugerah Golden Horse menerusi ‘Abang Adi’k. Reka bentuk produksi diketuai oleh Soon Yong Chow dan pengarah muziknya ialah RYOTA Katayama, yang sebelum ini pernah menerima pengiktirafan di Anugerah Golden Horse dan Anugerah Golden Melody.

Nantikan filem ini yang akan menemui penonton pada tahun 2026.

‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’ TONJOLKAN SISI LUCU DAN KISAH RUMAH TANGGA PENUH MAKNA!

Wednesday, 2 July 2025

GELAGAT JANNA NICK DAN DINI BAKAL MENCUIT HATI PENONTON! | ‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’ TONJOLKAN SISI LUCU DAN KISAH RUMAH TANGGA PENUH MAKNA!

Apabila perkahwinan jadi ujian, mampukah cinta bertahan di antara perbezaan gaya hidup, keluarga yang terlalu mesra, dan cinta lama yang belum reda? Inilah kekalutan manis dalam drama terbaharu slot Akasia, Selamat Pengantin Haru!. Drama ini merupakan sebuah drama sitkom bergaya mockumentary yang mengisahkan kehidupan pasangan baru berkahwin yang datang dari latar belakang berbeza, sarat dengan komedi ringan dan emosi, karya arahan Kyoll Hamzah terbitan Zeel Production Sdn Bhd ini pasti mencuit hati penonton setiap episod.

Drama 13 episod ini bakal membawa penonton menyelami pergolakan emosi seorang wanita yang terperangkap antara cinta, budaya, dan keluarga. Selamat Pengantin Haru! bakal mengisi slot Akasia bermula 9 Julai 2025 ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam hanya di TV3. Strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Dengan lakonan bersahaja dan penuh karakter daripada pelakon-pelakon seperti Janna Nick, Dini Schatzmann, Malia Baby, Dato Tamimi Siregar, Serena Redzuawan dan ramai lagi, Selamat Pengantin Haru! menjanjikan sebuah tontonan yang sarat dengan gelak tawa, emosi dan momen-momen menyentuh hati. Penonton pasti akan terhibur dan tidak sabar menantikan apa yang bakal terjadi di episod-episod seterusnya.

Selamat Pengantin Haru! mengisahkan tentang Amelie (Janna Nick), seorang wanita moden dan berdikari yang berkahwin dengan Bazlee (Dini Schatzmann), lelaki kampung yang sangat rapat dengan keluarganya. Namun, impian untuk menjalani kehidupan bahagia sebagai pasangan suami isteri tidak semudah disangka. Amelie terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya baru yang jauh berbeza daripada latar kehidupannya. Tambahan pula, kehadiran adik-beradik Bazlee yang terlalu bergantung kepadanya serta kemunculan Syafiqa, sepupu jauh yang masih menyimpan perasaan terhadap Bazlee, terus menguji keteguhan rumah tangga mereka.

Di sebalik kekecohan yang melanda, Amelie dan Bazlee berusaha mempertahankan hubungan mereka, mencari titik tengah antara cinta dan tanggungjawab keluarga. Namun, apabila konflik semakin memuncak dan fitnah mula menular, Amelie berdepan dilema yang boleh mengubah seluruh kehidupannya.

Menurut Janna Nick, drama ini memberikan peluang untuknya menonjolkan sisi berbeza bersama suaminya, Dini Schatzmann, menerusi genre komedi ringan “Ini merupakan kali ke 4 saya berganding bahu bersama suami dalam satu drama, tetapi kali ini sedikit berbeza kerana genrenya adalah komedi ringan. Kami memang selesa bekerja bersama, tapi cabarannya adalah untuk memastikan chemistry itu tampak semula jadi dan tidak dibuat-buat, lebih-lebih lagi bila membawakan watak pasangan yang sering ‘bertekak manja’. Walaupun ringan, tetap ada mesej dan emosi yang dekat dengan kehidupan sebenar.“

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Selamat Pengantin Haru!, sebuah drama komedi ringan yang mengetengahkan gelora dan gelak tawa dalam kehidupan rumah tangga moden, hanya di slot Akasia bermula 9 Julai 2025 ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3. Strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

RENTAK DUA HATI ARAHAN SITI SALEHA BONGKAR CINTA RENTAS BANGSA? | Cerekarama pertama dari projek Dari Layar Ke Lensa

TV3 mempersembahkan Rentak Dua Hati, telefilem sulung arahan Siti Saleha yang turut menjadi karya pembuka projek khas Dari Layar Ke Lensa sempena ulang tahun ke-41. Mengangkat kisah seorang wanita berhijab yang menjalani dua identiti dan terjebak dalam percintaan rentas bangsa, naskhah ini bersedia menyentuh hati penonton menerusi penceritaan yang tulus dan berani.

