5 Pantang Larang Dan Adat Resam Masyarakat Cina Sempena Tahun Baru Cina

Thursday 11 February 2021

Memandangkan esok dah nak masuk Tahun Baru Cina mengikut Kalendar Lunar, saja nak share 5 pantang larang dan beberapa adat kebudayaan masyarakat Cina untuk perayaan meriah ni. Lagi meriah lah sebab Tahun Baru Cina tahun 2021 jatuh 12 Februari 2021 bersamaan hari Jumaat. Memang lengang jalan sebab boleh cuti panjang walaupun Malaysia tengah PKP 2.0. 

1. Jangan Sapu Lantai atau Buang Sampah 

Pantang larang ni yang paling famous lah sebab dari kecil selalu dengar pasal ni. Pada hari pertama tak boleh sapu lantai ataupun buang sampah yang ada dalam kawasan rumah sebab ibaratnya seperti menyapu atau membuang semua rezeki dan menghalau tuah yang ada dalam rumah atau yang datang. Sama macam kita lah, malam raya tu habis satu rumah kita kemas bagi bersih dan cantik. 

2. Elakkan Tidur Pada Waktu Siang

Ikut pesan orang tua, tak elok kalau tidur waktu siang sebab nanti satu tahun akan bernasib malang dan merasa malas nak buat kerja. Lagipun waktu siang lah nak pergi ziarah banyak rumah untuk sambut Tahun Baru jadi tak manis lah bila orang datang rumah tapi tuan rumah pulak tengah sedap tidur. Lagi tak sopan kalau tak berziarah langsung. Tapi PKP ni guna Zoom dengan Google Meet je la kot? 

3. Jangan Beli Buku Atau Kasut

Masa Tahun Baru Cina ni memang dilarang sangat lah untuk beli dua barang ni sebab buku dalam bahasa cina ialah 'shu' yang bermaksud kalah. Untuk kasut pula, dalam bahasa Cantonese ialah 'hai' yang membawa maksud mengeluh. Hilang la semua tuah untuk tahun baru ni kalau sambut dengan aura negatif kan? 

4. Elakkan Bahasa Kesat 

Masuk tahun baru mestilah kena sambut dengan aura positif untuk elakkan perkara malang terjadi. Kalau jadi tetamu untuk sambut dengan kawan-kawan berbangsa Cina, mulut kena sembang ayat yang sopan je lah supaya tahun tu melimpah ruah rezekinya. 

5. Duit Angpau Dalam Jumlah Genap

Kepercayaan masyarakat Cina duit dalam jumlah genap akan membawa maksud yang lebih sempurna berbanding dalam jumlah ganjil. Sama juga dengan bekas beras elok kalau diisi sampai penuh supaya tuah sentiasa melimpah satu tahun tu. Duit raya tu biasanya akan disimpan sehingga ke perayaan Chap Goh Mei baru boleh buka untuk digunakan. 

Selain buah limau yang menjadi simbolik emas semasa perayaan, buah epal di dalam bahasa Cantonese, "ping kuo" yang bermaksud aman juga jadi simbolik untuk kesihatan yang baik. Ada sesetengah yang tak makan daging lembu masa hari raya sebab bertuhankan Buddha yang berasal dari negara India. Kalau sambut dekat office kena tanya dulu lah makan daging lembu ataupun tak. 

Ni sedikit sebanyak pantang larang yang I belajar hari ni walaupun tiap tahun dapat beberapa jemputan pergi beraya ke rumah jiran ataupun kawan yang berbangsa Cina. Tahun ni duduk rumah je lah diam-diam sebab PKP. 

Anyway Happy Chinese New Year En Kai! Semoga hamper merah dari Ram Reza & Muhammad bawa ong untuk tahun lembu walaupun zodiak kambing you tak berapa nak ngam dengan zodiak tahun ni haha. Ngam pulak hari sebelum CNY, hari akak cleaner datang office so office dah bersih dah hshshs

Happy Chinese New Year also to my blogger friends and readers. May this year will bring abundance fortune and joy! 

4 comments

  1. Happy Chinese New Year and happy holidays :)

    ReplyDelete
  2. thank you for sharing! tak pernah tahu before this huhu 😔

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kongsi Farhana.. Kak Sha tahu yang pasal no 1 tu je.. yang lain-lain tu baru tahu.. Happy holidays..

    ReplyDelete
  4. Wah.. tq share Farhana.. Tahu yang no 1 tu je..
    Happy holidays semua..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.