Langkawi Pure Mineral Water

Monday 21 November 2022


Sebelum balik mengundi dekat Sabak, singgah kejap dekat emart24 nak beli air mineral Spritzer tapi tak ada pula dalam tu. Yang ada air mineral Langkawi Pure ni. Tengah musim mengundi ni, tengok nama Langkawi terus teringat Tun M. Tak sangka I hidup lama boleh tengok kejatuhan Tun M dalam PRU kali ni. Tu lah, kalau dia deliver jawatan PM kepada orang yang dijanjikan, tak ada lah drama air mata lepas hilang deposit. Sendiri cari penyakit, sendiri hadaplah ye dak? 

Rasanya air mineral Langkawi Pure ni baru lagi dekat pasaran sebab ni pertama kali I nampak. Tengok no syarikat pengeluar pun daftar dekat SSM tahun 2021. Mungkin dah start jual dekat Langkawi dah lama dah tapi baru masuk pasaran besar, entahlah belek website tak jumpa banyak info sangat selain air mineral ni diambil di kawasan pergunungan di Langkawi. 

Air mineral yang ditapis melalui batu granit semulajadi yang terdapat di kawasan pergunungan tu mengandungi 84.9mg/l silika untuk 380ml, tinggi sikit lah berbanding Spritzer, 60mg/l untuk saiz botol kecil. Masa I beli air mineral Langkawi Pure ni memang ada saiz botol kecil je. 

I suka tengok packaging dia sebab minimalis, bentuk botol pun cantik. Harga sebotol air mineral ni dalam RM4 lebih. Mahal sikit lah dari air mineral biasa, mungkin sebab kandungan silika dia tinggi. Rasa dia pun payau sikit tapi tak sepayau air mineral Evian. Sedap bila minum masa sejuk je sebab rasa payau dia lagi kuat bila dah ikut suhu bilik. 

4 comments

  1. air spritzer rasa dia sedap. yang langkawi boleh tahan ye harga dia tapi bolehlah nak cuba sekali rasa sedap ke tidak di tekak sendiri..haha

    ReplyDelete
  2. x pernah jumpa lagi plak air langkawi ni..
    tu la, sedih tgk Tun M...

    ReplyDelete
  3. Lawa botol dia.. sesekali kan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.