Dari Layar Ke Lensa merupakan inisiatif TV3 yang menampilkan empat pelakon tersohor iaitu Siti Saleha, Fattah Amin, Janna Nick dan Zahiril Adzim yang kini mengambil kerusi pengarah untuk memperkaya kandungan tempatan. Dengan mengetengahkan penceritaan yang lahir daripada jiwa dan pengalaman mereka sendiri, projek ini mencerminkan komitmen TV3 dalam memperkasa bakat kreatif tempatan serta membuka ruang kepada naratif segar melalui sudut pandang unik para penggiat seni.

Rentak Dua Hati mengisahkan Adila (Auni Yusri), seorang peguam sivil junior yang menjalani kehidupan sebagai DJ malam secara tertutup. Perkenalannya dengan Fabian (Zhen Ning), seorang lelaki berbangsa Cina, membuka lembaran baharu dalam hidupnya; namun segalanya berubah apabila identitinya terbongkar oleh kakak Fabian yang tidak merestui hubungan mereka. Dihimpit kecaman netizen dan tekanan keluarga, Adila berdepan dilema antara prinsip, cinta serta minatnya, dan harus membuat keputusan untuk masa depannya.

Mengulas tentang penglibatan sulungnya di kerusi pengarah, Siti Saleha berkongsi, “Saya memang seronok mengarahkan cerita ni, dari tulis skrip sampai ke set, sebab cerita ni datang dari hati. Jadi bila masuk penggambaran, saya memang dah bersedia. Cakap pasal kerja mengarah saya ni, saya boleh kata, kalau berlakon penatnya lain, kalau mengarah penat dia lain. Bila mengarah, semua benda kena fikir, lokasi, masa, pakaian, konti dan semuanyalah. Walaupun bukan semua tugas saya, tetap kena tahu.”

“Tentang watak utama dalam cerita ni, Adila, saya rasa ramai boleh relate, terutama wanita yang pernah rasa tertekan atau bergelut dengan pilihan dalam hidup. Dia cuba nampak kuat, tapi sebenarnya banyak yang dia pendam. Jadi saya harap cerita ni dapat buat penonton rasa sesuatu dan beri inspirasi untuk berani jadi diri sendiri,” tambah Siti Saleha. 

Bagi Auni Yusri, jadi heroin dalam telefilem pertama arahan Siti Saleha memang satu peluang yang tak disangka. “Saya rasa sangat bertuah bila Kak Saleha pilih saya untuk bawa watak Adila. Sebagai pelakon baru, saya tak jangka akan diberi tanggungjawab besar macam ni. Tapi sepanjang di set, dia banyak bimbing saya dan bagi ruang untuk saya selesa dengan watak ni,“ kata Auni.

Selain Auni Yusri, Zhen Ning dan Khatijah Tan, turut membintangi Rentak Dua Hati, sekali gus menyajikan gandingan pelakon yang cukup segar. Adila kini berada di persimpangan hidup, terikat antara suara hati, tekanan sekeliling dan cinta yang tidak pasti — mampukah dia membuat pilihan yang betul? Saksikan pengakhiran kisah ini dalam tayangan perdana Rentak Dua Hati pada Sabtu ini, 5 Julai, jam 10 malam di slot Cerekarama TV3.

Tiga lagi telefilem daripada projek Dari Layar Ke Lensa turut menanti anda; Noktah Dosa arahan Fattah Amin (12 Julai), Susu Lima Kupang arahan Janna Nick (19 Julai) dan Pencuri Rumah Imam arahan Zahiril Adzim (26 Julai). Setiap satunya menjanjikan penceritaan berbeza, diadun dengan sentuhan peribadi mereka tersendiri. Jadi pastikan anda tidak terlepas menyaksikan kesemuanya, setiap Sabtu, jam 10 malam di slot Cerekarama TV3!

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

CelcomDigi Berhad dengan kerjasama Media Prima Berhad dan OMD Malaysia memperkenalkan segmen khas terbaharu bertajuk Kisah Benar: Scam Siber dalam rancangan jenayah ikonik TV3, 999. Segmen ini merupakan inisiatif bersama untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pelbagai bentuk penipuan siber yang semakin berleluasa dan membimbangkan di negara ini.

