Drama Review | Hospital Playlist 2 (2021)

Monday 27 December 2021

Director : Shin Won-ho

Writer : Lee Woo-jung

Cast :  Jo Jung-suk, Yoo Yeon-seok, Jung Kyung-ho, Kim Dae-myung, Jeon Mi-do, Shin Hyun-bin, Kwan Sun-young, Jung Moon-sung

Genre : Medical / Drama / Musical

Running Episodes : 12 episodes ( 72 – 121 minutes)

Release Date : 12 March 2020 – 16 September 2021

Production Company : Egg is Coming, CJ ENM

Distributor : tvN, Netflix

Trailer : 


Meneruskan perjalanan kisah kehidupan lima sekawan yang bekerja di Hospital Yulje, Seoul dalam bidang kepakaran masing-masing - Lee Ik-joon (Jo Jung-suk) - general surgeon, Ahn Jung-won (Yoo Yeon-seok) – pediatric surgeon, Kim Joon-wan (Jung Kyung-ho) - cardiothoracic surgeon, Yang Seok-hyung (Kim Dae-myung) - obstetrics and gynecology dan Chae Song-hwa (Jeon Mi-do) – neuro surgeon.

Berbeza dengan Season 1, kali ni pengarah Shin Won-ho kembangkan lagi kehidupan mereka berlima dengan tambahan kisah cinta bila Jung-won bercinta dengan Ik-Sun (Kwak Sun-young) tanpa pengetahuan Ik-Jun, Song-hwa yang struggle dengan dilemma untuk terima cinta Ik-Jun sebab tak nak kehilangan kawan baik dia buat kali kedua, Seok-hyung dengan masalah bekas isteri dan Dr. Chu (Ahn Eun-jin) juga kisah cinta Joon-wan dengan Jang Gyeo-ul (Shin Hyun-bin). 

Semua kisah cinta ada masalah tersendiri dan berkembang sedikit demi sedikit sepanjang drama ni bergerak. Sesuai lah dengan kehidupan semua doktor yang banyak dihabiskan dengan pembedahan atau pantau pesakit. Paling kesian dengan Jung-won lah sebab dia tak boleh bercerita dengan sesiapa pun masalah peribadi dia. Tapi macam pelik jugak kenapa dia tak sembang dengan Dr. Do Jae-hak (Jung Moon-sung) sedangkan diorang rapat dan bukan satu geng dengan dia. 

Kalau dalam previous season I ada masalah nak ingat nama semua watak, dalam sequel ni lagi bertambah teruk lah sebab makin ramai watak sampingan dari semua department. Satu department saja dah ada 5 atau 6 orang watak sampingan, tu belum masuk lagi watak sampingan untuk personal life. Satu episod drama Hospital Playlist 2 yang ditayangkan di Netflix ni pun makan masa sampai sejam lebih. Sepatutnya ada 24 episod bila tayang dekat tvN tapi bila masuk Netflix tak tahu lah kenapa gabungkan dua episod terus. Kalau marathon memang muntah walaupun speed 1.5x. 

Nasib baik lah drama ni banyak babak kelakar jugak sebab diorang berlima memang sejenis yang masuk air tambah pula Ik-Jun dengan Jung-wan yang bergaduh macam budak-budak. Dah umur 40 pun perangai masing-masing kelakar. Walaupun Andrea, Bear dengan Jung-wan kata Song-hwa mudah terhibur dengan lawak Ik-Jun tapi I pun terhibur jugak masalahnya. 

Masalah visual yang I mentioned dalam review Season 1 ingatkan diselesaikan dalam season ni rupanya makin menjadi pulak. Pengarah guna sampai 10 kamera untuk satu scene tu agak gila lah sebab dalam satu babak je ada shot atas, kiri, kanan, bawah, depan dan belakang. Serious tak tipu. Benda ni annoying sangat bila kacau kita nak fokus especially untuk babak dramatik. Hilang terus feeling tu.

Bab playlist masih lagi cemerlang dengan pemilihan lagu-lagu yang menarik untuk diorang jamming dekat basement rumah Seok-hyung. Another level lah dalam sequel ni sebab vokal dan pronounciation Jo Jung-suk untuk lagu English, It’s My Life – Bon Jovi jelas dan tak ada pelat Korea. I tarik balik lah pasal nyanyian Song-hwa tu sebab kali ni even jadi backup singer, suara dia sumbang teruk. 

 

Pengarah Shin Won-ho bagitahu media yang dia nak rehat lepas hasilkan dua season drama Hospital Playlist back-to-back dan untuk Hospital Playlist Season 3, dia tak pasti nak teruskan ataupun tak. Belum diputuskan secara muktamad untuk berhenti sepenuhnya juga. Tengok pada rating, rasanya akan ada lagi sebab rating drama ni antara yang tertinggi di Netflix. Sayang lah kalau tak teruskan ye dak? 

Lagipun banyak lagi masalah dalam dunia medik yang tak diceritakan lagi. Bertambah jugak lah ilmu bila ada babak yang cerita tentang terbelit tali pusat sampai 3 kali, bowel transplant ataupun hydrocephalus. Bila setiap watak explain tentang penyakit, hasil kajian tentang penyakit ataupun keputusan dari pembedahan tu rasa macam belajar dan rasa lega sebab kita tahu punca dan penyelesaian setiap penyakit. Kalau dapat doktor macamni pun rasa bersyukur sebab kita nampak apa masalah dan juga penyelesaian. Drama ni buat kita rasa macam hospital tu bukanlah tempat yang mengerikan. So I’m still rooting for Season 3 although director won’t read this but I still want to say it!

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.4, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.3/10

2 comments

  1. i suka scene bila diorang lima berkumpul sebab scene ni yang kelakar. kesian junwan dah la bercinta tak boleh bagitahu orang, bila frust pun terpaksa frust sorang2. overall, best juga layan drama ni banyak juga benda yang boleh belajar..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.