Drama Review | Seoul Busters (2024)
Saturday, 21 June 2025
KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI?! INI TOP 5 NEGERI DAH TUNJUK SOKONGAN PADU EATM2!
Friday, 20 June 2025
Ejen, masa semakin suntuk! Tayangan Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) semakin berkurang dan lima negeri ini telah buktikan sokongan luar biasa mereka. Selangor, Wilayah Persekutuan (KL & Putrajaya), Johor, Perak dan Kedah kini mendahului carta tontonan dengan jumlah ejen paling ramai yang telah melaporkan diri. Adakah negeri anda tersenarai? Dan sudahkah anda mengambil tempat dalam misi ini?
Belum tonton lagi? Sekaranglah masanya untuk anda bertindak! Peluang untuk jadi sebahagian daripada misi kutipan RM65 juta bagi filem animasi kebanggaan negara ini bukan datang selalu. Rasai sendiri aksi penuh tenaga, rekaan bunyi yang menggetarkan dan grafik bertaraf antarabangsa yang masih hangat diperkatakan ramai.
“Tak cukup sekali!” Itu pula kata penonton yang dah ulang tontonan. Bagi mereka, terlalu banyak teori bermain di fikiran, dan semuanya mula ditangkap bila ditonton semula.
Jangan ketinggalan! Sama ada anda bawa geng, keluarga atau pergi solo, pastikan anda turut serta dalam misi RM65 juta ini. Ayuh kita cipta satu lagi kejayaan besar buat filem animasi tempatan. Kalau bukan sekarang… anda mungkin sudah terlepas!
Misi masih aktif - unlock fasa seterusnya dan terus sokong EATM2 di pawagam sekarang!
#ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #AniMY
ASTRO OPEN DAY MEMBUKA PELUANG USAHAWAN
Wednesday, 18 June 2025
300 usahawan yang hadir ke Astro Open Day bersama Pengarah Digital & Pengalaman Pelanggan Astro, Cynthia Seow, Naib Presiden Pembangunan Komersial, Perniagaan Digital Astro, Datin Norashikin Habibur Rahman, Ketua Pegawai Operasi RichWorks Academy, Dr. Radz Mohd dan Pengasas & Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam acara yang dilangsungkan di dalam Studio 1, Astro Bukit Jalil.
Menjadi seorang usahawan memerlukan ilmu untuk memastikan perniagaan dapat berkembang maju. Antaranya, termasuk ilmu pemasaran dan perniagaan yang menjadi tulang belakang kepada sejauh mana bidang perniagaan itu boleh berjaya. Menyedari keperluan ini, Astro menganjurkan Astro Open Day dengan kerjasama RichWorks Academy Sdn Bhd bagi membantu para usahawan tempatan membina asas yang kukuh untuk pertumbuhan perniagaan mereka.
Sebagai peneraju kandungan dan hiburan, Astro membuka peluang kepada lebih 300 peserta program Ai Branding Marketing Growth (AiBMG) untuk merasai sendiri bagaimana ekosistem kami — merangkumi TV, radio, digital dan aktiviti on-ground — boleh dimanfaatkan sebagai platform pemasaran berimpak tinggi. Melalui inisiatif ini, Astro komited untuk memperkasa PKS dengan memberikan pendedahan sebenar tentang potensi penjenamaan melalui media, sekaligus membantu mereka mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi.
Program sehari yang diadakan di Studio 1, Bukit Jalil dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pegawai Kewangan dan Operasi Kumpulan Astro, Dr. Grace Lee. Seterusnya sesi ramah mesra bersama penyampai radio Astro turut diadakan dan melibatkan personaliti seperti Nabil Ahmad, Rahim, Anas Tahir, Prem, Aishah Sinclair dan Terry.
Acara diteruskan dengan pembentangan mengenai strategi pengiklanan oleh Ketua Perkhidmatan Kreatif, Marlina Mansor bagi memberi pencerahan sejauhmana pemasaran melalui pengiklanan melalui platform yang ada di Astro. Paling Istimewa, kesemua peserta yang hadir turut berpeluang melawat ke beberapa kawasan sekitar Astro seperti di studio Awani, studio 3 Borak SeeNi dan konti-konti radio Astro.
Pengasas & Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman, turut berkesempatan memberi taklimat ringkas dan pesanan kepada semua peserta agar dapat merebut peluang melalui kerjasama yang diadakan ini.