Dalam era digital yang semakin mencabar, rakyat Malaysia, khususnya pengguna internet, semakin terdedah kepada jenayah siber seperti kejuruteraan sosial, laman sesawang palsu dan pencurian data peribadi. Menerusi kekuatan penceritaan visual dan penyampaian fakta berdasarkan kes sebenar, 999 menjadi medium paling berkesan untuk menyampaikan mesej pencegahan kepada khalayak secara lebih dekat dan mudah difahami. Usaha ini turut menggalakkan literasi digital dan tindakan pantas masyarakat dalam melaporkan jenayah kepada pihak berkuasa.

Kisah Benar: Scam Siber akan ditayangkan selama 13 episod bermula 1 Julai hingga 23 September 2025, setiap hari Selasa jam 9.00 malam. Setiap episod menampilkan lakonan semula berdasarkan kes-kes sebenar yang pernah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta kapsul informasi yang mengandungi tip pencegahan ringkas dan praktikal. Antara topik jenayah siber yang akan diketengahkan termasuk:

  • Episod 1: Penipuan Telefon / Macau Scam
  • Episod 2: Love Scam
  • Episod 3: Parcel Scam
  • Episod 4: Penipuan Pelaburan Dalam Talian
  • Episod 5: Penipuan Tawaran Kerja
  • Episod 6: Penipuan Ganjaran Tunai
  • (Episod seterusnya akan diumumkan kemudian)

Kepada penonton yang mungkin terlepas siaran di TV, jangan risau, anda masih boleh mengikuti kandungan penting daripada Kisah Benar: Scam Siber menerusi kapsul video pendek yang akan dikongsikan di platform media sosial rasmi TV3 Malaysia di @TV3Malaysia dan 999 di @999tv3. Kandungan digital ini akan memaparkan semula informasi utama dan tip pencegahan yang relevan, sekaligus memastikan mesej kesedaran dapat terus disampaikan kepada masyarakat secara lebih meluas sepanjang tempoh kempen ini berlangsung. Selain itu, segmen Kisah Benar: Scam Siber boleh ditonton melalui episod penuh 999 di platform Tonton. 

Dengan memanfaatkan kekuatan jenama TV3 sebagai saluran utama maklumat jenayah dan jangkauan luas CelcomDigi sebagai peneraju rangkaian digital negara, inisiatif ini dijangka memberi impak yang signifikan dalam meningkatkan kesedaran awam dan membanteras penipuan siber yang terus menjadi ancaman serius kepada kesejahteraan masyarakat Malaysia.

Chan May Ling, Ketua Perkhidmatan Jenama & Pemasaran CelcomDigi, berkata, “Jenayah siber kini semakin berleluasa dan berkembang dengan begitu pantas. Kesedaran merupakan pertahanan pertama yang paling penting, oleh sebab itu CelcomDigi mengambil pendekatan lebih proaktif, melangkaui peranan kami sebagai syarikat telekomunikasi, untuk memperkasakan amalan penggunaan internet yang bertanggungjawab dan selamat.”

Tambah beliau lagi, “Menerusi Kisah Benar, kami dapat berkongsi pelbagai kisah jenayah scam yang pernah terjadi dan dekat dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia agar ia boleh dijadikan pengajaran. Hasrat kami adalah untuk memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai pengetahuan yang betul untuk mengenal pasti, menolak dan melaporkan penipuan, sekali gus membina daya tahan serta mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat untuk semua.” 

Mayank Bhatnagar, Pengarah Urusan OMD Malaysia pula berkata, “Kerjasama kami dengan CelcomDigi dan Omnia untuk menghidupkan semula siri ikonik ‘Kisah Benar’ mencerminkan misi untuk terus bersama-sama mencipta kempen yang inovatif serta relevan dari sudut budaya bersama para klien dan rakan kongsi strategik kami. Ia berperanan mendidik rakyat Malaysia tentang isu sebenar penipuan siber, sekali gus memupuk kepercayaan pelanggan terhadap jenama dan memperkasakan mereka untuk sentiasa berwaspada. Menerusi inisiatif ini, kami ingin menunjukkan kepentingan pendekatan berteraskan nilai dapat menyampaikan mesej CelcomDigi dengan cara yang menarik dan bermakna, serta benar-benar menyentuh hati rakyat Malaysia.”

