Movie Review | Jai Ho (2014)

Sunday 7 March 2021

 

Director : Sohail Khan

Writer : A. R. Murugadoss

Cast : Salman Khan, Tabu, Daisy Shah, Aditya Pancholi, Danny Denzongpa, Pulkit Samrat, Genelia D'Souza, Suniel Shetty, Mohnish Bahl, Nadira Babbar, Naman Jain

Production Company : Sohail Khan Productions

Distributor : Eros International

Genre : Politic / Action / Romantic

Running Time : 142 minutes

Release Date : 24 January 2014

Trailer :

‘Don't say thank you ... instead you help three people ... and ask those three people to help three others ... the world will change.’ – Jai Agnihotri

Back then tahun 2014 masa trailer movie Jai Ho keluar memang laju lah reply dekat Salman Khan untuk dapat digital poster dengan signature dia. Bila tengok movie pun puas hati dengan mesej yang disampaikan walaupun template movie ni lebih kepada masala. 

Movie Jai Ho arahan Sohail Khan ni adalah official remake kepada Stalin (2006), movie Telugu yang dihasilkan oleh penulis A. R. Murugadoss kemudiannya dibawa ke Bollywood untuk raih perhatian dengan jumlah audience yang lebih besar. Even Salman Khan sendiri minta distributor jual harga tiket pada harga minimum sebab dia nak semua orang dapat tengok mesej yang disampaikan. 

‘It is not necessary that ... you can only serve the country by being in the army or by becoming a politician’

Jai Agnihotri (Salman Khan) merupakan bekas tentera yang digantung tugas kerana melanggar arahan pihak atasan dalam serangan pengganas. Walaupun semua tawanan berjaya diselamatkan tapi disiplin dia menjadi pertikaian. Jai habiskan masa dia di bengkel dan membantu kakak dia, Geeta (Tabu) juga ibu dia, Sulochana (Nadira Babbar). Kawasan kejiranan di situ pun berasa selamat dengan kehadiran Jai yang berani dan ringan tulang. 

‘We can only remove a true patriot from the army ... but we can't remove the patriotism from his heart’ - Captain Arjun Kaul (Suniel Shetty)

Satu hari Kabir (Naman Jain) minta bantuan Jai bila Simran (Genelia D'Souza) perlukan bantuan seseorang untuk bantu dia menulis jawapan dalam peperiksaan dek kerana tangannya yang kudung. Tapi kerana pihak polis sekat jalan bila dapat arahan anak Home Minister (Denny Dengzonpa) nak lalu kawasan tu, abang Simran dan Jai stuck dekat situ. 

Lama kena tahan padahal nak lalu tak sampai 5 minit pun. Bukan urusan penting pun sampai kena sekat jalan untuk dia. Sudahnya Simran kecewa sebab tak ada sesiapa yang sudi bantu dia lalu ambil keputusan untuk bunuh diri. Jai terkesan dengan peristiwa tersebut. Abang Simran pula buat laporan polis mengenai kejadian tersebut tapi dibelasah dengan ahli parti sampai meninggal dunia.

I tak pernah tengok Stalion tapi olahan penceritaan Sohail Khan dalam template masala agak lemah dan tak sesuai untuk genre political action sedangkan dialog banyak yang menyuntik semangat keberanian dan kejujuran dalam masyarakat. 

‘Evilness is like poison, it spreads very fast ... and goodness is like medicine, it takes time but it definitely works’ – Reehan Khanna (Mahesh Thakur)

Dekat second half tu banyak sangat scene yang tak logik macam scene Jai bertumbuk dengan anak bongsu Home Minister. Kena tikam dekat belakang tapi bila Jai buka kemeja dia, pisau tu pun hilang. Scene Captain bawa keluar kereta kebal dia untuk halang ahli parti dari serang Jai tu pun kelakar. Ikut suka kau je guna harta benda kerajaan macam tu. 

Daisy Shah dipilih sebagai heroin Jai Ho selepas beberapa kali menjadi background dancer untuk movie-movie Salman Khan walhal zero screen presence. Dekat first half ada solo scene untuk dia show off dancing skills dia. Chemistry dia dengan Salman not bad lah. Suka tengok diorang dalam MV Tere Naina Maar Hi Daalenge dengan Tumko To Aana Hi Tha. Music album Jai Ho ada 9 lagu dengan 6 lagu original dan 3 lagi remix untuk marketing purpose.

 

Memandangkan ramai pelakon senior dalam movie ni jadi tak ada masalah pun untuk deliver watak masing-masing lagipun genre santai dan family films. Movie ni jadi reunion platform untuk Salman Khan dengan Tabu lepas 14 tahun berlakon dalam movie Hum Saath Saath Hain. Cameo untuk Suniel Shetty yang dah lama menghilang dan fokus dengan business dia. 

Kalau bosan nak tengok movie apa masa weekend dengan family boleh la tengok Jai Ho dan jadi pengkritik berjaya sambil kunyah popcorn. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 6/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.