Showing posts with label Anime. Show all posts
Showing posts with label Anime. Show all posts

Anime Review | Spy x Family (2022)

Sunday 10 July 2022


Illustrator : Tatsuya Endo
Production Companies : TXN (TV Tokyo), ux, TV Shizuoka, RCC, BS TV Tokyo
Distributor : Netflix
Genre : Comedy / Action / Thriller
Running Episodes : 12 episodes (30 minutes per episode)
Release Date : 9 April 2022 – 25 June 2022
Trailer : 


Gara-gara Park Jihoon Treasure rasa nak tengok anime Spy x Family ni sebab dia asyik menyebut dekat Weverse. Anime yang bertemakan spy mengisahkan tentang ejen terhebat Jepun, Loid Forger a.k.a Twillight yang diberi tugasan oleh Westalis Intelligence (WISE) untuk menjaga keamanan dunia. Kerana tugasan tersebut dia perlu mencipta keluarga yang normal dalam misi terbarunya iaitu Operation Strix. 

Tak pernah langsung terfikir untuk berkahwin sepanjang kariernya apatah lagi untuk bercinta. Mana pulak dia nak cari anak yang sesuai untuk misi dia. Dalam pencarian tersebut, dia terjumpa Anya yang bijak dan comel. Tanpa pengetahuan dia, Anya sebenarnya boleh membaca fikiran manusia jadi dia tahu siapa sebenarnya Loid Forger dan dengan mudah dia mampu tarik perhatian ejen tersebut. 


Tak ambil masa yang lama pun untuk Loid Forger jatuh sayang pada Anya dan tumpukan perhatian dia sebagai seorang bapa. Kebetulan semasa dia hantar anya untuk ukur baju, Loid Forger terjumpa dengan Yor Briar yang cantik dan introvert. Anya teruja dengan kehadiran Yor sebagai ibunya kerana perempuan tersebut adalah seorang assassin di sebalik karakter dia yang sopan dan naif. 

Berbalik kepada misi Loid Forger, dia perlu menghantar Anya ke Eden Academy kerana anak bongsu target bersekolah di situ. Anya perlu berkawan dengan Damian supaya dia dapat pergi ke rumah target. Malangnya berkawan adalah sesuatu yang sukar untuk Damian dan Anya kerana pada hari pertama lagi Anya sudah buat perangai. 


Selain dari berkawan rapat dengan Damian, Anya juga perlu kutip sebanyak 8 Stella untuk kekal di akademi tersebut. Sesuatu yang agak mustahil untuk Anya tapi mahu atau tidak Loid Forger dan Yor perlu melatih anak mereka tanpa disyaki oleh orang lain. 

Jalan cerita Spy x Family banyak digalas oleh watak Anya yang comel dan kelakar. Suara dia pun manja sesuai dengan wajah yang comel. Tak hairan lah kenapa Loid dan Yor makin sayang dengan Anya dan banyak beralah bila Anya throw tantrum. Bertambah kelakar bila Anya boleh baca fikiran orang lain dan reaksi dia yang tak mampu disorok. 


Sayangnya watak Yor tak didedahkan sangat sebagai assassin dalam Season 1 sebaliknya lebih terarah pada dua watak utama iaitu Loid Forger dan Anya. Season 2 nanti mungkin akan diceritakan lebih lagi tentang Yor dan adiknya. Curious juga nak tahu reaksi Loid Forger bila dapat tahu identiti sebenar dua beradik ni. 

Anime Spy x Family ni berlatarkan tahun 1960-an jadi kebanyakan props yang digunakan terikat dengan zaman tu. Dah tentu lah pakaian semua watak pun mengikut fesyen 60-an tambah pula Jepun pada masa tu di bawah pengaruh Barat. Dari anime ni boleh nampak lah hubungan Jepun dengan Jerman memang kuat. Kacak dan bergaya betul Loid Forger pakai suit, topi dan bawa suitcase kulit dia bila keluar bekerja. Hairstyle Yor je I tak berapa suka sebab dia lagi cantik bila rambut lepas. Another thing yang I suka dengan anime Spy x Family ni bila illustrator tak berlebihan dalam melukis watak perempuan untuk penuhi selera otaku. Fillers yang merepek pun tak ada. Sepenuhnya berkaitan dengan keluarga rekaan ni. 


Boleh kata Season 1 ni penceritaan agak cliché dan ringkas sebab penulis cuma nak kenalkan watak-watak utama – Anya, Loid Forger dan Yor. Penceritaan pun bersifat straight forward tanpa info yang berat untuk dihadam pun. Sweet lah tengok Loid Forger berubah dari seorang yang keras berhati batu tapi jadi lembut hati dengan Anya. Hebat macam mana pun dia sebagai ejen perisik, tetap kalah dengan anak sendiri. Akan datang kalah pula dengan isteri hikss tak sabar nak tengok Season 2! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10