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan segmen khas Kisah Benar: Scam Siber dalam rancangan jenayah paling ikonik negara, 999, bermula 1 Julai 2025, setiap hari Selasa jam 9.00 malam, eksklusif di TV3. Saksikan kisah benar berdasarkan laporan polis sebenar dan pelajari cara melindungi diri anda daripada ancaman jenayah siber yang kian berleluasa.

****************************

Mengenai TV3

TV3 merupakan saluran televisyen No.1 di Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 1984. TV3 telah mendominasi pasaran penyiaran menerusi penerbitan drama berkualiti seperti Melur Untuk Firdaus, Suamiku Lelaki Pendosa, Kerana Cinta Itu Ada, dan Jaga Aku Selamanya merupakan sebahagian daripada drama-drama bersiri yang telah mencipta fenomena besar. 

TV3 telah berjaya menambat hati penonton menerusi rancangan hiburan ikoniknya seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Tonton Drama Sangat, Famili Duo, Melodi, I Can See Your Voice dan Master In The House. Buletin Utama, 999, Fail Mahkamah, dan Majalah 3 terus kukuh sebagai rancangan berita dan dokumentari terunggul pilihan utama rakyat Malaysia hingga mencecah jutaan penonton setiap hari. 

Platform media sosial @TV3Malaysia juga menunjukkan peningkatan yang mengagumkan (24 juta pengikut di YouTube, Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok) dan menjadi salah satu digital platform terbesar di negara ini. 

Untuk mendapat informasi terbaharu berkaitan program menarik di TV3, layari akaun rasmi media sosial @TV3Malaysia, atau strim langsung secara eksklusif di Tonton, myFreeview CH103, Astro CH103, serta unifi CH103.

Mengenai CelcomDigi Berhad

CelcomDigi merupakan pengendali rangkaian mudah alih yang terbesar di Malaysia dengan lebih 20.6 juta pengguna dalam rangkaiannya. Syarikat kami menyasarkan untuk memenuhi keperluan digital pelanggannya yang semakin meningkat dengan memanfaatkan gabungan rangkaian terluasnya, titik sentuh pengedaran, rangkaian produk dan perkhidmatan digital yang inovatif serta pengalaman pelanggan yang diupayakan oleh lebih 3,800 pakar industri terkemuka. Syarikat kami juga telah menggariskan aspirasi yang jelas untuk memajukan negara, memberi inspirasi kepada masyarakat Malaysia, dan menjadi peneraju dalam amalan perniagaan yang terangkum dan bertanggungjawab. Untuk maklumat lanjut tentang CelcomDigi, sila layari www.celcomdigi.com

Mengenai OMD Malaysia

OMD Malaysia, sebuah agensi yang bernaung di bawah Omnicom Media Group, merupakan rangkaian media terbesar di dunia, memiliki lebih 14,000 staf yang beroperasi di lebih 100 negara. Di OMD, ‘We Create What’s Next’ – iaitu menyediakan penyelesaian media kreatif bagi memastikan perkembangan mampan untuk jenama-jenama terkemuka. Diiktiraf sebagai rangkaian media global berprestasi terbaik oleh RECMA, disenaraikan pada kedudukan teratas untuk rangkaian agensi media oleh Effie Effectiveness Index, dan Rangkaian Media Tahun Ini di Festival Media Cannes 2024, OMD terus menerajui inovasi, kreativiti serta keterkaitan nilai budaya.

RASAI KEHEBATAN BARU: CADBURY DAIRY MILK LEBIH BERKRIM, BERCOKLAT & PENUH NIKMAT! | Daripada bar coklat klasik kegemaran ramai hinggalah format ‘King Size’ 200g baharu, Cadbury menggabungkan tradisi dengan inovasi bagi mencipta pengalaman coklat yang serasi dengan cita rasa generasi hari ini.

Cadbury mengajak semua peminat untuk jatuh cinta sekali lagi dengan coklat! Sebagai jenama coklat paling disukai di Malaysia, Cadbury memberi nafas baharu kepada rasa ikonik Cadbury Dairy Milk yang digemari sejak turun-temurun , kini dengan resipi baharu yang lebih kaya, berkrim dan penuh nikmat. Pembaharuan ini turut menampilkan bar ‘King Size’ 200g dan bentuk ketulan baharu bagi memberikan lebih kepuasan dalam setiap gigitan.