Astro percaya bahawa kolaborasi strategik seperti ini bukan sahaja membuka peluang kepada usahawan untuk memperluas capaian jenama mereka, tetapi juga memperkukuh peranan Astro sebagai rakan media yang berdedikasi dalam menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan.
Dengan pendedahan secara langsung kepada kekuatan dan keupayaan platform Astro, diharapkan para peserta mampu memanfaatkan ilmu dan peluang yang diberikan untuk terus maju dan berdaya saing dalam landskap perniagaan yang semakin mencabar.
Astro Originals mempersembahkan sebuah siri premium terbaru, ‘Honey Trap’ yang membawa kisah thriller perisik wanita dalam dunia politik. Honey Trap menjanjikan pengalaman menonton yang mendebarkan, penuh aksi dan sarat emosi.
‘Honey Trap’ merupakan naskhah yang dikembangkan daripada dunia KUDETA, siri premium Astro Originals yang ditayangkan pada tahun 2022, lakonan Vanidah Imran yang memegang watak Perdana Menteri wanita pertama di negara fiksyen, Masraya.
Menerusi 8 episod serta 2 episod istimewa, Honey Trap masih berlatarkan dunia Masraya dari siri KUDETA dengan memperkenalkan watak baharu iaitu Surya Gabriel, seorang perisik wanita yang hebat, berkaliber, menawan dan berani dalam usahanya mempertahankan keselamatan negara. Namun, Surya terperangkap dalam permainan kuasa yang rumit, dipenuhi pengkhianatan, dilema, dan ancaman.
Membariskan pelakon berbakat tanah air, seperti Nina KSC yang pertama kali memegang watak utama, Syarul Ezani, Ungku Ismail, Irfan Zaini, Ayez Shaukat Fonseka, Michael Chen, Chazzy Nash, Amyza Aznan, Eugene Ong, May June, Dai Fuad, Sefik Khair serta penampilan daripada watak-watak dari siri premium KUDETA.
Naskhah ini diarahkan oleh pengarah KUDETA, iaitu Imran Sheik yang turut bertindak sebagai penulis skrip bersama Siti Marzuliana Marzuki, Zuli Ismail, Amar Amir, Lemuel Ong dan Syakir ‘Mo’ Zakii. Diterbitkan oleh Astro Shaw dan produksi oleh Lacuna Pictures, siri ini bakal menemui penonton bermula 20 Jun 2025 di platform On Demand dan sooka bermula 12 tengah malam setiap Jumaat, serta Astro CITRA (saluran 108) pada hari yang sama, Jumaat jam 9.00 malam dan Astro RIA (saluran 104) setiap Isnin jam 9.00 malam. Istimewa, penonton dapat strim dua episod pertama di platform On Demand pada 20 Jun nanti.
Honey Trap mengisahkan tentang seorang perisik wanita yang cantik, terdorong oleh misi peribadinya untuk menjatuhkan sebuah kumpulan pemberontak di Masraya, perlu merekrut seorang aset yang ada kaitan rapat dengan musuh. Namun apabila kerjasama mereka semakin erat, integritinya tercabar oleh hubungan romantik yang terjalin tanpa diduga.
Penerbit Eksekutif Honey Trap merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan, “Honey Trap adalah kesinambungan kepada drama premium KUDETA dan naskhah ini membawa nafas baharu dalam dunia penceritaan perisikan tempatan, lebih-lebih lagi ia mengangkat tema pandangan feminin sebagai nadi utama penceritaan. Jika KUDETA memfokuskan kuasa dan politik secara besar-besaran, Honey Trap pula lebih bersifat peribadi dan mendalam dengan menampilkan sisi psikologi dan isu sosial seperti kesihatan mental di tempat kerja, ketidakseimbangan kuasa dalam organisasi, dan manipulasi yang sering tersembunyi di sebalik struktur autoriti. Elemen-elemen ini jarang diketengahkan dalam genre sebegini. Kami percaya ini akan memberikan pengalaman tontonan yang segar, berani dan relevan, bukan sahaja untuk peminat drama thriller tetapi juga untuk penonton yang mahukan cerita yang menyentuh jiwa.”
