Annual General Meeting & Maulid

Tuesday, 27 January 2026


Lepas dah prepare semua material untuk Annual General Meeting, ada juga material last minute yang client bagi so kitorang kena buka balik semua fail dan check for the last time sebelum bergerak ke Seri 
Pacific Hotel, Kuala Lumpur. 

Masa dapat tahu venue AGM ni beria lah tanya boss kecik dekat mana padahal setiap tahun I pergi sini sebab sebelah dia ada PBAKL. Brain fog makin teruk ye sekarang. Our client adalah salah seorang Board of Director dekat Seri Pacific lepastu ada majlis dia buat selepas AGM, that's why lah buat dekat sini. Selalunya buat AGM dekat pejabat klien je tapi kali ni jauh sikit dan venue lebih besar. Terasa vibe AGM macam dalam movie tu. Cuak, risau, berdebar semua ada 😣



Lagi bertambah cuak sebab Managing Partner ada sekali sebagai wakil kepada RRM untuk salah satu agenda AGM, cadangan perlantikan peguam panel syarikat. Can you imagine my anxious level? Boss kecik ada, boss besar ada. Kalau I tersalah sediakan material atau uh ahh uh ahhh bila dia tanya soalan memang kena bambu. 


Lega sikit bila ada Laila assist untuk minutes meeting tapi cuak juga sebab meja kitorang dekat belakang, risau bila ada Shareholder yang bercakap tapi kitorang tak dengar sebab tak semua meja ada mic. Nasib baik meja kitorang belakang Chairman yang akan mengendalikan AGM dari awal hingga ke hujung jadi tak ada masalah untuk dengar suara dia. 

Laila suka taip terus dekat laptop bila catit minit mesyuarat, I suka tulis point penting dulu dekat buku nota kemudian baru mengarang dalam minit utama. I pilih jalan old school sebab I jenis taip bising. 


😣: Kak Ana, kenapa I masukkan password tapi tak lepas ek? Yang bulat tu simbol apa eh?
😅: cuba u taip 0
😣: lahhhh kosong rupanya. haa baru dapat
😅: old school hshshs



Sebelum AGM bermula, staff Seri Pacific Hotel sediakan makanan untuk semua yang hadir. Seronok tengok makanan dekat meja masing-masing. Ada bento box, ada cekodok, ada buah-buahan, maruku, kacang, kuih, gula-gula. Drinks boleh pilih nak kopi atau teh sebab mesin air dekat belakang kitorang je. 

Datuk Rozzana pun ada offer kalau kitorang nak makan nasi lemak tapi kitorang dah lunch siap-siap dekat office sebelum gerak. Kalau join meeting dengan Datuk Rozzana, tak pernah lah tak ada kudap-kudap melainkan meeting pada bulan puasa. Kadang tu dia siap bagi buah tangan lepas habis meeting. 




Tapi makanan ada banyak pun tak sempat nak makan sebab sibuk dengan minit lepastu standby kalau boss kecik perlukan dokumen lain untuk rujukan Company Secretary. Sebelum ni I duduk sebelah boss kecik so senang nak update dia. Boss besar tak ada masalah sebab dia lebih kepada tetamu. 









Dari masa I dapat tahu boss besar nak join AGM tu I cuak sebab tak pernah join meeting dengan klien sekali dengan Datuk Hisham tapi masa AGM berlangsung tu rasa bersyukur sangat Datuk join sekali. Banyak clarification dan experience dari Datuk membantu CoSec jelaskan kepada semua pemegang saham syarikat. 

Kalau mesyuarat besar memang jarang lah nak habis on time, sama juga lah dengan AGM ni tamat pukul 7 malam itupun ada beberapa agenda terpaksa push masuk ke AGM seterusnya atau BOD meeting dalam masa terdekat. Kalau bukan sebab ada Majlis Maulid, pukul 10 malam baru habis agaknya. 


Lepas habis AGM baru kitorang dapat makan bento box tu kemudian bergegas untuk solat Maghrib. Masa tengah makan tu Maria Farida datang ketuk pintu bilik. Terkejut kitorang sebab Maria Farida cantik sangat. 