Dihasilkan dengan penuh kasih sayang oleh lebih 250 para pekerja coklat di kilang Shah Alam, Cadbury Dairy Milk mencerminkan komitmen terhadap kualiti dan inovasi. Kilang ini telah mendapat pensijilan Halal daripada JAKIM sejak 1994, dan sentiasa menepati piawaian keselamatan makanan dan kualiti tertinggi. Dengan sokongan inisiatif global ‘Cocoa Life’ MondelÄ“z International, ia juga mengangkat amalan lestari dengan pembungkusan boleh kitar semula, penggunaan tenaga boleh diperbaharui, serta sumber koko lestari.


From Left to Right:
Abdallah Habib, Director of Manufacturing, Mondelēz International (Malaysia), Raja Zalina Raja Safran, Head of Corporate and Government Affairs, Mondelēz International (Malaysia & Singapore) and See Mei Sin, Marketing Head of Mondelēz International (Malaysia & Singapore), unveiling the Cadbury King Size 200g bar that features a richer, creamier, and more indulgent recipe for its classic Cadbury Dairy Milk.

Menurut Ketua Pemasaran MondelÄ“z International (Malaysia & Singapura), See Mei Sin, “Cadbury Dairy Milk mempunyai sejarah dan tempat istimewa dalam hati rakyat Malaysia selama lebih 75 tahun. Ia telah menjadi sebati dengan kehidupan harian kita, serta membantu mengeratkan hubungan, meraikan detik istimewa, dan mencipta kenangan yang berkekalan. Sepanjang perjalanan ini, kami akan terus mendengar dan berkembang bersama pengguna kami. Hari ini, kami berbangga untuk meneruskan hubungan ini bersama peminat melalui pelancaran Cadbury Dairy Milk baharu yang lebih kaya dan pekat dalam setiap hidangan.”

BUKAN SEKADAR SEBATANG COKLAT

Semangat ‘Glass and a Half’ Cadbury berakar daripada nilai kemurahan hati dan falsafah untuk menyokong insan lain secara bermakna. Semangat ini dizahirkan menerusi pelbagai inisiatif seperti “For You I Would” dan “Cadbury Kuih Raya Dari Hati”. Program amal “Kuih Raya Dari Hati” anjuran bersama Yayasan MyKasih, bertujuan memperkasakan wanita daripada komuniti kurang berkemampuan dengan menyediakan peluang untuk mereka menyerlahkan bakat, menjana pendapatan tambahan, serta membantu komuniti lain yang memerlukan sempena musim perayaan.

Attendees took part in a hands-on chocolate-making session at the Cadbury Dairy Milk media event, where they had the chance to customize their own chocolate bars.

Sejak dilancarkan pada 2021, program ini telah berkembang menjadi satu gerakan nasional yang menyatukan sambutan kebudayaan dan impak sosial. Pada 2024, ia diiktiraf oleh Malaysia Book of Records atas pencapaian menghasilkan 150,000 tart coklat Cadbury yang telah diagihkan kepada lebih 30 rumah kebajikan dan komuniti kurang bernasib baik menerusi Food Aid Foundation. Ia bukan sekadar sebuah usaha kebajikan, malah turut mencipta peluang pendapatan yang sebenar menjelang musim perayaan serta menyemarakkan semangat komuniti.

Cadbury Dairy Milk is spreading joy across Malaysia with its Purple Truck, traveling nationwide from 1 July to 31 August 2025 to connect with communities and celebrate the simple pleasures of chocolate through interactive activities, indulgent treats, and unforgettable experiences.

Cadbury Dairy Milk yang lebih kaya dan berkrim, termasuk bar ‘King Size’ 200g, kini boleh didapati di seluruh negara. Dengan resipi baharu serta misi untuk menyebarkan lebih keceriaan, Cadbury mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama jatuh cinta sekali lagi dengan coklat.

Selain itu, Cadbury Dairy Milk bakal membawa keceriaan ke seluruh negara dengan jelajah ‘Purple Truck’ yang berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2025. Inisiatif yang mengujakan ini bertujuan merapatkan hubungan dengan komuniti serta meraikan keindahan momen-momen sederhana bersama coklat — melalui pelbagai aktiviti interaktif, snek lazat, dan pengalaman yang sukar dilupakan. Rakyat Malaysia boleh menantikan peluang untuk merasai kebaikan coklat Cadbury Dairy Milk yang kaya dan penuh nikmat, sambil menghayati detik kebersamaan di setiap lokasi persinggahan jelajah ini.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan aktiviti Cadbury Dairy Milk, sila layari laman Facebook rasmi kami di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.

