7-Eleven Cafe | Sandwich

Thursday 17 November 2022

Sebelum ni kalau nak breakfast mesti menuju ke Family Mart sebab ada sandwich chiki spicy. Sandwich ada kepingan fillet ayam dengan sos pedas. Tapi sejak harga ayam naik melambung tu sampai sekarang lah sandwich ni lesap dari shelf. Bila tanya staff FM dia kata tengah tak ada stok tapi sandwich tu boleh je buat sendiri. Beli roti, beli chiki dekat sini. 

Tapi kalau ikutkan bahan sandwich chiki tu jadi mahal lah kalau I beli sendiri. Roti sebuku dah RM3 lepastu ayam chiki RM4, salad pulak RM7 lepastu sos dia lagi. Kan dah lebih dari harga asal Sandwich Chiki Spicy yang 7 hengget lebih tu. Baran je dengar staff dia jawab macam tu. I macam nak buat kesimpulan je staff Family Mart memang sejenis rude sebab dekat twitter pun ramai raise benda yang sama. 

Sekarang ni sejak ternampak aneka sandwich dekat 7Cafe memang rajin kaki pergi ke sana sebab sandwich dia besar, berbaloi dengan harga. 




Pilihan sandwich tu mungkin tak sebanyak Family Mart tapi ada la juga pilihannya nak bandingkan dengan dulu ada sandwich tuna dengan sandwich telur rebus je. So far dah pernah try sandwich tuna & cheese, sandwich egg mayo dengan sandwich double ham chicken. Dua-dua sedap. Kalau beli sandwich 7 Cafe ni tahan sampai petang. Makan satu sandwich masa breakfast, lagi satu masa dinner. Korang dah pernah try ke sandwich dekat 7 Cafe ni?

4 comments

  1. X penah lg try.. kat sini 7e x semeriah di sana yg byk pilihan ready-to-eat foodnya

    ReplyDelete
  2. x pernah try lagi, Fana.
    sebab kalau masuk 7e, beli air or roti gardenia tu je.
    then trus keluar :) ha ha

    ReplyDelete
  3. Tuna sandwich :) my favorite ... Thanks for your sharing...

    ReplyDelete
  4. 7E sini macam tak ada nampak.. Nak kena survey gak.. Puas hati tengok saiz dia..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.