💗: Mana Datuk Rozzana ye?
😕: Ohh dia dekat changing room
💗: Oh ye ke, majlis tu dekat mana ye? 
😕: Kitorang pun tak sure, dekat board tu dia tulis Hall Bunga Tanjung. Bang, hall tu dekat mana?
😯: Aikkk, mana saya tahu. 
😕: Aikkk, abang kerja sini kan. 
😯: Ha'ah tapi abang tak tahu

Tak mampu berword-word bila staff hotel cakap macam tu. Nasib baik assistant Datuk Rozzana datang bagitahu start dengan tahlil dulu dekat surau depan meeting room. 





Patutnya nak solat dekat tempat diorang buat tahlil tu tapi dah penuh so kitorang pergi dekat surau Seri Pacific Hotel dekat tingkat bawah. Lega betul tak ada orang dekat dalam surau tu sebab boleh rehat sekejap sebelum join maulid. Tapi dalam 10 minit je lepas solat Maghrib sebab diorang semua dah bergerak ke banquet hall untuk maulid. 

Kalau ikutkan kitorang bertiga dengan boss besar dan boss kecik join sekali tapi dua-dua ada hal lepas AGM makanya kitorang je lah jadi wakil. Dah lah duduk semeja dengan Datuk Rozzana, tak tahu nak sembang apa. Nasib baik Datuk Rozzana sibuk jaga majlis lepastu banyak dekat meja-meja lain. 




Ini kira pertama kali lah kitorang join maulid so terasa janggal sedikit. Dah la pakai puntak semenggah. Kitorang nak bawa jubah tapi bukannya sempat pun nak tukar, kereta pun dah penuh dengan fail untuk AGM. So pakai je lah baju masa AGM tu tapi segan teruk sebab orang lain pakai pakaian yang sesuai dengan majlis. 



Maulid ni dalam bahasa Jawa jadi tak tahu nak follow macam mana, masa selawat je lah tahu. Dalam majlis ni selain Maria Farida, ada juga mak Ismail Izzani, ada few celebrities yang I tak tahu nama tapi cam muka. Ada influencer Myra Zainal juga. 


Selesai maulid, ada ucapan dari Datuk Rozzana kemudian tayangan video tentang arwah Dato' Haji Rahmat. Dari video tu baru kenal siapa arwah sebab I masuk RRM lepas arwah dah meninggal. Kalau Datuk dan boss kecik memang kenal lah sebab dah lama membantu untuk legal matters. 




Pukul 9 kitorang makan malam lepas dah selesai majlis maulid. Bau makanan sedap sangat tapi mampu makan sikit je sebab dari awal jejakkan kaki ke Seri Pacific Hotel sampai ke malam lah dapat makanan tak berhenti. 




Lurvvveee dessert sagu dari hotel ni sebab tak manis. Kalau bukan sebab perut dah penuh mungkin akan repeat lagi mangkuk kedua atau ketiga. 



Habis je makan terus balik sebab dah barai memasing seharian dekat sini. Kitorang pergi dekat lobi hotel untuk validate tiket parking lepastu bergerak balik ke office. Thank you Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur dan Datuk Rozzana sekeluarga for the hospitality. Lega sangat semua berjalan lancar so balik tinggal nak siapkan semua resolution dan minutes sebelum bergerak ke meeting seterusnya. 

Preparations Before AGM

Bulan Disember tahun lepas I agak sibuk dengan kerja CoSec sebab ada AGM untuk salah satu syarikat klien. Kalau ada AGM ni memang berdebar sikit sebab preparations dia start dari 14 hari sebelum where you need to send notices to every shareholders. Nervous sikit dengan syarikat ni sebab shareholders dia ramai dalam 12 orang macam tu. 

 

Lepas dah selesai hantar notis untuk Annual General Meeting melalui AR Card, kena prepare materials untuk mesyuarat tahunan. Menangis lah juga bila tengok ada 11 agenda dalam masa 3 jam. Kita cuba untuk crammed semua agenda ni sebab mostly dah dibincangkan pada peringkat Board of Directors kemudian General Meeting bila ada beberapa pemegang saham dengan bakal pengarah baru yang join. 

Kira macam dalam AGM ni untuk maklumkan semula kepada pemegang saham yang pernah hadir dan maklumkan juga kepada pemegang saham yang baru memandangkan syarikat ni ada buat pemindahan saham tahun lepas. 

Pemegang saham yang hadir 12 orang, campur 5 orang dari Ram Reza & Muhammad dan juga tambahan 3 fail ekstra, just in case ada jemputan syarikat yang datang. Maka jumlah semua fail kitorang kena prepare adalah 20 fail. 