Sementara itu, Pengarah Honey Trap, Imran Sheik berkata, “Idea menghasilkan Honey Trap ini tercetus daripada pengalaman peribadi saya menjaga ahli keluarga dengan schizophrenia. Bukan niat saya untuk mensensasikan penyakit ini, sebaliknya untuk meningkatkan empati masyarakat terhadap mereka yang menghadapi isu kesihatan mental. Walaupun mereka berhadapan dengan cabaran tersebut, pesakit mental memiliki kekuatan dalaman luar biasa yang jarang kita sedari. Bagi menjayakan siri premium ini, pihak produksi berdepan dengan cabaran utama termasuklah usaha menggambarkan dengan tepat dari sudut pemikiran seorang pesakit mental yang juga perisik yang dipertanggungjawabkan tugas besar. Walaupun Honey Trap berada dalam 'universe' Kudeta, penonton baru tidak akan keliru kerana kali ini kami memberi tumpuan khusus pada dunia agensi perisikan dan ancaman kumpulan pemberontak.”
Siri Premium Astro Originals menyaksikan kolaborasi ketiga bersama jenama ikonik tanah air, Goodday Charge, susu diperkaya pertama di Malaysia yang mengandungi 10 nutrien penting untuk membantu mengekalkan tenaga anda sepanjang hari. Kerjasama strategik ini melibatkan inisiatif promosi pemasaran untuk kedua jenama dan juga penempatan produk. Astro Shaw juga turut menerbitkan sebuah video khas berdurasi 30 saat, untuk Goodday bersempena dengan kerjasama ini.
Saksikan drama siri premium Astro Originals, Honey Trap, bermula 20 Jun 2025 di platform On Demand dan sooka bermula 12 tengah malam setiap Jumaat, serta Astro CITRA (saluran 108) pada hari yang sama, Jumaat jam 9.00 malam dan Astro RIA (saluran 104) setiap Isnin jam 9.00 malam.
Gunakan tanda pagar #HoneyTrap #SeducingTheCorrupt untuk berkongsi tentang keterujaan tentang siri ini. Ikuti akaun media sosial Astro Shaw seperti TikTok, Instagram, X, Facebook untuk info dan klip-klip menarik Honey Trap.
EJEN ALI THE MOVIE 2 RAIH KUTIPAN FILEM ANIMASI TEMPATAN DAN ANTARABANGSA TERTINGGI SEPANJANG ZAMAN! | Kerja Kita Belum Selesai! Misi : Pawagam Masih Aktif Untuk Capai Sasaran RM60 Juta
Dengan kutipan mencecah RM55.1 juta, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) kini secara rasmi dinobatkan sebagai filem animasi dengan kutipan tertinggi dalam sejarah pawagam Malaysia, mengatasi semua karya animasi tempatan dan antarabangsa yang pernah ditayangkan.
Lebih membanggakan, EATM2 kini mengatasi kutipan filem blockbuster dari Hollywood dan juga Asia sepanjang dua bulan ini. Ini sekali gus menjadi bukti nyata terhadap keyakinan serta sokongan luar biasa penonton Malaysia terhadap naskhah animasi yang berteraskan identiti dan semangat tempatan.
“Kejayaan ini bukan milik WAU Animation semata-mata tetapi milik semua ejen-ejen yang percaya dan berdiri bersama kami sejak awal. Saya amat menghargai dedikasi seluruh pasukan WAU Animation yang telah mencurahkan tenaga dan kreativiti tanpa henti dalam menjayakan filem ini. Terima kasih juga kepada rakan produksi kami, Primeworks Studios, yang memberikan sepenuh komitmen dalam mempromosikan filem ini, malah sentiasa tampil dengan idea-idea baharu yang segar dan berani demi memastikan EATM2 terus menjadi pilihan penonton. Dan sudah tentu, penghargaan tertinggi buat para peminat yang menjadi tulang belakang dan sumber semangat utama kami sejak hari pertama,” ujar Encik Usamah Zaid Yasin, pengarah filem EATM2.
“Pencapaian ini adalah hasil kerjasama, kepercayaan dan semangat yang dikongsi bersama. Kami harap para penonton akan terus menyokong EATM2 dan bantu kami untuk mencapai sasaran kutipan seterusnya iaitu RM60 juta. Hanya dengan sokongan teguh anda dapat kami realisasikan impian untuk menghasilkan naskhah Ejen Ali seterusnya, demi perkembangan industri kreatif tempatan yang bakal membanggakan Malaysia,” kata Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios.
