Book Xcess RexKL Instagramworthy!

Thursday 12 January 2023

sumber: Instagram Book Xcess RexKL

Apa jadi bila kita nampak Book Xcess? Kita masuk!

Book Xcess RexKL adalah cawangan ketiga I pergi melawat untuk bergambar. Sebelum ni dekat Citta Mall tapi tak ada apa sangat pun sebab outlet kecil sahaja dan yang kedua di MyTown Shopping Centre itupun macam tak habis bergambar lagi dekat situ. Pergi untuk ambil aura membaca pun pernah juga. Agak macam dah malas nak membaca, kita pergi lah ambil aura walaupun bila balik tu baca satu bab lepastu tertidur. Yang penting iqra', ye dak? 


Sembang pasal RexKL, dahulunya bangunan ni adalah panggung wayang lama yang dibuka pada tahun 1947 yang diberi nama Rex Theatre, ataupun Rex Cinema. Bangunan panggung wayang ni pernah terbakar pada tahun 1970 dan terbakar sekali lagi pada tahun 2002 lalu dihentikan operasinya. 

Bila ditutup, kerajaan ambil inisiatif untuk menggunakan bangunan lama ni sebagai pusat komuniti untuk anak muda meluangkan masa dengan bersantai menggunakan kreativiti seni seperti teater, bengkel seni dan galeri seni.


Bangunan RexKL ada 5 tingkat dengan mempunyai Ground Level, Mezzanine, First Level, Second Level dan juga Third Level. Dekat pintu masuk boleh nampak ada banyak restoran dan kedai kecil untuk menggalakkan peniaga kecil berniaga. 


Kagum juga dengan bangunan RexKL ni sebab cantik, vibe dia gabungan retro dan urban. Kedai serbaneka pun cantik dengan hiasan lampu neon dan vintage posters. Dalam perjalanan ke Book Xcess yang terletak di Tingkat 2 pun terpesona dengan hiasan dari kedai lain dan juga Book Xcess sendiri. Kalau malam mungkin bingit lah sebab ada pub juga. 


Memandangkan masa kitorang pergi tu masa cuti Krismas, maka ada lah serba sedikit hiasan bertemakan perayaan tersebut. Ada mini pokok Krismas dan juga wreath di bahagian pintu masuk. 


Bila masuk dekat bahagian depan ni rasa macam kecil je Book Xcess RexKL ni rupanya kitorang silap besar lah sebab bila masuk ke ruangan tengah tu boleh masuk lalat dalam mulut sebab luas dan tinggi sepertimana trademark senibina kreatif Book Xcess yang lain. Jubin dekat lantai dan dinding rasanya masih menggunakan yang asal sebab warna kusam dan ada yang terkopak sana sini. 

But that's fine by me sebab Book Xcess memang suka guna bangunan lama dan tak kacau interior lama supaya seninya terjaga. Kalau terbakar lagi, you know where to find fire extinguisher. Dekat pintu masuk dah ada floor plan just in case ada yang sesat tapi kalau masuk Book Xcess ni bukannya sesat tapi terperangkap dalam masa. Buku mana nak beli untuk si ulat buku, angle mana nak bergambar untuk golongan seperti Pana. 

Warning: Good luck scroll gambar sampai bawah. 















Kenapa tak masuk dalam kotak? Sebab gayat

Berdoa supaya rak buku ni kukuh untuk tampung lemak Pana


Walaupun syok bergambar dekat Book Xcess RexKL ni tapi one thing you guys should know, walaupun ada banyak lampu, dalam gambar tetap nampak gelap dan berbayang. Bila guna filter tak cantik sangat kejadian dia but yeah macam lah gambar I banyak yang cantik hshs





Idk what's Fahmi Reza is doing in here but yeah I kinda like it ;P

Sebenarnya ada lagi gambar lain tapi dah upload dekat Instagram sebab nama entry ni pun Instagramworthy bukan Blogworthy haa gituh walaupun ikut suka lah kalau nak buat sesi photodump dekat sini. 

Banyak lagi ruang yang tak sempat nak bergambar sebab ramai orang dan mak I dah mengah nak berjalan haha. Baru dia tahu berjalan dekat KL macam mana, ingat berjalan dekat bendang di Sabak tu je ke yang penat? 




Dekat tingkat bawah ada koleksi barangan lama dijual di sini tapi disebabkan tak ada tanda harga dan tak ada orang yang assist untuk explain this and that, cancel lah niat nak beli buat koleksi. Harga buku dekat Book Xcess boleh kira murah lah sebab ada juga yang menarik minat untuk dibeli tapi itu lah, buku yang I beli masa Pesta Buku Antarabangsa tu pun tak berbuka lagi balutannya. Kalau beli yang ni entah bila pulak nak bacanya T.T

Anyway I have fun in here spend time dengan family walaupun ada lagi yang tertinggal dan high possibility akan datang lagi sebab dua orang adik pergi Melaka masa ni. Boleh agak apa yang ada dalam hati diorang bila nampak gambar kitorang dekat sini. Yupp, kakak mana yang tak boleh baca hati adik dia, antara nak dengan taknak je. 

4 comments

  1. wah bestnya tempat dia. bagus juga ada inisiatif utk buka tempat macam ni bagi orang muda melepak daripada shopping mall, boleh galakkan minat membaca gitu..hehe

    ReplyDelete
  2. belum pernah lagi pergi book Excess ni....tkthu bila ad peluang

    ReplyDelete
  3. nurin mesti teruja kalau masuk sini.
    dia dgn buku da mcm isi dan kuku, lain mcm excited nya, Fana :) ha ha ha...
    in shaa Allah, kalu tiba sini, confirm aida masuk.
    lebih nak bergambar amik feel je ha ha ha ha baca lom tentu!

    ReplyDelete
  4. instagram worthy betul! sya tahu bookxcess yg dekat kl ni femes dan dekat je dari rumah sya tapi belum pernah pergi lagi huhu

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.