Movie Review | Barfi! (2012)

Sunday 7 March 2021

 

Director : Anurag Basu

Writer : Anurag Basu, Sanjib Dutta

Cast : Ranbir Kapoor, Priyanka Chopra, Ileana D'Cruz, Ashish Vidyarthi, Jisshu Sengupta, Roopa Ganguly

Production Company : Ishana Movies, UTV Motion Pictures

Distributor : UTV Motion Pictures

Genre : Comedy / Drama

Running Time : 150 minutes

Release Date : 14 September 2012

Trailer :

Dah lama tak tengok Barfi! so I decide untuk revisiting one of my favorite movie dan salah satu movie terbaik dalam karya lakonan Priyanka Chopra juga Ranbir Kapoor sebagai pelakon utama. Tahun 2012 movie Barfi! dipilih secara rasmi oleh 85th Academy Awards untuk tercalon dalam kategori Best Foreign Language Film. 

Movie Anurag Basu ni mengisahkan tentang kehidupan Murphy Johnson (Ranbir Kapoor) tapi dek kerana kecacatan kekal dia – pekak dan bisu, Murphy gelarkan diri dia sebagai "Barfi". Ibunya meninggal sejak kecil jadi dia dibesarkan oleh ayah yang bekerja sebagai chauffeur di rumah orang kaya yang mempunyai anak perempuan autism, Jhilmil (Priyanka Chopra). 

Barfi agak nakal orangnya sehinggakan Inspektor Sudhanshu Dutta (Saurabh Shukla) dah hilang beberapa inci kejar dia ke sana sini. Satu hari Barfi terpesona dengan kecantikan Shruti (Ileana D'Cruz) yang baru sahaja berpindah ke Darjeeling. Mereka berdua selesa berkawan dan Shruti mula jatuh cinta dengan kepolosan Barfi tapi ibu dia menghalang sebab taknak Shruti hidup melarat. Lagipun Shruti dah bertunang dengan Ranjeet (Jisshu Sengupta) yang normal dan kaya. 

Terluka dengan keputusan Shruti, Barfi isi kekosongan tu dengan kehadiran Jhilmil dalam hidup dia. Awalnya Barfi berniat untuk culik Jhilmil sebagai tebusan untuk bayar kos rawatan hospital ayah dia tapi sia-sia sebab ajal dah sampai. Sudahnya mereka berdua selesa hidup bersama dan berpindah ke Kolkata. Di sana, Barfi berjumpa kembali dengan cinta pertama dia sampai mengabaikan Jhilmil. Shruti pula rasa ke mana pun dia pergi takdir akan bawa dia berjumpa kembali dengan Barfi. Jadi siapa pilihan Barfi kena tengok lah dekat Netflix. 

Perjalanan movie Barfi diceritakan oleh Shruti bersilih ganti antara flashback dengan masa sekarang semasa mereka yang rapat dengannya berkumpul di hospital menunggu keadaan Barfi stabil. Walaupun Barfi pekak dan bisu juga Jhilmil yang cuma mampu beberapa patah perkataan sahaja, tapi background music banyak membantu menghidupkan suasana ceria, kelakar ataupun drama dalam setiap scene. Rasa tenang je bila dengar suara merdu Shreya Ghoshal dengan Arijit Singh dalam lagu Aashiyan. Music album dari komposer Pritam menang Best Music Director di Filmfare Award.

 

Berlatarbelakangkan tahun 1970-an, kota Darjeeling nampak tenang dengan kehidupan masyarakat di sana dan panorama keindahan kawasan berbukit tinggi. Wardrobe dan props team deliver yang terbaik untuk menggambarkan suasana zaman tu baik dari segi pakaian, dekorasi dan senibina bangunan. Lensa Ravi Varman juga serlahkan kehidupan Barfi dan Jhilmil dengan tema warna kuning yang menggambarkan kehangatan dan kegembiraan. Close up shot body language juga facial expression antara mereka berdua nampak comel macam scene Jhilmil pegang baju Barfi ataupun signature Barfi masa perkenalkan diri dia kepada orang lain. 

Antara favorite scene dari tahun 2012 sampai sekarang bila Barfi buat ujian tiang lampu dekat orang-orang yang rapat dengan dia. Dia akan kerat tiang lampu dan berdiri beberapa langkah dari tiang lampu untuk tengok siapa yang akan lari. Tengok balik pun tetap akan menangis tengok scene Shruti bagitahu Barfi yang Jhilmil tengah panggil dia. 

Ranbir Kapoor dan Priyanka Chopra terpaksa belajar sendiri untuk menghidupkan watak Barfi dan Jhilmil sebab tak ada reference dari mana-mana movie di Bollywood yang pernah melahirkan watak kurang upaya. Awalnya pengarah Anurag Basu pun macam tak yakin dengan kemampuan Priyanka sebagai Jhilmil tapi Priyanka minta masa 5 hari untuk buktikan kemampuan dia. Lepas bengkel lakonan, Priyanka dengan Ranbir perform tanpa dialog pun. Chemistry diorang pun cantik on screen. 

Selain dari lakonan hebat Ranbir Kapoor dan Priyanka Chopra sebagai golongan yang kurang berkemampuan, mesej dari movie Barfi! tentang cinta sangat kuat dan akan kekal relevan sampai bila-bila. Ternyata pandangan mak Shruti salah sama sekali tentang kebahagiaan terletak pada manusia normal dan kestabilan hidup semata. Walaupun hidup dalam kekurangan pun tetap hadirnya kekuatan untuk tempuh ujian dan halangan dalam dunia. 

‘Mom once said that a silence would envelope Barfi and me. And that some day that silence woyld drown out our love. But silence was all Ranjeet and I had. We could hear each other clearly, but we didn’t feel a thing. In every way we are complete but our love remained incomplete. Barfi isn't incomplete but his love is complete.’ – Shruti

Kejayaan movie Barfi! dan watak kurang upaya digambarkan dengan baik tanpa try hard ataupun terlebih rencah seperti Charlie Chaplin, Ranbir diangkat sebagai Future Superstar pada masa tu kerana menghidupkan watak ikonik dalam karier dia. Sama juga dengan Priyanka yang sentiasa mengangkat watak glamor dan tampak cantik dalam kebanyakan movie. Tapi kehadiran watak Jhilmil mengubah dunia lakonan Priyanka dan menjadi bukti dia adalah pelakon penuh dengan bakat. Ileana pun menyerlah dalam screentime yang terhad. Cinta dia pada Barfi terzahir jelas di mata tanpa perlu berbicara.

Sama seperti nama Barfi yang merupakan menu manisan dalam masyarakat India, movie Barfi juga meninggalkan kenangan manis lepas tengok selama 150 minit. Kalau tengok movie ni please stay sampai bahagian credits sebab ada beberapa scene comel. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

2 comments

  1. cantik gila visual yang dia guna ...

    ReplyDelete
  2. bookmarked, nanti waktu-waktu stress boleh tengok hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.