Daripada siri animasi di kaca televisyen ke layar perak, Ejen Ali telah berkembang menjadi sebuah francais yang matang dan berpengaruh. Filem kedua ini bukan sahaja mengukuhkan kekuatan jenama, malah mencerminkan evolusi penceritaan animasi tempatan yang lebih berani, berdimensi dan menyentuh hati pelbagai lapisan penonton.
Filem ini masih ditayangkan di pawagam seluruh negara. Ayuh rakyat Malaysia, teruskan sokongan anda — kerana kerja kita belum selesai!
Satria, Bangkit – Filem Aksi Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi! Kongsi pengalaman anda di media sosial dengan tanda pagar #ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #letsplay #AniMY #sapotlokal #SaluteAnimatorTempatan
*****************************
Mengenai Ejen Ali the Movie 2
Di bandar futuristik Cyberaya, “Ejen Ali the Movie 2” mengisahkan seorang budak lelaki yang secara tidak sengaja direkrut sebagai ejen rahsia oleh agensi perisikan Meta Advance Tactical Agency (MATA). Ejen Ali bersemangat untuk membuktikan dirinya dalam Projek Satria, sut berperisai yang dibantu Kecerdasan Buatan (AI) terbaru MATA. Semasa Ali bergelut dengan tanggungjawab barunya untuk menguasai Satria, dia harus menerima keputusan MATA untuk memberikan rakan (dan saingannya) Alicia sebagai pemegang seterusnya peranti superkomputer, IRIS. Sementara itu, penggodam Neonimus muncul semula untuk mencetuskan kekacauan terhadap MATA, menandakan konspirasi yang lebih besar di Cyberaya.
Sejak tayangannya di saluran televisyen Malaysia, TV3, pada tahun 2016, “Ejen Ali” telah disiarkan dan distrim di lebih 65 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika Utara, benua India, serta Amerika Utara. Dua musim pertama siri ini diikuti dengan “Ejen Ali The Movie” pada November 2019, yang meraih kutipan box-office yang mengagumkan sebanyak RM30 juta (USD8 juta) di Malaysia, Singapura, Brunei, dan Indonesia, menjadikannya salah satu filem animasi dengan kutipan tertinggi di Malaysia setakat ini. Bahagian terbaru, “Ejen Ali Season 3”, juga memegang gelaran sebagai harta intelek animasi Malaysia pertama yang diterbitkan bersama Disney+ Hotstar Asia Tenggara, dan pertama kali dilancarkan secara eksklusif di perkhidmatan penstriman tersebut pada Jun 2022.
Mengenai Primeworks Studios
Primeworks Studios adalah syarikat pengeluaran terkemuka di Asia Tenggara yang terlibat dalam perniagaan kandungan kreatif di setiap aspek rantaian media dalam pengeluaran TV dan filem, jualan kandungan, pengedaran dan pemasaran filem, animasi, kandungan berjenama, serta pelesenan dan peruncitan. Ia adalah syarikat kandungan yang memenangi pelbagai anugerah dan menghasilkan lebih daripada 3,000 jam kandungan menarik setiap tahun untuk pelbagai platform, termasuk televisyen, pawagam, dan digital. Rumah produksi ini adalah tenaga kreatif di sebalik pelbagai genre kandungan termasuk hiburan, animasi, majalah, dokumentari, sukan, dan drama.
Mengenai WAU Animation
WAU Animation adalah sebuah studio animasi CG yang ditubuhkan pada 18 Mac 2013 oleh sekumpulan bakat kreatif dengan pengalaman hingga 17 tahun dalam menghasilkan siri animasi CG dan filem cereka yang memenangi pelbagai anugerah. Di tengah-tengah WAU Animation adalah keinginan untuk mencipta animasi yang dapat menyentuh hati penonton. Kami bercita-cita untuk menceritakan kisah-kisah yang menakjubkan yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga bermakna dan memberi inspirasi, sambil pada masa yang sama disuntik dengan elemen tempatan, kerana kami percaya kuat dalam menampilkan identiti Malaysia yang unik.
Bergerak kek booth IMAN adalah sesuatu perkara yang menyeronokkan sebab boleh cuci mata dengan warna yang ceria. Tahun ni ada ruangan baru di IMAN bila anak syarikat bernama NAMI diwujudkan untuk terbitkan buku terjemahan bahasa Korea ke Bahasa Melayu.