Macam Familiar Plushie Ni....

Sunday 5 March 2023

 

Bulan lepas adik ada beli plushie baru, katanya saja nak order dari Shopee. Tunggu punya tunggu sampai lah juga ke tangan walaupun ada problem masa delivery tu. Sejak dari saat dia unboxing sampai lah dua minggu lepas rasa macam familiar sangat plushie ni tapi tak ingat langsung pernah tengok dekat mana. 

Nak kata pernah tengok dekat Kaison pun tak juga sebab masa pergi Kaison tu tak ada pun nampak plushie jenis ni. Jarang jugak belek bahagian plushie dekat Kaison sebab kalau usha dekat Shopee boleh dapat harga jauh lebih murah. 

Tiba-tiba tengah dok scroll TikTok ternampak video vlive masa birthday Mashiho yang terakhir sebelum dia hiatus. Terkejut lah sebab plushie yang sama juga ada dekat sebelah dia. 


No wonder lah plushie comel ni nampak familiar sangat rupanya pernah nampak dalam birthday vlive TREASURE. Haihhhhhh....

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.