My suggestion masa awal tu guna A4 paper warna biru sebagai divider tapi buat dia melintang supaya senang nak nampak bila buka fail. Tapi the idea itself is bad lah sebab kena potong tepi supaya tak terkeluar sangat. Bila kena potong hujung dalam saiz yang banyak, potongan tu jadi tak cantik sudahnya kitorang start balik dari awal guna A4 biru sebagai divider tapi menegak macam biasa je. 

Lagi satu perkara yang tak best bila kitorang guna fail coklat kena lipat sendiri ni. Bila lipat sendiri, saiz dia pun berubah-ubah. Patutnya guna fail kedai 2 ringgit tu je tapi stok dekat office dah habis. Dekat kedai area office pun tak ada yang sama warna. Fasteners pun satu hal juga tak ada yang loose item dekat office maka terpaksa lah keluarkan fasteners dari fail. 





Seharian jugak lah nak siapkan semua fail AGM ni sebab ada banyak materials nak masukkan, itu pun Board of Directors contact untuk tambah materials dari side diorang jugak. 



Sebab dah tahu akan sibuk sampai lewat malam dekat office, kitorang order ZUS Coffee dekat outlet Dataran Ara Damansara siap-siap dan minta kata-kata pujian. I just randomly mintak tapi tak sangka pulak Zurista dia sporting hshshs lurvvveeee!

Movie Review | Baramulla (2025)

Sunday, 25 January 2026


Pengarah: Aditya Suhas Jambhale
Penulis Skrip: Aditya Dhar, Aditya Suhas Jambhale, Monal Thaakar 
Pelakon: Manav Kaul, Bhasha Sumbli, Arista Mehta, Rohaan Singh, Neelofar Hamid, Ashwini Koul, Vikas Shukla, Mir Sarwar, Priyank Tatariya, Kiara Khanna, Shahid Latief, Sanjay Suri
Syarikat Produksi: Jio Studios, B62 Studios 
Pengedar: Netflix 
Genre: Seram / Thriller
Durasi Tayangan:  112 minit
Tarikh Tayangan:  7 November 2025  
Trailer:


Berlatarkan Baramulla, Kashmir, seorang kanak-kanak lelaki bernama Shoaib Ansari (Ahmad Ishaq) telah hilang ketika menjadi sukarelawan dalam pertunjukan silap mata. Tiada siapa nampak ke mana perginya Shoaib namun yang tinggal hanyalah sebagaian rambut Shoaib yang digunting di dalam kotak tersebut. 

Kes kehilangan Shoaib, anak kepada bekas MLA ditugaskan kepada pegawai polis baru, DSP Ridwaan Shafi Sayyed (Manav Kaul) yang dipindahkan ke Baramulla. Suspek utama ialah Zafar Mansoor, ahli silap mata tersebut tunjuk bagaimana dia melakukan persembahan ketika kehilangan Shoaib. DSP Ridwaan bebaskan ahli silap mata tersebut kerana tiada bukti kukuh untuk kaitkan dia dengan kehilangan Shoaib. 


Tak lama kemudian, polis mendapat laporan tentang kehilangan seorang lagi pelajar Baramulla Blooming Petals High School bernama Faisal (Dafiq). Ibu dan abangnya bersama Faisal ketika mereka pergi menangkap siput di laut. Secara tiba0tiba Faisal hilang dari sampan dan meninggalkan sedikit rambut yang digunting. 

Tertekan dengan kes tanpa sebarang petunjuk, di rumah pula Ridwaan mengalami masalah dengan anak perempuannya Noorie (Arista Mehta). Anaknya mendakwa rumah tersebut mempunyai anjing tapi Ridwaan menyangkal dakwaan tersebut kerana tiada sesiapa yang pernah dengar anjing menyalak. Noorie sakit hati dengan respons ayahnya kerana dia mempunyai alahan teruk dengan anjing. 


Selain Noorie, anak bongsunya, Aayan (Rohaan Singh) juga bertemu dengan ‘kawan baru’ di rumah tersebut sementara isterinya, Gulnaar (Bhasha Sumbli) mula diganggu oleh sesuatu. 

Naskhah Baramulla arahan dan penulisan Aditya Suhas Jambhale menggabungkan misteri supernatural bersama thriller dari pihak militan yang menculik kanak-kanak untuk menjadi askar jihad di Pakistan. Geopolitik Kashmir menjadi latar utama yang ideal untuk mewujudkan naskhah yang misteri bermula dengan kemunculan bunga tulip putih. 


