Drama Review | One Cent Thief (2022)

Sunday 4 December 2022


Pengarah : Ariff Zulkarnain
Penulis Skrip : Alfie Palermo
Pelakon : Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Sofia Jane, Amerul Affendi, Amir Nafis
Syarikat Produksi : Astro Shaw, Independent Pictures 
Penyiaran : Astro Ria, Astro Vinmeen, Astro Shuang Xing, PRIMEtime
Genre : Drama / Aksi
Jumlah Episod : 8 Episod (45 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan : 8 Oktober 2022 – 26 November 2022
Trailer : 


Diinspirasikan dari kes jenayah sebenar yang berlaku di Malaysia sekitar 80-an, One Cent Thief mengisahkan tentang pekerja bank, Iman Shah (Syafiq Kyle) yang terbeban dengan masalah kewangan. Abahnya (Faizal Hussein) dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung dan memerlukan pembedahan segera dan dalam masa yang sama, Devan (Aghonderan Sahadevan) si ceti hutang minta lunaskan hutangnya sebanyak RM30 ribu dalam masa dua hari sahaja. 

Mana Iman nak cari duit sebanyak tu. Kos pembedahan pula dah telan belanja sebanyak RM90 ribu dan kedua-duanya diperlukan dalam masa yang sangat singkat. Kerja di Bintang Bank cuma dapat gaji cukup makan untuk mereka dua anak-beranak. Kawan baiknya, Intan (Azira Shafinaz) hanya dapat pinjamkan separuh saja. 


Menggunakan kepintarannya, Iman menggodam sistem keselamatan Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank kemudian masukkan dalam satu dormant account untuk dikeluarkan. Amaun yang banyak hanya boleh dikeluarkan menggunakan akaun syarikat jadi Iman perlu cipta surat wakil dan hantar kepada pengurus bank. 

‘Bila sebut hacker, orang selalu bayangkan mamat nerd yang suka buat hal pakai komputer tapi maksud hacker yang sebenar ialah orang yang boleh selesaikan masalah tak kira cara halal atau haram, janji selesai.’ – Iman Shah


Walaupun hutang sudah dilunaskan beserta bunga, Devan masih tak puas hati macam mana Iman boleh bayar dalam sekelip mata. Iman minta bantuan Kadak (Amerul Affendi) untuk lari dari Devan dan jalannya cuma satu, iaitu minta bantuan Ibu Zara (Sofia Jane). Pengasas Yayasan Zara ini memerlukan duit untuk kerja haramnya dan juga cipta laluan untuk masuk ke dunia politik. Sebagaimana Iman perlukan Ibu Zara, begitu juga sebaliknya. 

Kudos to Alfie Palermo sebab berjaya cipta drama yang menarik plotnya walaupun tema godam sistem sudah banyak di Malaysia. Sebelum ni hackers mesti ada pc yang mengagumkan dengan teknologi tinggi tapi Iman cuma perlukan sebuah laptop dan sistem untuk dia hack sistem sekuriti setiap bank. Iman dan Intan bukan tipikal orang IT yang selalu digambarkan dalam filem atau drama. 


'Menerusi One Cent Thief, saya cuba ketengahkan isu keselamatan data serta sistem perbankan, di mana betapa mudahnya digodam oleh penjenayah. Harapan saya agar siri ini sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat pada isu-isu keselamatan data yang semakin meruncing kebelakangan ini.' - Alfie Palermo 

Barisan pelakon yang mantap adalah salah satu kekuatan drama One Cent Thief terutamanya Syafiq Kyle yang menggalas watak utama. Sesuatu yang segar juga untuk watak Iman sebab gray character, yang ada kelemahan dan bukan hero material. Monolog yang dilakukan oleh Iman adalah kunci untuk penonton rasa connected dengan Iman. Masa babak Iman congak berapa lama dia masuk penjara kalau kantoi tu sama macam I kalau kantoi bila buat salah. 


Muka baby face Syafiq Kyle pun mainkan peranan besar bila dia keluarkan dialog yang provokatif kepada pihak lawan. Devan atau Ibu Zara pun tak gamak nak marah sebab polos sangat, tak sesuai langsung dalam dunia gelap mereka. Comel juga bila dia buat kira-kira sebelum nak hack mana-mana bank. Tona suara yang digunakan pun sesuai dengan setiap situasi tambah pula kalau terfaktab. Penulis tarik perhatian dengan ilmu IT yang ditonjolkan dalam bahasa yang mudah difahami. Bila tengok One Cent Thief baru tahu kenapa online banking ataupun ATM out of service. 

Dinamik gandingan Iman dengan Kadak menjadi tarikan pada pertengahan cerita terutamanya pada babak yang mempunyai aksi. Chemistry yang kuat juga walaupun kedua-duanya berbeza karakter pada awalnya. Nampak Kadak concern dengan Iman bila dia tanya macam mana orang pandai macam Iman boleh terjebak dengan dunia gelap dan kotor. Cun jugak kalau both of them berlakon dalam filem aksi atau ejen risikan. Style, posture, aura semua dah ada. Amerul nampak cool dalam avatar Kadak. Sama juga dengan Amir Nafis sebagai pengawal di Bintang Bank. Harap dekat Season 2 nanti dia dapat lebih banyak screentime. 


Watak yang paling kesian adalah Intan, ketua bahagian sekuriti di Bintang Bank sebab dipermainkan oleh dua orang yang penting dalam hidup dia. Kesian bila tengok dia menangis sebab Iman tipu walaupun dia dah tahu dari awal perkara tu. Mak sendiri pun cari Intan bila perlukan duit. Lakonan Azira nampak natural terutamanya pada babak dramatis. 

Tak boleh imagine dalam Season 2 nanti bila Intan berjumpa dengan Ibu Zara yang pandai manipulasi orang dengan kata-kata dia. Jiwa Intan tengah rapuh jadi mudah sangat kalau Ibu Zara nak cucuk jarum dan Intan adalah kelemahan Iman selain Abah. Ni bukan spoiler tapi teori palatao sebab lambat-laun Intan akan berjumpa juga dengan Ibu Zara cuma bergantung pada penulis lah nak karang apa yang akan jadi pada masa tu. 


Sinematografi dari Tan Teck Zee menambahkan impak pada penceritaan selain dari lontaran dialog yang padu. Lagu tema pun digubah mengikut jalan cerita. Ada beberapa misteri yang boleh diteka dari awal dan ada juga plot twist yang tak dijangka which adds the fun. Pendek kata, drama One Cent thief antara drama terbaik pada tahun 2022 keluaran Astro Shaw. Kudos to all team! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

2 comments

  1. best drama ni, drama melayu wajib tonton untuk tahun ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Tak berkesempatan lagi nak tengok drama ini.. Kira syafiq memang ohsemlah ye untuk watak Iman tu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.