*******************************

About Mondelēz International (Malaysia)

Mondelēz International (Malaysia) is part of the Mondelēz International group of companies which empowers people to snack right in over 150 countries around the world, with a strong presence in Southeast Asia. With 2024 net revenues of approximately $36.4 billion, Mondelēz International is a member of the Standard and Poor's 500, Nasdaq 100 and Dow Jones Sustainability Index.

MondelÄ“z International is leading the future of snacking with iconic global and local brands such as Cadbury Dairy Milk chocolate, Cadbury Zip chocolate wafer, Cadbury 5 Star chocolate, Toblerone chocolate, OREO cookies, Chipsmore cookies, Jacob's biscuits, Tiger biscuits, Philadelphia cheese, Kraft cheese, Chacho’s chips, Chipster chips, Twisties snacks and many more. We've been part of Southeast Asia for more than 70 years, with operations in Malaysia, Indonesia, the Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam. Our +7,000 colleagues work across our ten manufacturing locations (including plants in Shah Alam and Prai), two research and development technical centers and our sales and marketing network to create products that people can truly love and feel good about. From wholesome treats to indulgent bites, consumers can enjoy the right snack, for the right moment, made the right way.

Visit mondelezinternational.com and follow us on social media: facebook.com/mondelezinternational, instagram.com/mondelēz_international, linkedin.com/company/mondelezinternational and twitter.com/MDLZ

RAISE THE STAR MALAYSIA MINGGU 2 | AINA ABDUL KEMBALI, 18 MARA KE MINGGU SETERUSNYA

Tuesday, 1 July 2025

Minggu pertama, pentas Raise The Star Malaysia menyaksikan bintang Zuana (70.85%) berjaya menduduki tempat pertama, manakala di tempat kedua Didie Shazry (68.35%), tempat ketiga Hariz Fayahet dengan (67.70%), tempat keempat Pasya (64.98%) dan tempat kelima Max Brandon (62.69) sekaligus melayakkan mereka secara automatik untuk ke minggu seterusnya. 

Manakala 4 bintang dengan kedudukan terendah telah tersingkir apabila mendapat undian markah yang rendah dari para juri dan penonton. 

SENARAI LAGU

Nishman: Saksama - Akim & The Majistret (46.30%)

Alif Amie: It's Gonna Be Me - Nsync (49.37%)

Zury: Hijab Rindu - Black Hanifah (56.23%)

Scha Nuril: Empire State of Mind - Alicia Keys (60.63%)

Rayme - Any Song - ZICO (62.52%)

Aril Eles: Seribu Tahun Lagi - Imran Ajmain (55.24%)

Ayiena: Di Amaran Mama - Hazama (48.70%)

Syaf Kahar: Andainya Takdir - Anuar Zain (46.21%)

Maria Affendi: Januari - Glenn Fredly (48.72%)

Darling: Kerana Ku Sanggup - Agnes Monica (54.40%)

Faysal Saad: Kau Pun Sama - Syamel (46.57%)

Zuana: Hati Lebur Jadi Debu - Hetty Koes Endang (70.85%)

Hariz Fayahet: Ku Teruskan - Siti Sarah (67.70%)

Didie Shazry: Melukis Senja - Budi Doremi (68.35%)

Melinda Dadew: Rolling in the Deep (57.93%)

Bosswan: Chikadun - Floor 88 (29.07%)

Khalyn: Back to Black - Amy Winehouse (57.69%)

Max Brandon: Akad - Payung Teduh (62.69%)

Erika Foo: Hurt - Christina Aguilera (38.28%)

Pasya: Jangan Khianati Aku - Azlan & The Typewriter (64.98%)

Sharee Lopes: Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul (54.18%)

Keka: Rindu - Agnes Monica (55.15%)

INFO PROGRAM RAISE THE STAR MALAYSIA

• Penjurian Raise The Star Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemarkahan komposer (juri) dan undian pihak umum.

• Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.


• ‘Slay Meter’ adalah sistem kedudukan (ranking) yang diberikan oleh para juri berdasarkan persembahan para bintang. Bintang yang mendapat 5 slay akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai dari pihak penaja.

• ‘Raise The Star’ disokong oleh QSR Brands (KFC) dan UMobile selaku Penaja Utama.

• Peserta dengan kedudukan paling bawah akan tersingkir dari pertandingan.

Minggu bertemakan “Who Am I” ini kembali membawakan Aina Abdul sebagai juri. Selain itu, peserta Bosswan telah dipilih sebagai penerima Anugerah Gempak Star On Fire. Saksikan Raise The Star Malaysia di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.