Separuh masa pertama Baramulla dibahagikan kepada 3 pihak di mana DSP Ridwaan bersama pihak polis menyiasat kes kehilangan kanak-kanak, di satu pihak lagi ialah militan yang diketuai oleh Juneid Malik (Shahid Latief) yang bertindak mengikut arahan dari Bhaijaan. Kemudian munculnya pihak ketiga iaitu entiti mistik di rumah DSP Ridwaan. 

Bila tengok babak DSP Ridwaan bersihkan perkataan Kaafir di dinding luar rumah dan babak Gulnar dapat tahu rumah baru mereka adalah bekas rumah Kashmiri Pandit, teringat dengan tragedi perpindahan kaum Hindu beramai-ramai dari Kashmir pada tahun 1990 yang diceritakan dalam filem The Kashmir Files (2022)


Memandangkan I dah tengok filem ni, emosi yang dialami oleh keluarga DSP Ridwaan dan juga pendedahan pihak ketiga di second half tersangatlah mendalam dan mengerikan. Kedua-dua filem tak berkaitan cuma The Kashmir Files (2022) menyingkap perjalanan yang menghantui kaum Hindu di Kasmir pada ketika itu walaupun mereka lahir, membesar dan berbakti kepada Kashmir tapi nasib minoriti cuma ditentukan sama ada keluar, peluk Islam atau mati. 

Filem Baramulla menggunakan latar masa tahun 2016, 25 tahun selepas kejadian tersebut berlaku namun kesannya masih kuat dalam masyarakat Islam di Kashmir. 


Berbalik kepada filem Baramulla, babak seram yang dimasukkan tak menakutkan pun dan tak ada jump scares sebab genre seram filem ni bukan terletak pada hantu tapi pada manusia yang mengkhianati. Macam mana pelajar sekolah rendah boleh terjebak dengan jihad pengganas di Kashmir dan situasi yang dipaparkan sangat menggerunkan sebab puak militan ada di mana-mana, menyamar sebagai orang awam. 

But still, sinematografi dengan suasana yang kelam mewujudkan rasa seram ditambah pula dengan pergerakan kamera yang bergerak perlahan untuk lahirkan rasa saspens dan berdebar ketika Noorie dan Ayaan bertemu dengan entiti tersebut. Music score juga mainkan peranan macam babak Ayaan tidur atau ketika Gulnaar dapat tahu tentang Kashmiri Pandits. 


Personally for me, naskhah Baramulla boleh jadi lebih menarik kalau pace dia tak perlahan sebaliknya bergerak laju dan beri lebih ruang untuk pihak polis menyiasat dan bukan take over sepenuhnya oleh pihak ketiga. Flashback tentang punca pergolakan hubungan DSP Ridwaan dengan Noorie patutnya tak perlu sebab sama saja dengan apa yang dibualkan dengan Gulnaar. Kenapa penulis guna bunga tulip putih juga tak diceritakan. Jadi tanda tanya juga kenapa bunga tulip putih sebagai simbolik utama filem Baramulla.

Tak hairan lah ramai yang suka dengan naskhah Baramulla walaupun elemen seram tu tak kuat tapi mesej yang dibawa tersangatlah kuat sama seperti The Kashmir Files. Sebagai orang luar dan hanya menonton kisah Kashmiri Pandits, I tak memihak pada mana-mana tapi bersimpati dengan mangsa yang terkesan akibat perang yang berlaku berpuluh tahun lepas. 


Cameo dari Sanjay Suri yang pernah lahir di Srinagar tapi terpaksa berpindah ke Delhi selepas ayahnya dibunuh oleh pengganas juga membawakan simbolik yang besar dan bermakna untuk Baramulla. 

It’s a good story and recommended to watch on Netflix. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.9/10

Movie Review | Nikita Roy (2025)

Saturday, 24 January 2026


Pengarah: Kussh S. Sinha  
Penulis Skrip: Pavan Kirpalani 
Pelakon: Sonakshi Sinha, Paresh Rawal, Arjun Rampal, Suhail Nayyar    
Syarikat Produksi: Nicky Vicky Bhagnani Films, Kratos Entertainment, Nikita Pai Films LTD, Vipin Agnihotri Films   
Pengedar: NVB Films Entertainment
Genre: Misteri / Seram 
Durasi Tayangan: 112 minit
Tarikh Tayangan: 18 Julai 2025    
Trailer:


Filem bermula dengan gangguan yang dialami oleh Sanal Roy (Arjun Rampal) sehingga mengakibatkan kemalangan nyawa lalu polis klasifikasikan kes tersebut sebagai bunuh diri. Nikita Roy (Sonakshi Sinha), penulis novel tersohor di London mendapat khabar berita tentang abangnya dan cuba menyiasat kes tersebut dengan bantuan dari bekas teman lelakinya, Jolly (Suhail Nayyar). 


Sanal Roy dan juga Nikita Roy merupakan ahli dalam International Rationalist Committee (IRC) dan menjalankan tugas membongkar kegiatan mitos, mistik dan tahyul. 3 hari sebelum Sanal diganggu, dia bertemu dengan Amar Dev (Paresh Rawal), ketua kultus Tru Faith Foundation. Amar sentiasa menggunakan kuasa ajaibnya untuk menyembuhkan pesakit di hadapan semua penganut. 


Sanal yang cuba membongkar penipuan kultus tersebut diramalkan akan meninggal dalam masa 3 hari oleh Amar Dev. Awalnya dia tidak percaya namun pada hari pertama dia mula diganggu oleh makhluk aneh dan mendengar bunyi cakar tanpa henti. Sanal mula melukis wajah makhluk-makhluk menyeramkan dan merakam semua gangguan tersebut. 

Dari penyiasatan awal Nikita, dia dapat berjumpa dengan Freya (Kallirroi Tziafeta) yang menjadi pemberi maklumat kepada Sanal untuk kes Amar Dev. Nikita dan Jolly mencari jawapan dari buku ilmu hitam milik Amar Dev dan video yang disimpan di dalam kad memori. Makin Nikita cuba menggali, semakin kuat gangguan yang dialami dan dia juga menerima nasib yang sama seperti Sanal, akan mati dalam masa 3 hari. 


Naskhah misteri seram arahan Kussh S. Sinha merupakan filem debut sebagai pengarah dan adiknya, Sonakshi berlapang hati untuk menjadi bintang utama Nikita Roy. Filem yang menggunakan kultus dan percanggahan antara fakta dan mistik bukanlah sesuatu yang baru. Filem Raat Akeli Hai: The Bansal Murders (2025) juga menggunakan tema yang sama dengan figura yang menggerunkan. 

Sinematografi Nikita Roy lebih terarah pada visual yang kelam, sunyi dan menggerunkan. Malah kekuatan terletak pada lakonan Paresh Rawal sebagai Amar Dev yang melahirkan suasana ngeri dari pandangan mata dan tona suara yang agresif. Screentime dia tak banyak tapi dia ada aura yang kuat bila muncul. 


Dari awal lagi pengarah tak berselindung untuk berpihak pada Sanal dan Nikita Roy yang lebih menekankan fakta dan rasional sebab filem Nikita Roy tak banyak babak seram pun. Malah hantu yang diwujudkan pun lebih kepada raksasa sampai kita boleh teka itu cuma ilusi sekian sekian watak yang terlibat. Modus operandi Amar Dev masih menjadi misteri yang perlu diselesaikan oleh Nikita dan Jolly walaupun dah boleh agak yang method dia agak cliché. 

Selain jenayah kultus yang dimasukkan, Nikita perlu berdepan dengan kehilangan mengejut abang dia dan juga bekerjasama dengan Jolly. Bila filem bergerak, ada beberapa babak yang bagi ruang untuk dia dapat closure dari Sanal atau Jolly. 


Walaupun plot Nikita Roy menarik untuk ditonton tapi watak-watak sampingan tersangatlah lemah ditambah pula dengan skrip yang tak begitu meyakinkan. Merepek betul polis tak kenal siapa waris Sanal sampai pertikaikan tindakan Nikita yang datang untuk minta penjelasan kenapa kes abang dia ditutup. 

Chemistry Sonakshi dan Arjun pun kurang meyakinkan sebagai adik-beradik yang rapat dan mesra antara satu sama lain. Bila tengok babak mereka berdua, jelas terlihat canggung mungkin sebab skrip yang terhad tanpa backstory macam mana dua beradik ni berusaha gigih untuk banteras jenayah bertopengkan agama. Ada juga beberapa babak yang terasa lompong tanpa penjelasan dari mana-mana watak. 


Tengok penghujung filem macam akan ada sekuel tapi kalau production team nak teruskan, better spend duit dekat penulis yang lebih bagus. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 4.5/10